Completed
22343
Peringatan-;
Ini cerita fantasy Romance ya. segala yang Syaa tuangkan ke dalam isi cerita murni adalah rekayasa dan imaginasi semata. Tiada kaitan dengan kehidupan sebenar. Bila ada yang tidak berkenan Syaa minta maaf ya. PEACE… hehe
***
Aira bangun dari tidurnya saat jam di dinding menunjukkan angka lima
“Lamanya aku tidur” gumam Aira kemudian menggosok matanya perlahan. Rasa mengantuknya masih tersisa sehingga membuat Aira ingin kembali merebahkan badannya
Di saat itu satu cahaya yang berwarna merah menerjah masuk dari jendela bilik Aira yang terbuka lebar kemudian berubah menjadi satu lembaga yang agak samar. Aira tidak sempat menjerit kerana sangat terkejut.
Perasaannya kuat mengatakan kalau itu bukan caspernya. “si-si apa awak? Kenapa awak datang sini?” tanya Aira yang sudah meringkuk di penjuru tempat tidur
Saat ini lembaga itu telah berubah sempurna menjadi seorang lelaki tampan yang berwajah pucat beserta gigi tepinya yang agak runcing kini berusaha tersenyum ke arah Aira dengan kekok.
“Awak tak terkejut sangat saat berjumpa saya, apakah awak juga pernah berjumpa kawan lama saya?” tanya lelaki asing itu yang masih lagi belum berganjak dari tempatnya.
Aira menggeleng laju “ aku tak faham apa yang kau cakap. aku juga tak kenal siapa kawan lama kau. Sekarang kau cepat pergi dari sini” pinta Aira yang berusaha melawan perasaan takutnya.
“Aku akan pergi tapi aku akan bawa kau sekali, kau tak berdendam dengan aku tapi kau kunci kemusnahan As..”
Bugh!
Tiba-tiba lelaki misteri itu jatuh terjelepuk di atas lantai dan sekarang malah muncul dua lagi makhluk yang berbentuk wujud cahaya juga masuk melalui tingkap bilik tidur Aira
Mungkin kerana terlalu terkejut akhirnya gadis itu tidak sedarkan diri tanpa sempat melihat aksi yang seterusnya
“Maiden, kau jaga Puan Muda.”
“Well! Well! Well! Ternyata aku terlambat menemukan keberadaan Cinta pertama Tuan Muda Aslan. Apa tunggu lagi. Maju lah” tantang lelaki misteri itu dengan serigai jahatnya
“Maiden, kalau aku tak mampu nak kalahkan anjing liar ni. Kau bawa Puan Muda ke Mansion tuan Aslan” pinta Aswin
Setelah selesai beradu mulut akhirnya kedua lelaki itu akhirnya beradu tenaga dan juga kekuatan yang mereka miliki sehingga membuat bilik tidur dan seluruh apartment Aira tidak ubah seperti kapal pecah.
Di saat Aswin hampir saja kewalahan menangani lelaki misteri itu akhirnya seseorang muncul dan terus sahaja menghadiahkan satu pukulan yang padu pada lelaki misteri itu, membuat tubuhnya terpelanting cukup jauh ke belakang merempuh pintu bilik tidur Aira.
“Sekali lagi kau sentuh Aira, aku pasti kan seluruh bawahan mu dan juga keluargamu menderita Arkan Yildiz. Aku bersumpah sehelai rambut Aira gugur maka aku akan tabuhkan gendang perang ke atas clan Yildiz. Kau tahu aku tak pernah menarik balik kata-kata ku” ancam Aslan dengan tatapan yang membunuh.
Arkan bangkit semula dengan seringai jahatnya. Jelas dari raut wajahnya. Lelaki itu tidak menjangka kan kehadiran Aslan di saat dirinya hampir sahaja Berjaya mengalahkan pengawal peribadi Aslan yang bernama Aswin itu kemudian dengan mudahnya merebut Aira dari tangan Maiden.
“Aku akan kembali untuk merebut manusia itu dari mu Aslan dan kita lihat saja nanti apakah manusia itu sudi menerima cintamu setelah mengetahui asal usul mu. kau jangan lupa kewujudan kita adalah mitos bagi kaum manusia dan juga mimpi ngeri bagi yang mempercayainya.” Ucap Arkan sebelum menghilang begitu sahaja.
“Tuan muda, Cik Aira masih belum sedarkan diri” panggil Maiden
Aslan mendekat kemudian duduk di birai katil di mana Aira sedang terbaring dan tidak sedarkan diri sementara Maiden berjaga di sampingnya
“Aswin, aku menghidu sepuluh batu dari sini ada sekelompok anjing liar yang menunggu kita lengah untuk melancarkan semula serangan” ucap Aslan. Mata birunya berubah menjadi merah dan sangat menakutkan beserta dengan rahangnya yang sudah mengetat. Giginya bergemeletuk menahan amarah yang sudah sampai di tahap bahaya.
“saya akan pergi lihat sendiri Tuan muda”
Belum sempat Aswin menghilang “ Tak payah, sekarang kita bawa Aira kembali ke mansion.kerana bahaya untuknya tinggal sendiri saat ini apalagi Arkan sudah tahu Aira adalah kelemahan terbesar ku”
Seperti itu mereka datang dan seperti itu juga lah mereka pergi. Aslan membawa Aira kembali ke mansion nya untuk memudahkan dirinya melindungi keselamatan gadis itu.
Setibanya mereka di sebuah mansion yang tidak ubah seperti istana. Para pelayan berjejer menyambut kepulangan Tuan mereka dan Aslan langsung sahaja membawa Aira menuju ke satu bilik yang sepertinya sudah di siapkan awal untuk gadis itu.
“Perlu saya panggilkan dokter Bryan Tuan?” tanya Maiden melihat Aira yang tak kunjung sedar setelah sekian lama pengsan.
Aslan hanya mengangguk sambil tangannya mengelus lembut puncak kepala wanita nya itu. “ kamu sangat cantik Ai, dari dulu sampai sekarang menatap mata bulat mu itu membuatku jatuh cinta berkali kali. Apakah identity ku nantinya akan jadi penghalang buat kita.” Ucap Aslan dengan raut wajah sendu.
“Tidak mungkin akan menjadi penghalang anak ku. Kerana kamu berbeza dengan kami. Kamu adalah manusia yang sesungguhnya dan agamamu sama dengan gadis ini. Cuma waktu itu terjadinya satu peristiwa yang merubah hidup mu sehingga mengubah mu menjadi seperti sekarang. ”
Aslan berpaling “ Uncle Matt”
Yang di panggil mengangguk dan tersenyum “ kamu tenang. Sekarang tugasmu melindungi kekasih mu itu dengan kemampuan yang kamu miliki.” Ucap lelaki yang di panggil Uncle Matt oleh Aslan
“Tadi Arkan hampir menculik Aira dan mujur Aswin dan Maiden tiba tepat waktu” beritahu Aslan tanpa di pinta
“Arkan masih belum tahu asal usul mu Aslan. Uncle mohon pada mu untuk terus mejadi Tuan muda bagi Arduc clan. Dengan begitu maka kami akan selamat dari ancaman Yildiz clan. Uncle mohon bantuan mu Aslan” lelaki itu kini bersujud di depan Aslan.
Dengan cepat Aslan mencegahnya “ tanpa uncle minta aku juga pasti akan melindungi kalian kerana aku punya hutang budi terhadap clan Arduc yang telah menjaga aku dari kecil sehingga lah aku menjadi seperti sekarang ini.” ucap Aslan
Masih segar di ingatan Aslan waktu itu dirinya berusia lapan tahun hidup berkeliaran di jalanan kerana keluarga terdekatnya tidak mahu menampungnya setelah kepergian kedua orang tuanya yang terlibat nahas kapal terbang sewaktu melakukan lawatan bisnes ke luar negara.
Hanya Aira yang mahu menjadi temannya. Kedua orang tua Aira juga membawanya pulang ke rumah mereka kerana prihatin dengan nasibnya yang terpaksa tidur di kaki lima kedai beralaskan kotak.
Di pendekkan cerita setelah beberapa minggu tinggal bersama keluarga Aira, sesuatu telah terjadi. Di saat itu Aslan sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah dan tiba-tiba dirinya di datangi oleh seorang wanita cantik yang menawarkanya minuman dan seperti terkena pukau akhirnya Aslan hanya meminumnya sahaja tanpa berfikir panjang. Hidup Aslan berubah total seratus lapan puluh darjah selepas peristiwa itu.
Aslan tidak sanggup untuk kembali ke rumah orang tua Aira setelah melihat perubahan yang terjadi pada dirinya beberapa jam setelah meminum air pemberian wanita misteri itu, dengan kedua gigi taringnya tumbuh memanjang membentuk siung dan emosinya yang tidak dapat di kendalikan, juga keinginan nya terhadap darah segar membuat Aslan berlari tanpa arah dan akhirnya bertemu dengan Uncle Matt yang sudi membantu Aslan untuk mengawal perubahan dirinya dan juga kuasa yang di milikinya secara tiba-tiba.
Ternyata wanita cantik itu adalah adik kepada Tuan Arduc yang dengan sengajanya memberi Aslan meminum air mantera yang di ambilnya dari telaga terlarang. Tujuannya adalah ingin melihat sejauh mana mitos air telaga terlarang itu benar seperti legendanya sehingga menyebabkan wanita itu mendapatkan hukuman mendekam di penjara abadi kerana kesalahan yang di lakukannya terlalu serius dan melanggar janji para kaumnya yang tidak akan mengganggu para manusia lagi demi kelangsungan hidup bersama.
“Tuan Aslan, Doter Bryan dah sampai”
Panggilan Maiden itu tadi telah menarik Aslan dari menyusuri kenangan silamnya yang sangat luar biasa dan tidak dapat di terima akal sihat oleh sesetengah orang
“Panggil masuk” perintah Aslan
Haha.. Ini yang syaa janji dekat status wasap semalam okey.
Share this novel