Completed
22343
“Aira.. sebenarnya,”
“Tuan!” Aswin datang dengan tergopoh gapah dan membisikkan sesuatu di telinga Aslan membuat lelaki itu melupakan niat awalnya.
“Awak berdua awasi puan dan setelah Maiden kembali minta dia untuk berjaga di sini bersama awak berdua” titah Aslan sebelum melangkah pergi sementara Aira yang di tinggalkan malah termenung dan mencuba untuk meraih akal sihatnya.
“Puan..” panggil salah satu dari pengawal
“Awak berdua jauh-jauh” halau Aira. Perasaannya kuat mengatakan yang dua orang di depannya sekarang ini bukan manusia normal dan itu membuat Aira semakin hilang akal.
Kedua pengawal itu tidak mau memperkeruh keadaan dan berdiri dengan jarak dua meter dari Aira dan di saat itu juga Maiden datang dengan raut wajah yang cukup cemas
“Di mana tuan Aslan?” tanya Maiden sambil melihat kedua pengawal itu silih berganti
“Tuan pergi bersama Tuan Aswin dan sepertinya ada hal penting yang sangat menadadak” beritahu salah satunya
Maiden dengan langkah berhati-hati cuba menghampiri Aira kerana tidak mahu membuat gadis itu bertambah bingung.
“Cik Aira…. Boleh saya datang dekat?” tanya Maiden dengan lembut
Aira mendongak dan menatap Maiden cukup lama sebelum mengangguk, kerana Aira dapat merasakan Maiden tiada niat jahat sama sekali padanya.
“Cik Aira, sekarang.. Cik Aira masuk bilik okey. Sebab sekarang ni nyawa cik Aira dalam bahaya dan kami bertiga mungkin tidak akan mampu untuk melindungi Cik Aira jika terjadinya sesuatu” pinta Maiden sambil menggenggam jemari Aira untuk meyakinkan gadis itu.
“Awak semua siapa? Kenapa nyawa saya boleh dalam bahaya?” tanya Aira bertubi-tubi.
Maiden menelan ludahnya yang terasa tersekat di kerongkong “Cik Aira, suatu saat Cik Aira akan dapat jawapan dan Cuma satu je Cik Aira perlu tahu, kami bukan orang jahat terutamanya tuan Aslan.” Jelas Maiden lagi
Aira hanya mengangguk dan di saat Aira bangkit dari duduknya sekilat cahaya entah datang dari mana datang menerpa ke arah tubuh Maiden dan Aira reflek memeluk wanita itu kerana naluri ingin melindungi muncul begitu sahaja dalam diri Aira
Bugh!
Tubuh kecil Aira jatuh tergolek ke samping dan terus tidak sedarkan diri
“Cik Aira!!” jerit Maiden terkejut melihat gadis kesayangan tuannya itu terbujur pengsan di atas Jubin dan ini adalah petanda buruk seandainya Aslan tahu.
Sementara dua lagi pengawal tadi terlibat dalam adu tenaga bersama lawan yang datang tiba-tiba. Kemarahan Maiden sudah sampai di ubun-ubun dan wanita itu akhirnya menunjukkan wujud aslinya dengan dua siung yang mulai memanjang, matanya merah menyala menandakan dirinya sedang dalam mood membunuh.
“Bawa Cik Aira masuk dalam bilik dan cepat hubungi Tuan” perintah Maiden pada salah satu lagi pengawal yang baru sahaja tiba.
Setelah Aira selamat di bawa masuk ke dalam biliknya kini Maiden menatap tajam ke arah lawannya dan tanpa banyak cakap Maiden langsung memulai aksinya membantai satu persatu msuh di depannya.
“Lawan kau aku penghisap darah!” jerit seorang gadis kecil yang terlihat begitu sombong sekali
Maiden berpaling dan mereka mulai terlibat pertarungan yang tentu sahaja memihak kepada Maiden dan gadis itu sudah mulai kehabisan tenaga dan akhirnya Maiden sudah mulai bertenang dan cuba mendekat ke arah gadis sombong itu dan belum sempat Maiden memulai langkahnya tiba-tiba Aslan muncul lalu mencengkam rahang gadis itu
“Anissa,.. ternyata Arkan hantar kau ke sini dan senagaja pancing aku keluar” bisik Aslan di telinga gadis itu
Ya gadis itu adalah Anissa teman rapat Aira. Anissa sengaja di kirim Arkan untuk mendekati Aira dan kelihatannya berhasil kerana melihat dari betapa akrabnya hubungan Anissa dengan Aira.
“Haha, kau! tak sedar diri. Kau ingat Aira akan suka ke bila dia dapat tau siapa kau yang sebenarnya?” Anissa mencuba memancing kemarahan Aslan.
Rahang Aslan mengeras dan terdengar giginya bergemeletuk menahan amarah dan cengkamannya semakin kuat
“Sabar tuan, jangan terpancing emosi dengan kata-kata perempuan murahan ni” Aswin mencuba menenangkan tuannya
“Tuan!, jalang tu yang buat Cik Aira pengsan” adu Maiden dengan muka merah padam menahan marah mengingat Aira yang tanpa berfikir panjang cuba melindungi dirinya
Bugh!
Mata Aslan membulat sempurna saat melihat Anissa yang sudah tergolek dan itu perbuatan Aswin “Aswin!” jerit Aslan tidak percaya
Aswin malah mengusap buku limanya dengan seringai puas “lebih baik saya bertindak daripada tuan, kalau tuan yang bertindak maka Arkan punya sebab untuk melancarkan perang ke atas Arduc clan dan bila saya yang melakukan semuanya akan menjadi masalah kecil dan permasalahan tidak akan merebak ke clan” jelas Aswin yang terdengar sangat masuk akal.
“Maiden! Lemparkan jalang ni ke markas Arkan dan sampai kan pesanan aku. kalau Arkan masih berani menyentuh Aira ku maka akan aku pastikan jalang ni menjadi santapan lezat para hiu di lautan luas” pesan Aslan dan lelaki itu tidak pernah main-main dengan semua ucapannya, dan angap itu adalah amaran pertama dan terakhir kepada musuhnya.
Setelah mengangguk Maiden yang di temani Aswin akhirnya menghilang begitu sahaja bersama tubuh Anissa kekasih Arkan yang datang untuk menyakiti Aira di saat Aslan lengah dan terpancing keluar dari mansionnya.
***
Aslan duduk di birai katil dan mengelus lembut pipi gebu gadis kesayangannya itu. Setitis air yang tak berwarna kini menerjah keluar dari kelopak mata lelaki tampan itu melihat Aira yang masih belum sedarkan diri
“Maaf kan aku Ai, aku gagal melindungi diri mu. pasti sangat sakit. Aku janji akan selalu tiba tepat waktu di saat dirimu berada di dalam masalah” ucap Aslan dengan perasaan yang berkecamuk. Dadanya terasa sesak saat membayang kan seandainya Anissa Berjaya menculik Aira sepeninggalannya tadi.
Melihat kelopak mata Aira sedikit bergerak Aslan berubah menjadi halimun tepat di saat mata cantik itu terbuka sempurna
Cup!
“Casper!” panggil Aira begitu gembira sehinga melupakan rasa sakitnya.
“Casper…..” Aira akhirnya menumpahkan tangisnya
“Hei, gadis bodoh. Kenapa menangis?”
Share this novel