Completed
22343
“Aira.. Aira, ck! Ck! Kesian kau kan. aku sebenarnya ingin menghabiskan nyawa kau sekarang tapi… “ Anissa menyentuh perut Aira kemudian tersenyum
“Aku perlu kan anak dalam perut kau ni untuk membangkitkan Wolfie dan juga ayah aku, hahahahah” tawa wanita itu menggema di seluruh ruangan dan berhenti secara tiba-tiba saat melihat satu lembaga sedang memerhatikannya dengan tatapan yang sepertinya akan membunuhnya bila-bila masa sahaja.
“Kau!, bila kau masuk sini?”
Zup!
Secepat kilat lembaga tadi kini sudah berada di depan Anissa dan menggantung tubuh kecil itu tinggi di udara dengan siungnya yang sudah memanjang dan matanya bertukar kemerahan.
“Kau dah berani bermain dengan api ya rubah licik, aku beritahu kau sesuatu. Jangan pernah sesekali kau sentuh isteri dan juga anak aku. Hari ini aku biarkan kau hidup sebab aku nak kau lihat sendiri kehancuran clan Yildiz dengan mata kepala kau sendiri dan juga menyaksikan sendiri mumia ayah kau dan Wolfie yang akan aku bakar dengan tangan ku sendiri” ucap Aslan penuh penekanan. Ya.. lembaga tadi adalah Aslan yang datang terlebih dahulu dalam bentuk halimun salah satu kelebihannya yang sampai saat ini tiada siapa yang dapat mengesan kehadirannya di mana-mana
Anissa tidak mampu berkata-kata dan hanya terkumat kamit dengan mata berkaca-kaca kerana Aslan telah melancarkan mantera bisu sementara buat wanita licik itu.
“Maiden!, ikat rubah kecil ini!” perintah Aslan dan beserta itu juga satu kilauan masuk dari arah depan dan muncul lah Maiden dengan rupa aslinya.
Maiden menyeringai menatap Anissa yang sudah terkulai tidak berdaya di atas Jubin “Aku akan bagi kau hadiah sebab kau dah Berjaya menirukan rupa aku rubah kecil” ucap Maiden
Anissa semakin takut ingin melarikan diri tetapi tidak berdaya, apalagi di saat ini wajah Maiden semakin mendekat di lehernya dengan siung tajamnya. Dan Anissa sempat mendengar sebelumnya dari salah satu orang kepercayaan Arkan bagaimana tersiksanya mereka di saat bulan purnama setelah mendapat gigitan dari Maiden yang di kenali sebagai drakula yang giginya mempunyai racun dan penawarnya hanya pada Maiden.
Maiden tersenyum puas setelah menghisap sedikit darah dari rubah kecil itu dan mengelap bibirnya menggunakan ibu jari
“Kau akan mendapatkan hadiahnya selama empat kali purnama sayang. jika tidak tahan sakit maka datang dan bersujud lah padaku, mungkin aku akan berbaik hati akan memberi mu penawar.”ucap Maiden sambil mengedipkan sebelah matanya
“Oh ya, aku lupa, yang ini kesannya berbeza dari yang lepas kerana untuk kekasihnya Arkan aku bagi special dos sebab dah berani menculik puan kami” Maiden berbalik setelah selesai dan membiarkan Anissa terkapar di lantai tidak berdaya.
“Maiden, sekarang tugas awak pergi ke clan Yildiz dan bantai habis semua yang ada di sana dan jangan biarkan sesiapa yang keluar dari sana dalam keadaan hidup.” Perintah Aslan kemudian menghilang bersama tubuh isterinya dan sudah pastinya tujuan lelaki itu sekarang adalah mansionnya.
***
Sementara itu di luar mansionnya Arkan sedang berlakunya pertempuran sengit di antara kedua makhluk mitos itu.
Arkan sendiri memimpin pengawalnya untuk menghadapi tentera elitenya Aslan yang di ketuai Aswin
“Menyerahlah kaum penghisap darah jika kalian semua menginginkan puan kalian saya kembalikan dalam keadaan hidup!” jerit Arkan setelah merasakan peluangnya untuk menang sangat tipis
“Kau tak dapat ugut kami rubah licik kerana sekarang puan kami sudah selamat kembali ke mansion dan sekarang terimalah nasib mu sebagai pecundang untuk kedua kalinya” seru Aswin yang masih lagi dalam mode pertarungan.
Wajah arkan seketika memucat setelah mendengar ucapan Aswin sebentar tadi. Lelaki itu terus sahaja menghilang masuk ke dalam mansionnya dan terus ke bilik tahanan dan betapa terkejutnya Arkan saat melihat kekasihnya malah terkapar di atas lantai dengan leher yang membiru bekas gigitan dan paling membuatnya marah malah tubuh Aira benar-benar menghilang dari tempat pembaringannya.
Arkan segera membuka mantera dari Aslan dan membantu Anissa bangkit dan mendudukkannya di atas tempat pembaringan Aira yang kini sudah kosong.
“Sayang, siapa yang buat semua ni?” tanya Arkan tidak sabar
Anissa menarik nafas dalam-dalam. Aslan dan Maiden datang menyelamatkan Aira dan sekarang Maiden sedang mendapat tugas menghancurkan clan Yildiz atas arahan Aslan” beritahu Anissa tersekat sekat.
“Jadi ini bekas gigitan Maiden?” tanya Arkan lagi sambil menyentuh leher kekasihnya dan Anissa hanya mampu mengangguk sambil bercucuran air mata
“Sial kau Maiden, aku akan balas satu saat nanti” ucap Arkan dengan rahang yang mengetat
“Tuanku, cepat larikan diri. Anak buah kita sudah tidak mampu menghadapi para penghisap darah itu dan sepertinya mereka bukan pengawal biasa melainkan mereka itu sudah di latih untuk menghadapi kaum kita” pinta salah satu pengawalnya Arkan yang datang tergopoh gapah dengan luka di sana sini di seluruh badannya.
Arkan menatap Anissa dan mengangguk cepat “mari kita balik ke markas terlebih dahulu” pasangan itu terus sahaja menghilang pergi melui tingkap di saat Aswin Berjaya melepasi pertahanan sampai ke dalam
“Sial kau Arkan, pengecut!” marah Aswin
***
Sementara itu di mansionnya Aslan, Aira baru sahaja sedar dari pengsannya
“Sayang.. dah sedar?” Aslan mengelus lembut poni isterinya dan di saat Aira melihat wajah suaminya. Wanita itu langsung bangkit dari baringnya dan memeluk tubuh sasa itu dengan erat
“Abang.. saya takut.” tangis Aira akhirnya pecah.
“Shh.. abang ada kat sini. Jangan takut. sayang dah selamat”
“Tadi Maiden..”
Aslan meleraikan pelukan isterinya dan memegang kedua belah pipi isterinya dengan lembut sambil ibu jarinya menghapus air mata yang masih setia mengalir
“Itu bukan Maiden sayang, itu Anissa yang berubah wujud seperti Maiden. Mulai sekarang, sayang akan ikut abang kemana saja abang pergi sebab abang takut benda macam ni jadi lagi. Apalagi di sini sekarang dah tumbuh buah cinta kita” Aslan melekapkan telapak tangannya di perut Aira
“Abang tau macamana?” Aira telopong tidak percaya
“Di sebabkan dia lah Arkan dan Anissa bertindak menculik sayang. sekarang kita tahu kalau mereka mempunyai target baru. Iaitu anak kita. Dan sebelum dia lahir abang akan usahakan mencari mumia wolfie dan membakarnya demi keselamatan anak-anak kita nanti.” Jelas Aslan yang begitu cepat membaca situasi semasa.
“Mohon membuat laporan tuan!” jerit satu suara dari luar bilik tidur mereka
“Masuk!” balas Aslan
Seseorang masuk dan membungkukkan badannya “Tuan, semua orang di dalam clan Yildiz menghilang entah ke mana dan sekarang Cik Maiden sedang giat mencari keberadaan mereka sehingga ke hutan terlarang” lapornya
Aslan terkejut mendengar nama hutan terlarang yang di sebut “Cepat panggil Maiden kembali jangan masuk hutan terlarang!”
Zup!
Sepantas kilat sosok tadi menghilang begitu sahaja dan keadaan ini sudah biasa bagi Aira dan tidak ada lagi reaksi terkejut dari wanita cantik itu.
“Kenapa dengan hutan terlarang abang?” Aira jadi penasaran
“Ada satu mitos mengatakan hutan terlarang tidak boleh di masuki oleh sesiapa sahaja melainkan insan terpilih.”
“Insan terpilih?”
Aslan mengangguk “ya, insan terpilih. Sampai saat ini belum ada tanda-tanda kehadirannya. Sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalam hutan terlarang pasti akan menjadi mayat dan di temukan di gerbang utama.” Beritahu Aslan membuat Aira merasa seram
Share this novel