Completed
22343
Setibanya di Mansion, Aslan terus sahaja mencari keberadaan isterinya. Terlihat ke empat orang pari-pari penjaga juga turut berada di sana bersama Abizard sepertinya sedang menunggu kedatangannya.
“Abi.. Mummy mana nak?” tanya Aslan pada anaknya
Abi menggeleng lemah “Abi tak dapat mencari mummy. maaf kan Abi daddy” ucap anak kecil itu dengan raut wajah bersalah kerana gagal melindungi mummynya.
“Aswin! Geledah seluruh hutan dan temukan keberadaan isteri aku secepatnya” arah Aslan
“Tunggu!” jerit salah satu dari pari-pari itu
Aswin tidak jadi berangkat “Kenapa?” tanya nya pada pari-pari tadi
“Tuanku.. apakah hutan di belakang tadi kembali berbunga?”
Aslan mengangguk dan baru teringat akan peristiwa tadi yang sempat membuat mereka terleka melihat betapa indahnya pemandangan saat hutan itu kembali di penuhi dengan hidupan dan bunga-bunga juga tumbuh dan rumput juga mulai menghijau.
“Ya, tadi di saat kami ingin membaiki retakan di belakang tiba-tiba hutan di sana seolah hidup dan retakan juga pulih sendiri malah di lindungi dengan cahaya ungu yang sangat tebal sekali. Apa maksud semua itu? “ Aslan balik bertanya setelah menjawab pertanyaan dari pari-pari tadi.
Terlihat ke empat pari-pari itu sangat terkejut dan akhirnya mereka saling berpelukan “Tahniah tuanku. Nampaknya jantung hutan ini sudah pulih dan Freya pari-pari sihir yang menjaga lautan sekali gus penjaga hutan pine dan seluruh hutan ini kini boleh kembali untuk menjadi pelindung hutan ini semula setelah sekian lama” ucap mereka serentak
Tiba-tiba,
“Abang!”
Aslan berpaling pada sumber suara dan melihat isterinya sudah pun kembali bersama seorang lagi pari-pari dan mungkin ini Freya yang mereka katakan tadi fikir Aslan yang sudah melangkah mendapatkan isterinya
“Salam Tuanku, maaf kan hamba kerana mengambil gadis suci tanpa izin dari tuanku. Perkenalkan nama hamba Freya pari-pari pelindung lautan sekaligus hutan Pine beserta seluruh hutan terlarang.” Ucap Freya dan matanya menatap Abi yang berdiri tidak jauh dari Aslan
“Apakah tuanku pernah merasakan sesuatu aura hitam di sekitar hutan Pine?” tanya Freya dan kini fokusnya tertuju pada Abi dan dapat merasakan aura istimewa datangnya dari tubuh putera kecil itu.
Abi mengangguk “Saya selalu merasakan satu aura hitam yang terkadang lemah dan terkadang kuat datangnya dari hutan pine” jawab Abi
Freya mengangguk “di sanalah letaknya nadi utama kedua makhluk jahat itu di penjarakan oleh Tuanku Ambarato dan di saat tuanku dapat melihat keberadaannya maka pedang di puncak pilar juga akan muncul dengan sendiri.” Ucap Freya sambil menunduk hormat pada pewaris kerajaan Elf itu.
Aslan masih lagi terdiam mendengar dengan teliti apa yang di ucap oleh Freya yang merupakan pelindung utama hutan terlarang itu.
Freya mendekati ke empat lagi pari-pari itu dan menyapa mereka dengan ramah “Nadi hutan telah di pulihkan dan sekarang tugas utama kita adalah menjaga gadis suci dari sebarang bahaya yang mengancam dan sekiranya apa yang berlaku kepada gadis suci sama seperti apa yang menimpa queen Nimlot maka kita juga akan sekali lagi hancur dan hutan ini akan lenyap untuk selamanya kerana pokok Banyan iaitu jantung hutan terlarang memilih beliau sebagai tuan”
Aslan menatap tidak percaya pada isterinya dan di balas Aira dengan tatapan tidak faham dengan apa yang sedang berlaku juga tidak sedar dirinya setiap saat akan selalu berada di dalam bahaya kerana dia lah kunci utama untuk menghancurkan hutan terlarang beserta seluruh isinya.
“Sayang.. mulai saat ini sayang tak boleh jauh-jauh dari abang. Sentiasa ikut ke mana pun abang pergi begitu juga dengan Abi”
Aslan memeluk isterinya dengan erat sangat takut kehilangan wanita yang sangat di cintainya itu. Takdir seolah mempermainkan dirinya kerana menjadikan isterinya kunci kemusnahan hutan terlarang dan menjadikan anaknya sebagai penguasa hutan terlarang dan dirinya juga adalah salah satu makhluk mitos dari kerajaan Elf lebih tepatnya lagi putera mahkota bagi kerajaan Elf yang suatu ketika dulu musnah dalam pembantaian habis-habisan oleh Vampire dan Wolf dan di sisa terakhir hidupnya King Ambarato menghabiskan semua kuasa miliknya dengan mencipta hutan terlarang dan menyembunyikan beberapa Elf dan pari-pari yang masih tersisa di dalamnya
perlahan-lahan satu persatu rahsia kewujudan hutan terlarang mulai terkuak dan perlahan juga Aslan merasakan tugasnya semakin berat. Untuk membangun semula kerajaan Elf dan menghapuskan clan vampire dan wolf yang sudah berani melakukan serangan terhadap penduduk kampung yang berhampiran dengan hutan terlarang.
***
Freya kembali semula ke hutan Pine yang selama puluhan tahun di tinggalkannya dan pari-pari itu merasa sangat sedih saat melihat banyak kerosakan terjadi dan perlahan Freya mulai memulihkan semuanya dan bergerak menuju ke hutan belakang yang berada di hujung perbatasan dan menyapa semua makhluk di sana di temani oleh Aslan dan keluarga kecilnya.
“Wow!! Cantiknya” bisik Aira saat melihat hutan yang sebelum ini terlihat sangat seram dan kini mulai berwarna dengan pelbagai hidupan dan tumbuhan.
“Sayang.. hutan ni dah sempurna dan mungkin sebentar lagi saatnya Abi untuk mulai fokus dan mencari di mana jantung kejahatan itu di penjara kemudian menghapuskannya dengan pedang pusaka.” Ucap Aslan yang masih menggenggam erat jemari isterinya.
Kedatangan mereka ke hutan itu di sambut dengan gembiranya oleh hidupan di sana. Bunga-bunga bermekaran mengeluarkan wangian khas yang begitu lembut sekali menusuk hidung. Rama-rama pelbagai warna dan saiz juga berterbangan dengan rianya.
Dengan sekali ayunan tongkat kecil di tangan Freya. Hutan itu kini berubah semakin cantik dengan rumah-rumah para Elf yang mulai kelihatan dan juga pasir putih di kaki mereka kini berubah menjadi hablur biru dan membuat mata silau
Seketika Aslan tercengang menatap sekeliling. Mindanya tidak mempercayai matanya yang kini menangkap beberaa rumah kecil yang mulai kelihatan dan beberapa orang Elf juga mulai keluar dari dalam rumah mereka dengan menggeliatkan badan dan saling menyapa sesame mereka
“Freya, apa yang terjadi? Kenapa semua boleh berubah macam ni?” tanya Aslan
“Sewaktu hutan ini terbentuk. Para Elf bertebaran di mana-mana. Di sini adalah tempat tinggalnya rakyat jelata sementara Elf yang tinggal di bahagian Mansion tuanku adalah para Elf keturunan dari pembesar dan juga pejuang yng terdahulu.”
“Kenapa sewaktu kami mula-mula sampai semua ni tidak kelihatan?”
“Setelah beberapa tahun nadi hutan terlarang yang terletak di lautan biru mulai melemah dan saya sendiri terpaksa menahannya dengan kuasa yang saya miliki dan menyerahkan tugas menjaga hutan dan segala isinya kepada ke empat pari-pari. Sebelum saya meninggalkan hutan ini terlebih dahulu saya terpaksa menidurkan mereka dan memberi jampi tidur kepada semua mereka sehingga menjadikan hutan ini terlihat agak seram”
“Kenapa mesti berbuat seperti itu?” kini Abi yang bertanya
“Kerana kita sekarang ini berada di dalam mezanin yang terhasil dari kuasa sihir dan bila induk dari mezanin mulai melemah maka saya harus meringankan bebannya dengan membuat mereka tidur untuk mengurangkan pergerakan dan mencuba untuk bertahan sehingga lah kemunculan tuanku bersama gadis suci dan akhirnya nadi hutan terlarang kembali pulih dan mereka semua juga sudah boleh saya bangunkan.”jelas Freya panjang lebar.
Aslan mengangguk faham. Sulit untuk di percaya namun ini lah yang terjadi dan Aslan harus mengembalikan semuanya seperti asal dan melindungi mereka semua dari kejahatan Arduc dan Wolfie.
“Maka sekarang tugas utama kita mencari tempat yang sesuai untuk berpindah kerana tidak selamanya kita dapat tinggal di sini. Dan sebelum itu Arduc dan Wolfie harus kita lenyapkan terlebih dahulu” Beritahu Aslan
“Benar tuanku” Freya mengiyakan kata-kata Aslan
Zup!
“Lapor tuanku, di luar pintu gerbang utama ada beberapa mayat manusia yang tanpa darah di susun di sana” Lapor salah satu pengawal yang berkawal di pintu gerbang utama.
Aslan mengetatkan rahangnya dan merasa sangat marah dengan perbuatan gila siapa pun pelakunya
“Kita kembali ke Mansion” perintahnya
Share this novel