SM.05

Fantasy Completed 22343

Aira mengerjapkan matanya menyesuaikan retinanya dengan cahaya yang masuk sambil memicit dahinya kerana kepalanya terasa sangat berat dan di tambah lagi dengan perutnya yang masih melilit sakit.

“Dah bangun?” tanya satu suara baritone berat dari smping mengejutkan Aira. Gadis itu berusaha bangkit dari baringnya.

“Tu-tu-tuan Aslan!” Aira terjerit kecil saat melihat lelaki tampan itu yang sedang bersedekap dada sambil menatap lekat ke arahnya.

Aira memerhati sekeliling ternyata dirinya berada di satu ruangan yang begitu asing dan bukan di apartmentnya. Dan bau vanilla yang tidak begitu asing baginya juga menguar dengan lembut di sana.

“Kenapa saya boleh ada kat sini dan..” Aira mencuba mengingat sesuatu tetapi gagal. Bukan tanpa sebab Aira melupakan kejadian Arkan yang mendatanginya di bilik apartment, kerana semua memori itu telah di hapus oleh Aslan di saat Aira terbaring pengsan. Semua itu Aslan lakukan demi menjaga emosi gadis kesayangannya itu.

“Dokter Bryan cakap awak gastrik dan sekarang awak rehat, sebentar lagi pelayan akan datang menghantar makanan pada awak selepas menghabiskan semuanya awak makan ubat ni” tunjuk Aslan pada botol ubat yang tadi di tinggalkan oleh Dokter peribadinya.

Selesai berkata begitu Aslan terus menapak pergi meninggalkan Aira yang terpinga-pinga kerana soalan nya malah tiada jawapan sama sekali.

“Casper…” panggil Aira mencuba memanggil satu sosok yang tidak terlihat mata kasar itu.

Krik! Krik!

Sepi dan tiada tanda tanda kehadirannya di sana membuat Aira semakin merindukan caspernya

Selang lima minit kemudian, pintu bilik Aira terbuka dan kelihatan dua orang pelayan datang bersama dulang yang berisi makanan dan juga air putih

“Puan, jemput makan”

Sekali lagi Aira di buat terkejut “jangan panggil saya puan, saya Cuma tetamu je kat sini. Panggil Aira je” ucap gadis itu serba salah

“Maaf puan kami hanya menurut perintah tuan. Setelah puan selesai makan nanti puan tinggal tekan butang yang ada di kepala katil maka kami akan datang semula untuk mengambil piring kotor” beritahu kedua pelayan itu kemudian melangkah pergi

Aira kembali termenung setelah kepergian kedua pelayan tadi dan tiba-tiba

Cup!

Aira terkejut mendapat serangan tiba-tiba dan gadis itu sangat tahu itu pasti ulah caspernya

“Casper!, boleh tak jangan cium saya”

Pletak!

Kali ini dahinya pula yang di jentik membuat Aira memajukan bibirnya ke depan sambil mengusap dahinya.

“Casper!” bentak Aira lagi

“Pemalas, makan pun malas, lepas tu dapat penyakit sampai pengsan.” Ucap caspernya dengan nada geram

“Casper, kenapa suara awak mirip dengan suara tuan Aslan?” tanya Aira sedikit kepo

“Hahaha”

“Ck! Dasar hantu gatal, dia malah ketawa dan awak pergi mana masa saya cari awak tak muncul pun. dan lebih anehnya lagi kenapa saya boleh ada dekat sini tiba-tiba” Aira mulai menyuap makanannya masuk ke dalam mulut. Terasa pipinya di elus dengan lembut dan jangan di tanya siapa pelakunya.

“Ai, saya selalu ada bersama awak. Jangan pernah merasa sendiri. Kalau awak rindu awak cakap je. Saya boleh dengar. Kadang saya tak dapat jawab awak kerana kemungkinan pada waktu itu sedang sibuk”

Aira mengangguk cepat “ saya ingat awak dah pergi”

Krik! Krik!

Tiada jawapan “Hantu yang ada masalah disiplin. Dia tak tau ke aku rindu kat dia. Sesuka ati dia jer pergi dan datang macam tu je” omel Aira namun gadis itu bersyukur setidaknya caspernya tahu kemana harus mencari dirinya.

“Ehem!”

Uhuk! Uhuk! Aira tersedak makanannya

Aslan segera menghulurkan gelas air putih dan di sambut Aira dengan cepat dan dalam hitungan detik air di dalam gelas putih itu habis berpindah masuk ke dalam perut Aira.

Aslan menepuk halus belakang gadis itu sambil tersenyum tipis, sangat nipis sehingga tiada siapa yang tahu kalau Aslan si dingin sedang tersenyum

“Tuan, bila masuk? Saya tak dengar pun tuan buka pintu?” tanya Aira lagi setelah batuknya reda

Aslan tidak menjawab soalan dari gadis itu malah kini Aslan mengarahkan Aira untuk minum ubat yang tadi di tinggalkan oleh dokter Bryan.

“Lain kali jangan malas makan,” uca Aslan kemudian menjentik dahi Aira

Gadis itu di buat melongo “kenapa perangai Tuan Aslan dah serupa dengan perangai casper” monolog gadis itu di dalam hatinya.

“Tuan, saya dah sihat. Boleh tak kalau saya nak balik apartment saya?’ pinta Aira dengan tatapan memohon setelah menelan habis ubat yang di beri Aslan kepadanya.

Aslan menggeleng cepat “awak tak boleh balik sana lagi”

“Kenapa? Tanya Aira yang ingin tahu sebabnya kenapa dia di larang untuk kembali ke rumahnya sendiri.

“Apartment awak dah hilang” bohong Aslan

“Ha!, hilang! Macamana boleh hilang? Apa yang terjadi sbenarnya?” Aira panik seketika mengingat apartment itu adalah satu-satunya harta peninggalan kedua ornag tuanya.

“Hilang di saat awak cakap awak nak balik sana dan buat masa sekarang masih ada lag” jawab Aslan dengan seulas senyuman yang tercetak di wajahnya

Aira di buat bingung tidak memahami maksud dari ucapan Aslan sebentar tadi “kenapa aku tak faham apa yang dia cakap” beritahu Aira pada dirinya sendiri semntara Aslan yang mendengarnya berusaha menahan ketawa

“Gadis bodoh!, tetaplah seperti ini Sayang maka dirimu semakin terlihat comel” batin Aslan

Tok! Tok!

Pintu bilik di ketuk dari luar dan tidak menunggu lama akhirnya tersembul wajah Maiden di balik pintu

“Tuan” panggil Maiden

Aslan memberi isyarat dengan ekor matanya dan keduanya saling menatap dan Maiden sangat mengerti apa yang di inginkan oleh tuannya saat ini

Maka wanita itu memilih memberikan informasi lewat telepati demi keselamatan Aira. Kerana semakin lambat Aira tahu kebenarannya maka keselamatannya semakin terjamin.

“Tunggu saya di bilik bacaan” perintah Aslan dan wajahnya kembali dingin dan tidak bersahabat

“Aira, saya mohon. Tolong jangan keluar dari bilik ini walau selangkah pun sehingga saya kembali lagi ke sini. Faham?” Aslan menatap Aira dengan tatapan lembut dan penuh perhatian

Aira hanya mampu mengangguk mengiyakan sahaja kerana dirinya juga dapat merasakan kalau ada bahaya yang sedang mengintainya sehingga tanpa sedar gadis itu telah menarik tangan Aslan

“Tuan, saya takut sendiri” ucap Aira dengan mata berkaca-kaca

Aslan mengusap lembut kepala gadisnya itu “ jangan takut, di sini awak selamat. Saya janji saya akan pergi sekejap je. Nanti ada pengawal yang berjaga di depan pintu. Kalau tiba-tiba ada wajah asing yang masuk ke bilik ni awak cepat-cepat tekan butang merah tu” tunjuk Aslan pada butang merah yang ada di atas meja di samping tempat tidur.

“Baiklah” Aira akhirnya melepaskan tangan Aslan dan berusaha tenang.

“Saya pergi dulu, ingat butang tu” tunjuk Aslan sebelum dirnya benar-benar melangkah keluar.

Happy new year semua......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience