Completed
22343
“Mummy.. ni kenapa pokok ni ada di tengah laut dan Nampak sangat menggerunkan” ucap Abi
Aira terdiam kerana tidak menemui jawapan dari persoalan yang di ajukan anaknya “Abang tau?” Aira menatap suaminya
“Abang juga tak tau sayang, ke empat pari-pari juga tidak memberitahu abang tentang ini. sekarang lebih baik kita pergi dari sini. Abang takut terjadi sesuatu”Aslan menuntun isteri dan anaknya untuk kembali semula ke daratan
Entah kenapa Aira berasa sedih melihat pokok banyan yang besar berada di tengah laut itu seolah merayu meminta tolongnya. Tapi apakan daya Aira kerana dia hanya manusia biasa yang tidak mempunyai kemampuan apa-apa hanya berharap suami dan anaknya untuk melindungi dirinya.
Setelah mereka tiba di daratan Aswin dan Maiden juga sedang menunggu di sana dan terkejut melihat ketiga tuan nya itu kembali dari dasar laut dan terlihat jelas wajah sayu Aira setelah menjejakkan kakinya semula di pantai.
“Ada apa Aswin, Maiden?” tanya Aslan pada keduanya
“Tuan, kami berdua dapat mengesan pergerakan dari musuh di persekitaran pembatas belakang hutan larangan ini dan aura gelapnya sangat mengerikan sekali” lapor Aswin dan di anggukan oleh Maiden.
“Dup! Dup! Dup! dup!
Abi tercengang mendengar bunyi detakan yang kuat sekali dan menoleh ke arah daddynya “Daddy dengar?”
Aslan mengangguk “Awak berdua dengar?” berpaling menatap Maiden dan Aswin
Keduanya menggeleng serentak “kami tidak mendengar bunyi apa-apa pun tuan”
“Daddy, bunyi ini bukan dari dasar laut. Ini datangnya dari hutan Pine” celah Abi tiba-tiba
“Daddy tahu Abi. Sekarang Abi hantar mummy balik mansion dan lindungi mummy tunggu daddy balik dan jangan sesekali tinggalkan mummy sendiri okey.” Perintah Aslan pada anaknya
“Daddy, I love you my hero. Tolong kembali selamat demi mummy dan Abi” dramatis sekali cara Abi memberi semangat buat daddy tampannya itu.
Aira yang baru sahaja sedar dari kebingungan menatap suaminya “Abang.. apa kata Aira dan Abi tunggu kat sini atau kita ikut abang sekali” pinta Aira yang risau melepaskan suaminya pergi hanya bertiga bersama Aswin dan Maiden
“mummy benar daddy. Abi akan jaga mummy” Abi berubah fikiran dan menyokong pendapat mummynya
Aslan akhirnya bersetuju dan mereka melangkah bersama menuju hutan Pine. Semakin dekat semakin kuat bunyi degupan itu terdapat aura hitam yang agak nipis dan lemah kini menyebar di hutan Pine.
Zup!
Tiba-tiba gadis kecil yang berpakaian serba hijau bertelinga runcing kini berada di depan Aslan dan melutut
“Tuanku, di pembatas belakang terdapat begitu ramai orang yang bersiung dan memiliki mata merah sedang mencuba menembusi lapisan pelindung” lapor Indis, salah satu dari anak Elf juga teman sepermainan Abi
Aslan tercengang “Mari kita mempertahankan lapisan pelindung di belakang. Indis minta pari-pari berempat untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan Sayang…” Aslan mencari isterinya ternyata menghilang begitu sahaja. Wajahnya kembali pucat dan menegang
Sehinggalah seekor arnab datang mendekati Abi seolah sedang melaporkan sesuatu dan membuat anak kecil itu mengurut dadanya
“Mummy selamat daddy.” beritahu Abi
Aslan memang tidak pernah meragukan ucapan anaknya. Meski pun tdak tahu di mana keberadaan isterinya setidaknya bila Abi kata mummynya selamat maka Aira pasti sudah berada di tempat yang selamt.
Mereka berpecah, Aslan pergi bersama Aswin dan Maiden menuju ke perbatasan hutan terlarang dan Abi pergi bersama Indis untuk memberi kabar kepada pari-pari penjaga.
Dengan sihir laju kini Aslan bersama kedua tangan kanannya sudah pun sampai di perbatasan dan melihat begitu ramai para tentera Arduc dan Yildiz clan yang kini sedang bersatu mengerahkan tenaga untuk menembusi dinding pelindung yang tinggal selapis dan hampir sahaja retak
“Tuan, kita mulai sekarang” ucap Aswin
Ketiga mereka akhirnya mencuba memperbaiki semula retakan yang terdapat di lapisan terakhir dengan sihir pemulih. Sangat sukar namun sedikit demi sedikit retakan itu sudah mampu di perbaiki
Aslan mengerahkan segala kekuatannya sehingga menampilkan wujud asli dirinya sebagai putera dan penerus kerajaan Elf. Bermata biru dan rambut hitamnya kini bertukar putih. Kekuatannya juga berlipat kali ganda dan sempat membuat Aswin mahu pun Maiden melopong tidak percaya dengan perubahan tuan mereka itu
***
Sementara Aira yang tadinya tiba-tiba di terbangkan bayu dan kini kembali lagi ke dasar lautan dan berdiri di hadapan pohon banyan yang terlihat menyedihkan itu
“Kenapa aku kembali” Aira bercakap sendiri.
Tangannya terangkat dan memegang pohon itu. Alhasil tiba-tiba cahaya ungu kini muncul dari puncak pokok banyan dan anehnya pokok itu kembali berdaun dan tidak kering lagi. Tiada perasaan takut di saat Aira menyaksikan perubahan itu. Malah hatinya tenang.
“Apakah kamu nadi lautan wahai pokok besar?” tanya Aira kemudian
“Salam yang mulia. Terima kasih kerana telah memulihkan nadi hutan terlarang dan memberikan kami nafas baru. Perkenalkan nama saya Freya pari-pari penjaga lautan sekaligus penjaga hutan Pine” sembah seorang wanita cantik yang mengenakan gaun sutera berwarna ungu.
Aira terpinga-pinga dan terkejut melihat kehadiran tiba-tiba pari-pari itu di sana “Saya bukan yang mulia. Nama saya Aira” wanita itu tergagap kerana di perlakukan seperti seorang ratu
“Mari yang mulia kita pergi ke daratan” pari-pari itu meminpin tangan Aira dan seperti kerbau di cucuk hidung akhirnya Aira hanya menurut
Sementara itu di perbatasan sana satu keajaiban sedang berlaku. Lapisan yang retak kini mulai pulih dan bertambah dengan lapisan ungu yang sangat tebal sekali. Bunga-bunga yang awalnya layu kini mulai berbunga dan hutan di bahagian belakang yang awalnya seram dan tidak terjamah oleh kuasa Abi itu kini menjadi hutan hidup yang sangat indah. Makhluk-makhluk kecil yang bersayap keluar entah dari mana dengan bunyi dengungan yang sangat merdu sekali berterbangan dengan gembiranya seolah mereka di berikan peluang hidup kali kedua.
Aslan, Aswin dan Maiden melopong tidak percaya namun mereka tidak mahu lalai dan memilih untuk membuat serangan terhadap makhluk ganas yang berada di luar sana.
Ketiganya akhirnya menembusi lapisan itu dan sekelip mata sudah pun berada di luar sana berhadapan dengan ribuan vampire dan kaum wolf.
“Selamat berjumpa kembali wahai putera kerajaan Elf yang gagal. Sekarang aku nak lihat apakah kamu mampu untuk mempertahankan dunia kecil mu ini dan menyelamatkan para manusia dari amukan mereka semua” Seina berdiri paling depan sekali memandang Aslan dengan seringai jahatnya
Aslan yang memang mempunyai dendam terhadap Seina mulai terbakar amarah. Tangan kanannya mengeluarkan bebola api yang berwarna biru yang di panggil sihir api biru yang paling di takuti para Vampire kerana mereka hampir sahaja pupus kerana sihir yang sama suatu ketika dahulu.
“Sihir api bi..”
Belum sempat Seina menghabiskan kata-katanya. Aslan sudah pun melancarkan serangan ke atas wanita kejam itu dan membuatnya melantun cukup jauh ke belakang dan terlanggar sebatang pokok besar.
Wanita itu meringis menahan kesan bakar di wajahnya dan “Mundur!” ucapnya dengan susah payah
Sebelum semua mundur begitu sahaja Aslan sempat menangkap salah satu dari mereka dan menggntungnya cukup tinggi di udara
“Sampaikan pesanan aku pada King Arduc dan Wolfie. Sekarang aku yang menabuh gendang perang ke atas clan mereka.” Pesan Aslan kemudian melepaskan makhluk itu pergi membawa pesanan nya.
Sementara Aslan dan kedua tangan kananya harus kembali ke mansion untuk menyusun strategi melawan makhluk legenda itu dan melindungi para manusia di luar sana dari sasaran empuk para makhluk terkutuk itu
Share this novel