Completed
22343
Setelah tiba di lantai sebelas, receptionist itu langsung sahaja menghantar Aira kepada seorang wanita cantik tinggi lampai yang tersenyum ramah kepada nya
“Cik Maiden, ini Cik Aira” ucap gadis receptionist itu kemudian meninggalkan Aira di sana
“Cik Aira silakan duduk” ramah Cik Maiden melayai Aira. Sementara Aira hanya mampu tersenyum canggung. Suasana di ruangan itu terasa sangat sejuk dan hampir sahaja Aira menggigil namun Cik Maiden terlihat biasa sahaja dengan mini skirt yang di kenakannya.
Tok! Tok!
Pintu pejabat Maiden di ketuk dan muncul lah seorang lelaki tampan yang dengan wajah putih pucat tersenyum ke arah Aira
“ Mai, “ panggil lelaki itu
Maiden menoleh dan tersenyum,” As, ada yang boleh saya bantu?” tanya Maiden. Lelaki itu hanya menggeleng
“Nanti aku datang balik” ucapnya kemudian menutup kembali pintu bilik pejabat Maiden
“As? Macam nama si hantu” monolog Aira di dalam hatinya. haruman wangi vanilla yang begitu kuat membuat Aira tidak fokus pada Maiden dan asyik memandangi pintu
“Cik Aira kenal dengan tuan Aswin ke?” tanya Maiden yang membuat Aira sedikit gugup kemudian menggeleng kepala.
“Tak, saya Cuma tertarik dengan nama depan dia saja” jawab Aira jujur
“Cik Aira, sebenarnya awak di minta datang ni sebab nak sign Offer Letter ni. Awak di terima bekerja sebagai personal asissten tuan Aslan dan awak akan mulai bekerja esok” jelas Maiden sambil meletakkan beberapa keping dokumen di atas meja
Aira hanya mengangguk “ boleh saya baca dulu sebelum saya tanda tangan?” tanya Aira
“Silakan take your time” jawab Maiden sambil tersenyum
Aira langsung sahaja meneliti setiap butiran yang harus di patuhinya dan setelah di pastikan tiada syarat yang merugi kannya akhirnya gadis itu menurunkan tanda tangan dengan senang hatinya kemudian menyerahkan kembali dokumen tadi kepada Maiden
Maiden menyambutnya dengan senyuman yang merekah “ baiklah sekarang saya bawa awak jumpa tuan Aslan” ucap wanita itu kemudian bangkit dari kerusinya.
Aira hanya mengikuti langkah Maiden dan sekarang mereka telah pun memasuki ruangan CEO V GROUPS yang terlihat begitu mewah dengan warna hitam yang mendominasi seluruh ruangan.
Di sana terlihat seorang lelaki tinggi lampai yang juga putih pucat seperti tuan Aswin tadi. Bezanya yang berada di dalam pejabat ini terlihat sangat tampan dan berkarisma. Sungguh sempurna dari penampilan luarannya.
“Tuan Aslan,” panggil Maiden
Deg!
Jantung Aira berpacu dengan cepatnya apabila tatapan lelaki itu terarah padanya, teringat kembali kisah misteri mengenai CEO V GROUPS membuat Aira berpeluh di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin dengan suhu yang hampir beku.
“Cik Aira sila kan duduk” pelawa Tuan Aslan dengan tatapan lembut namun Aira yang sudah di kuasai ketakutan malah tidak mampu melihatnya.
Dengan langkah yang tertahan Aira menuju ke arah sofa yang berada di tengah ruangan itu sementara Tuan Aslan sudah menanti di sana dengan kaki yang bersilang semakin menambahkan lagi pesona lelaki itu.
“Awak dah tanda tangan offer letter dengan Maiden?” tanya Aslan dengan lembut
“Su-sudah tuan” jawab Aira sedikit tergagap
Aslan tersenyum sambil mengangguk “baiklah esok awak mulai masuk kerja. Tempat kerja awak adalah di sini bersama saya mengurus semua keperluan saya. Setakat ni awak faham?”
Aira mengangguk cepat “ faham Tuan”
“Baiklah sekarang awak boleh pergi,” ucap Aslan
Aira yang menanti dari tadi ayat itu segera bangkit dari duduknya, setelah membungkukkan badan. Aira terus sahaja keluar dari ruangan yang mempunyai wangian vanilla itu dengan langkah yang besar.
“Aira, awak dah gila ke? Kenapa di mana-mana ada bau Vanila. Apa si hantu juga ada di sini” bisik gadis itu pada dirinya sendiri.
Setelah masuk ke dalam lift Aira cuba menutup matanya “Hantu”
Krik krik tiada jawapan
“Casper.. awak betul-betul tak ada kat sini ke?” panggil Aira lagi. Entah sedar atau tidak Ara kini sangat bergantung pada teman ghaibnya itu. Merasa kehilangan saat sosok yang tak terlihat mata kasar itu tidak menganggunya
“Bodoh Aira, sepatutnya kau senang sebab benda tu dah tak ganggu kau lagi. Ni malah kau pula yang tercari-cari” gadis itu memukul kepalanya sendiri kerana terlalu bodoh mengharapkan kehadiran sesuatu yang entah seperti apa bentuk wujudnya.
Ting!
Lift terbuka dan Aira keluar dengan langkah yang perlahan sehingga seseorang datang menghampirinya
“Cik Aira, Taxi dah tunggu Cik Aira kat depan” ternyata receptionist yang menyambutnya tadi
Aira menatap gadis itu dengan tatapan hairan “ tapi saya belum pesan taxi pun”
Gadis itu tersenyum dan berbalik lagi menuju ke kaunter penyambut tetamu yang tadi di tinggalkannya. Aira sekali lagi di buat bingung namun gadis itu tetap juga melangkah menuju ke arah taxi yang sedang menunggunya
“Cik Aira” panggil pak cik pemanggil taxi itu sambil membuka kan pintu belakang buat Aira
“Terima kasih pak cik” ucapnya yang masih lagi bingung. Kenapa semua orang tahu namanya Aira sebelum sempat dia memperkenalkan dirinya.
***
Klek!
Aira membuka pintu apartmentnya dan terus sahaja masuk. Setelah mengunci kembali pintunya Aira segera menuju ke dapur ternyata kosong. Ada perasaan kehilangan yang di rasanya saat ini. sedih? Ya, Aira sedih namun tidak akan menangis.
“Ternyata si casper tak balik lagi. Ke dia terus balik ke alam dia?” ucap Aira. Perutnya terasa lapar namun Aira sangat malas walaupun sekadar untuk makan.
Setelah meminum segelas air putih Aira kembai ke bilik tidurnya dan tidak menunggu waktu lama untuk gadis itu berlayar masuk ke alam bawah sedarnya.
“Ck, pemalas.. boleh dia tidur dengan perut kosong macam tu” ucap satu sosok yang tinggi lampai yang kini sedang duduk di birai katil sambil mengelus lembut pipi putih gebu Aira yang terlihat sangat comel saat terlelap.
“Maaf sayang, esok di hari ulang tahun mu aku tidak akan datang dalam wujud yang nyata kerana aku harus melindungi mu dari seseorang yang juga menginginkan dirimu demi kehancuran ku.” Gumam lelaki tampan itu dengan matanya tidak lepas dari menatap wajah cantik di depannya yang sedang terlena di buai mimpi.
“Happy birthday My Love, dua puluh empat tahun aku menunggu untuk mengungkapkan kata-kata ini” ucap lelaki tampan itu kemudian mengucup kening Aira dengan lama sebelum menghilang begitu sahaja seperti cahaya.
Esok syaa tak update yer.. Hehe
Share this novel