Completed
22343
Hutan terlarang adalah hutan yang hidup dan mempunyai jiwa. Buktinya setiap kali Abi menangis seluruh hutan terlarang akan turun salji atau pun hujan dan begitu juga sebaliknya. Jika Abi tersenyum malah bunga-bunga juga bermekaran dan ranting yang hampir saja patah juga kuat kembali. Seolah hutan itu mengikut mood bayi kecil itu
Perubahan yang begitu ketara itu akhirnya mampu meyakinkan Aslan kalau anaknya memang lah insan terpilih yang akan memikul beban berat ke depannya nanti iaitu menjaga keseimbangan hutan larangan dan bertanggungjawab membawa kaum Wolf menjauh dari habitat manusia agar tidak lagi melakukan kejahatan.
“Abang.. panggil Aira di saat melihat suaminya itu termenung. Wanita itu duduk di samping suaminya dan menggenggam erat tangan pucat suaminya itu
“Ini semua bagaikan cerita dongeng buat Aira… tapi Aira janji akan selalu berada di samping abang untuk mencapai ending story kita” janji AIra
Aslan tertegun mendengar ucapan isterinya “Abang sekarang merasakan sesuatu yang aneh sayang. perasaan abang kuat mengatakan kalau ada sesuatu yang abang belum ketahui dan bahaya bukan hanya datang dari Clan Yildiz semata” ucap Aslan juga membalas genggaman tangan isterinya
“Maksud abang..”
“Abang meragui pucuk pimpinan Arduc Clan. Dari dulu abang meragui nya tapi abang berusaha santai dan menganggap itu hanya bawaan perasaan sahaja. Setelah mendengar puisi ke empat penjaga itu malah abang sekarang yakin kalau abang harus meragui mereka semua”
“Jadi sekarang abang ragu juga dengan Maiden dan Aswin?”
Aslan menggeleng “Mereka sama seperti abang. Jadi abang tidak pernah meragukan mereka” jawab Aslan
Zup!
“Tuan!”
Tiba-tiba sahaja Aswin sudah berdiri di belakang mereka dengan seringai bersalahnya kerana telah mengganggu drama rumahtangga di depannya
“Ya Aswin?” Tanya Aslan kemudiannya
“Tuan.. ini sangat penting” Aswin terlihat ragu untuk mengucapakan sesuatu
“Katakan sahaja Aswin, saya perlu tahu apa yang membuat kamu terlihat ragu seperti ini” Desak Aslan dengan tidak sabarnya
“Kami menemui satu jejak yang lupa di hapuskan oleh kaum Wolf dan jejaknya sepertinya sedang menuju ke penempatan utama Clan Arduc” jawab Aswin dengan takut-takut
Aslan terdiam dan ini semakin menguatkan lagi prasangkanya terhadap Tuan Arduc dan seluruh ahli clan yang tinggal di penempatan. Tiada siapa yang tahu jalan ke sana jika Tuan Arduc sendiri tidak membuka jalannya
Zup!
Kali ini Maiden pula yang datang tanpa izin malah masuk begitu sahaja “Salam tuan Aslan”
“Ada apa Maiden?” tanya Aslan
“Saya melihat Seina. Adik tuan Arduc sedang berkeliaran di tapak mansion lama kita dahulu dan di saat saya hampiri malah beliau menghilang begitu sahaja” beritahu Maiden
‘Kamu yakin Maiden dengan apa yang kamu lihat?” kembali Aslan bertanya
“Saya sangat yakin tuan” jawab Maiden tegas
Aira bangkit mendapatkan Abizard yang mulai bergerak-gerak di dalam box bayinya takut bayinya itu akan menangis dan menyusahkan para pengawal di luar sana nantinya.
“Jadi tekaan saya benar” ucap Aslan berdiri membelakangi kedua tangan kanannya itu
“Maksud tuan Aslan?” tanya Maiden dengan Aswin serentak
“Musuh kita bukan hanya clan wolf malah dari clan kita sendiri. Adakah awak berdua akan mengatakan saya gila jika saya mengatakan saya meragui tuan Arduc sendiri dalang di balik semua ini?” tanya Aslan
“Kami setia bersama tuan. Jika musuh tuan adalah clan Arduc, maka kita akan berdiri dan berjuang bersama tuan” ucap Aswin tanpa ragu
Seketika seperti sesuatu yang terbang melintasi mereka dan sekonyong-konyong berubah menjadi bentuk wanita cantik iaitu salah satu dari pari-pari penjaga hutan terlarang itu
“Clan Yildiz dan juga Clan Arduc di pimpin oleh dua makhluk mitos yang cukup kuat, namun kekuatan mereka tiada apanya tanpa insan terpilih dan juga gadis suci” wanita itu menunjuk ke arah Aira dan anaknya”
“Jadi..” Aslan sekali lagi terkejut
“Ya.. isteri tuanku adalah gadis suci dan ternyata lagenda itu benar. Di saat tuanku menikahi gadis suci dan melahirkan anak yang pertama maka anak itu akan di angkat menjadi penguasa hutan terlarang ini di mana di tengah hutan ini tersimpannya jantung induk yang dapat menghapuskan dua makhluk itu sekaligus. Namun hanya Tuan Abizard sahaja yang mempunyai kebolehan untuk melihatnya dan hanya beliau sahaja yang boleh memusnahkan jantung itu dengan pedang pusaka yang tertancap di puncak pilar di tengah hutan” jelas wanita itu panjang lebar.
“Jadi maksudnya.. Tuan Arduc sengaja menanti kelahiran anaknya Tuan Aslan dan Puan macam tu?” pertanyaan itu datang nya dari Maiden
Wanita cantik itu mengangguk “Kalian bertiga tataplah cermin di depan itu maka di sanalah kalian bertiga akan melihat identity kalian yang sebenarnya”
Wanita itu menggoyangkan tongkat pendeknya dan muncullah cermin panjang tepat di depan mereka. Alangkah terkejutnya Aswin saat melihat dirinya yang berubah menjadi bentuk lain di dalam cermin itu. Telinganya runcing, rambutnya putih dan siungnya juga menghilang.
Begitu juga dengan Maiden yang mendapati bayangan dirinya malah mengenakan gaun berwara putih dengan telinga runcing dan matanya juga kebiruan seperti wanita di hadapannya saat ini.
Namun berbeza dengan Aslan yang cerminnya tidak menampilkan bayangan apa pun “Kenapa Cermin saya tidak ada bayang?” tanya Aslan pelik
“Maaf kan hamba tuanku, hamba tidak dapat menembus pelindung yang di turunkan oleh tuanku Ambarato kepada tuanku kerana tuanku adalah putera tunggal kerajaan Elf yang kami kirim ke dunia manusia di saat pembantaian kaum kita secara besar-besaran oleh clan Arduc dan clan Yildiz bersama dan di sebabkan kelalaian para penjaga di waktu itu sehingga Seina dapat menjejak Tuanku dan akhirnya memaksa tuanku meminum air dari telaga sihir drakula dan mengubah tuanku menjad separuh drakula. Tetapi identity Elf di dalam diri tuanku sangat kental sehingga tuanku mampu melakukan sihir halimun iaitu salah satu dari keistimewaan kuturunan Maharaja Ambarato pemilik asli hutan terlarang ini”
Bukan hanya Aswin dan Maiden yang terkejut malah Aslan sendiri juga sangat terkejut. Lelaki itu tidak menyangka identity aslinya adalah seperti ini. ternyata kedua orang tuanya yang membesarkannya bukan orang tua kandungnya malah dirinya tidak pernah melihat seperti apa rupa ibu dan ayah kandungnya.
“Jadi saya bukan manusia?” Aslan bertanya tidak percaya
“Tuanku adalah separuh manusia. Kerana Maharaja Ambarato berkahwin dengan gadis dari dunia manusia yang sangat cantik sekali. Queen Nimlot adalah ibu kepada tuanku telah wafat di tangan king Arduc untuk menghidupkan isterinya Duma. Sekarang tugas awak berdua adalah menjaga waris terakhir maharaja Ambarato. Jika kita hancur sekali lagi maka keturunan Elf akan lenyap terus dari bumi dan umat manusia juga semakin berada di dalam bahaya” pari-pari itu memandang ke arah Aswin dan Maiden silih berganti.
“Sekarang saya nak tahu apakah kedua clan itu bekerjasama?” Aslan meminta jawapan dari pari-pari cantik itu
“King Arduc dan juga Wolfie memang bekerjasama untuk menakluki hutan ini”
“Wolfie masih hidup? Jadi mumia yang Arkan maksudkan?” Aslan tidak dapat meneruskan kata-katanya
“itu semua palsu dan malah Arkan sendiri tidak tahu kalau moyangnya itu masih hidup dan apa yang Arkan tahu clan Yildiz berseteru dengan clan Arduc biar semuanya terlihat nyata dan tiada siapa mencurigai mereka. Itu adalah rancangan jahat Wolfie dan King Arduc, Tetapi mereka lupa hutan terlarang mempunya mata dan telinga di mana-mana. Kebencian Arkan terhadap clan Arduc harus di buat nyata untuk mengelabui mata semua orang. Dan kebenaran itu baru sahaja terungkap sekarang ini” pari-pari itu menunjukkan apa yang sedang terjadi melalui bebola Kristal di hujung tongkat saktinya.
Aslan merasa sangat tertipu dan sangat marah setelah mengetahui fakta yang sebenarnya. Selama bertahun-tahun dirinya menjadi boneka King Arduc, pembunuh ibu kandungnya sendiri
“Apakah di hutan ini hanya tinggal awak berempat sahaja?” Aslan menatap pari-pari penjaga itu
“Penduduk hutan terlarang masih ada yang tersisa dan sekarang mereka bersembunyi di bawah tanah untuk mengelakkan di kesan oleh musuh”
“Sekarang panggil mereka keluar. Aswin awak uruskan pembinaan semula penempatan untuk semua orang yang masih tersisa. Maiden perketatkan kawalan. Selama satu bulan penuh jangan benarkan sesiapa keluar dari hutan larangan ini untuk mengelak daripada bertembung dengan Seina.” Perintah Aslan
“Selamat kembali tuanku” pari-pari itu bersujud di depan Aslan sebelum menghilang brsama Aswin
“Abang..” Aira mendekat bersama bayinya setelah semua orang meminta diri
Aslan menoleh dan menatap Aira dengan raut bersalah “Maafkan abang sayang, ternyata abang bukan manusia normal” ucapnya sendu
Aira menggeleng “Yang penting abang dah tahu siapa diri abang yang sesungguhnya. Aira nak abang jalankan tanggungjawab abang sebaiknya. Kami berdua akan selalu menjadi penyokong abang, apa pun keadaan abang.” Janji Aira sambil membentuk sebuah senyuman di bibirnya
“Terima kasih sayang” Aslan memeluk isteri dan anaknya dengan erat
Share this novel