SM.02

Fantasy Completed 22343

Pagi harinya Aira bersiap-siap untuk menghadiri temuduga dan mencuba nasib pergi ke alamat yang di tulis di nota kecil yang di tinggalkan oleh “Hantu” baik menurut Aira

Sebelum keluar dari apartmentnya Aira berhenti seketika di ruang tamunya “Eh hantu!” panggil Aira sedikit was-was

Pletak!

Sesuatu terasa menjentik dahinya membuat Aira menyeringai “Sakit lah! Meh sini kau muncul depan aku biar aku buat benda yang sama baru kau tau sakit ke tak” omel Aira sambil menarik muka masam.

Krik! Krik

Tiada jawapan. Gadis itu memutar bola matanya geram dengan perangai hantu yng sepertinya sedang mempermainkannya

“Hantuuuuu!!!” jeritnya lagi

“Hmm,”

“Kau ikut aku tak? Aku takut lah nak pergi sana. Dengar kata pemilik V Groups tu sangat misteri dan menakutkan.” Rengek Aira.

“Kalau aku ikut kau pun aku boleh buat apa. Kau sendiri yang panggil aku hantu kan. aku tanya kau. sekarang ni kau boleh Nampak aku tak?” tanya suara tu begitu dekat di telinga Aira dan gadis itu dapat merasakan satu hembusan kecil di balik cuping telinganya.

“Kau jangan main-main lah” marah Aira

“Kau dapat lihat aku tak?” tanyanya lagi

“Tak”

“See, kalau aku ikut kau pun aku mana boleh tolong kau seandainya orang tu berbuat tak elok kat kau” jelas suara itu panjang lebar.

Aira kembali duduk di sofa dan gadis itu mulai mempertimbangkan semula niatnya yang ingin menghadiri temuduga hari ini setelah batal semalam kerana dirinya mendadak demam.

“Pemalas! Bangun, tengok jam dah pukul berapa?”

Aira merasa cuping telinganya terasa di pulas “Ihh!!! sial betul lah awak ni. Saya tak jadi panggil awak hantu baik. Sesuka ati je pulas telinga orang. Dasar jin!” marah Aira lagi

Suara itu Cuma tertawa kecil “ come on baby pergi sekarang.” kali ini Aira merasa tangannya seperti di tarik dan membuatnya berdiri terpaksa. Tidak sampai di situ sahaja malah tubuh kecilnya malah di dorong keluar dari pintu apartmentnya

Aira di buat melongo “hahah.. aku terusir dari rumah sendiri. Lebih parahnya lagi yang usir aku tu mahkluk halus. Astaghfirullahaladzim…. Sabar Aira, sabar yer. Ada masa nanti kau balas” dengan langkah yang sedikit malas akhirnya Aira masuk ke dalam lift yang akan membawanya terus ke tempat parking kereta.

“Pagi Ai, “ sapa seorang pemuda salah satu dari jiran Aira yang gadis itu tahu namanya Mika

“Hai, pagi Mika.” Jawab Aira juga tidak kalah ramahnya

“Gatal!

Aira menengang seketika mendengar sesuatu yang berbisik di telinganya “siapa yang gatal?” tanya Aira dan gadis itu sangat tahu siapa empunya suara kalau bukan hantu yang menemaninya selama dua hari ini.

“Awak lah. Tak boleh tengok lelaki handsome sikit terus senyum sampai ke telinga” suara hantu itu sepertinya sudah terbakar cemburu.

“Amboi.. tak kan aku nak menangis kot sambil ucap selamat pagi kat dia” geram Aira lagi yang sudah melupakan kehadiran Mika di sana.

Mika menatap hairan ke arah Aira yang sepertinya sedang bercakap sendiri. Dengan sedikit berhati-hati Mika menghampiri

“Ai, you okey ke? You cakap dengan siapa?” tanya Mika

Aira seketika kembali tersedar dan menepuk dahinya sendiri “hantu tak guna” umpatnya di dalam hati sambil tersengih menatap Mika yang juga sedang menatapnya menanti jawapan dari soalannnya tadi.

“Hahah..Mika, ni.. tak. Aku tadi tengah on call, haha yer aku jawap telefon kawan” bohong Aira sambil menunjukkan Ear phone yang terpasang di telinganya

“Oh… aku ingat kan kau tadi dah kenapa cakap sendiri.tau nya sedang jawap telefon. Tak apalah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum” ucap Mika

“Wa’alaikumusalam” jawap Aira sambil memandang kepergian Mika sehingga lelaki itu masuk ke dalam keretanya.

“Menipu,”

Aira geram dan wajahnya kini sudah memerah menahan geram “ habis kau nak aku bagitau dia aku cakap dengan hantu macam tu. Lepas tu buatnya si Mika tu telefon hospital mental suruh tangkap aku sebab stress duduk sendiri.” Marah Aira

“Malah sekarang ini aku sudah mulai meragukan kesihatan mental aku sendiri” tambah Aira lagi

Suara itu tertawa perlahan “ dah. jangan marah, berangkat sekarang. aku tak kan ganggu kau lagi. Kita berpisah di sini yer.”

“Kau nak perg mana?” tanya Aira hairan

“Aku juga ada kerja lah sayang. kenapa? Tak sanggup nak berpisah ke?”

Gadis itu hampir sahaja tertawa terbahak-bahak “kerja? Kerja kau bukannya kacau manusia je ke? Casper”

Terdengar suara itu mendengus geram “saya punya namalah dan nama saya bukan casper” marahnya

Aira tersenyum, sepertinya hantu ini pemarah juga dan senang terpancing emosi fikir Aira “kalau macam tu nama awak siapa?”

“Nama saya As..”

Krik krik suara itu kembali terdiam membuat Aira merasa kecewa.” As siapa?”

“Aku pergi dulu”

Cup!

Satu kucupan singgah di pipi kanan Aira dan itu terasa sangat nyata sehingga membuat mata gadis itu membulat sempurna

“gatal, sedap dia je cium aku.” Marah Aira

Kali ini pemilik suara itu benar-benar pergi meninggalkan Aira kerana wangian Vanila yang begitu kuat tadi tiba-tiba hilang begitu sahaja.

Tanpa banyak fikir lagi Aira langsung masuk ke dalam keretanya dan segera menuju ke bangunan yang tertulis V GROUPS yang berdiri megah di tengah ibu kota.

***
“Cik Aira?” tanya salah satu receptionist sebaik saja gadis itu melangkah masuk ke dalam lobi pejabat

“Ya, saya datang sini nak hadiri temuduga” jawab Aira sopan.

“Mari cik Aira ikut saya jumpa Cik Maiden” receptionist itu langsung membawa Aira menuju ke arah Lift yang akan membawa mereka menuju ke lantai sebelas untuk bertemu Cik Maiden setiausaha Tuan Aslan Arduc.

Dari kejauhan sepasang mata sedang memerhatikan Aira dengan senyuman yang terukir di bibirnya “Akhirnya dia datang”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience