SM.14

Fantasy Completed 22343

Di saat Maiden tiba di gerbang yang kelihatan bercahaya ungu, wanita itu was-was ingin masuk apa tidak kerana Maiden masih bingung untuk percaya pada mitos hutan terlarang yang di cerita kan turun temurun oleh para orang-orang tua di dalam clannya.

“Cik Maiden!”

Maiden yang mendengar namanya di panggil tidak jadi melangkah melepasi lingkaran cahaya itu dan menoleh ke belakang.

“Tuan Aslan minta cik Maiden balik sekarang” beritahu pengawal itu yang akhirnya menyelamatkan Maiden dari masuk ke dalam hutan terlarang

“Baik lah” ucap Maiden

Di saat Maiden dan pengawal itu ingin menghilang, jadi terbatal kerana mendengar tiupan seruling yang sungguh merdu dan memukau

“DIA DATANG DI SAAT PURNAMA DI MALAM JUMAAT
DENGAN TURUNNYA SALJI DI PERSEKITARAN
BULAN BERUBAH MENJADI MERAH SEPERTI DARAH
LAUT YANG BERGELORA PASTI AKAN TENANG
YANG MATI DAPAT DI HIDUPKAN
YANG HIDUP DAPAT DI MATIKAN
SELURUH HIDUPAN DI HUTAN TERLARANG AKAN TUNDUK PADA PEMERINTAH BARU”

Setelah berkata begitu suara perempuan itu terus menghilang bersama bunyi tiupan serulingnya. Kali ini Maiden sudah tidak ragu lagi dengan mitos hutan terlarang dan malah Maiden dan pengawal itu di buat bergetar ngeri kerana tidak memahami apa yang cuba di sampai kan oleh penunggu hutan terlarang itu.

Zup!

Akhirnya mereka memilih pergi secepatnya untuk menghindari bencana yang lain yang tidak di ingini.

***
“Tuanku, kami Berjaya memancing Maiden menuju hutan terlarang” lapor pengawal Arkan

“Bagus, pastikan wanita gila itu masuk ke dalam hutan terlarang dan musuh kita berkurang satu” ucap Arkan dengan geram.

Ternyata Arkan sempat memindahkan semua orang-orangnya ke tempat lain dan membuat rancangan Aslan untuk membantai clan Yildiz jadi gagal total.

Untuk Sembilan bulan ke depan kita stop dulu menganggu Aslan. Kita tunggu isteri dia bersalin dan masa itu kita akan berhabis-habisan berjuang merebut bayi nya dan membangkitkan clan kita.” Perintah Arkan dan di setujui oleh para orang tua.

“Tuanku, selama kita tidak mengganggu Aslan. Macamana kalau kita mencari identity insan terpilih terlebih dahulu? Dengan kita menemui insan terpilih maka kita sudah lapan puluh persen berada di atas clan Arduc.” Usul salah satu orang tua yang berperanan sebagai peramal di dalam clan Yildiz

Arkan terlihat berfikir dan terdiam seketika “sebenarnya insan terpilih ini apa fungsinya Santos?” tanya Arkan

“Insan terpilih, jika perempuan maka dia lah ratu dan jika lelaki dia lah raja yang memerintah seluruh hutan terlarang. Segala kehidupan malah tanah dan lautan sekali pun akan mendengarkan perintahnya. Ini bukan mitos kerana menurut ramalan saya. kehadiran insan terpilih ini semakin dekat.” Jelas Santos

Mata Arkan bersinar dan berharap menemukan Insan terpilih itu terlebih dahulu sebelum Aslan juga mulai mencari.

“Turunkan perintah ku. Setiap hari pastikan hutan terlarang sentiasa di pantau dan lihat jika ada kejadian yang luar biasa berlaku di sana. Jika keadaan ini berlaku maka laporkan segera kepada aku” perintah Arkan dan semua menurut dengan suka citanya.

***
Di mansion Aslan

Maiden langsung sahaja menemui Aslan dan Aira di dalam bilik mereka dan melaporkan mengenai kehilangan clan Yildiz dan perihal hutan terlarang yang sampai sekarang membuat Maiden masih berasa seram saat mengingatnya

“Maiden..” panggil Aira manja

“Ya puan?”

“Boleh tak awak tolong cari ketam yang sebesar buah kelapa?”

Bukan hanya Maiden malah Aslan juga terkejut mendengar permintaan isterinya “sayang nak buat apa dengan ketam tu?” tanya Aslan

“Nak makan” jawab Aira dengan sengihan lebarnya

Glup!

Maiden menelan ludahnya kasar, nampaknya wanita itu harus merentas beberapa negeri untuk mencari ketam yang sebesar biji kelapa

“Kalau macam tu saya pergi dulu tuan” Maiden akhirnya mengundurkan diri dan dI anggukkan oleh Aslan

“Abang, kalau Maiden dapat cari ketam tu nanti abang yang masak ya” pinta Aira lagi

“Ha…. Sayang. kenapa mesti abang yang masak?” Aslan seumur hidupnya hanya di layan dan tidak pernah sekali pun lelaki tampan itu memasak sendiri makanannya

“Jadi abang tak nak ni masak?”

“Abang tak boleh nego ya sayang?” tanya Aslan kemudian

Aira menggeleng “kalau abang tak nak masak. Saya tak nak makan” ugut Aira membuat Aslan kelam kabut

“Haha.. abang masak sayang, tapi jangan merajuk ya” pujuk Aslan “Fuh! Ini lah nasib bila terlalu sayang” monolog Aslan di dalam hatinya.

Aira bersorak gembira “sekarang abang kena tumbuk bawang dulu ya, buat persiapan. Nanti Maiden balik bawa ketam abang tinggal siang” Aira turun dari tempat tidur dan menarik tangan suaminya

“sayang…. bawang biar lah pelayan yang tumbuk.”

“Nope!”

“Okey… hamba menurut perintah yang mulia ratu” Aslan mengekori langkah isterinya sehingga ke dapur

“Awak bertiga ikut saya” panggil Aslan pada ketiga pengawalnya “Aswin!” seru Aslan kemudiannya

Zup! Muncul Aswin tepat di depan Aira “Ya tuan?”

“Kupas bawang” perintah Aslan

“Ha! Bawang?’ tanya Aswin terkejut

“Ya bawang, awak kupas nanti biar saya yang tumbuk” jawab Aslan lagi sementara Aira sudah duduk dengan manisnya di meja makan melihat Aslan dan Aswin yang terlihat kekok dengan peralatan dapur.

“Boleh kami bantu tuan?” ketua pelayan di mansionnya menawarkan bantuan namun dengan cepat Aslan menolaknya. Ini adalah keinginan isterinya dan biar lah dia sendiri yang melakukannya menurut Aslan

Belum pun sempat Aslan menumbuk bawang malah kini Maiden muncul bersama seekor ketam yang bersaiz king di tangannya membuat Aira hampir sahaja terliur melihatnya

“Ma-maiden! Kau dapat mana bapak ketam ni?” tanya Aswin dengan mata yang terbelalak menatap ketam yang di bawa Maiden.

“Dekat supermarket ada jual” jawab Maiden

“Abang, sekarang abang siang ketam, biar Aswin tumbuk bawang!” perintah Aira yang sudah tidak sabar ingin memakan ketam besar itu.

“okey, no problem sayang” jawab Aslan

“Eits.. ingat. Jangan menggunakan kelebihan korang. Lakukan semuanya seperti manusia normal” tambah Aira lagi

“Apa!” ketiga mereka terlopong dan tidak percaya dengan perintah Aira yang terdengar tidak masuk akal.

“Jadi abang mesti siang ketam ni dengan cara klasik sayang?” tanya Aslan lagi tidak percaya.

“Terserah abang nak siang macamana yang penting.. no power” ucap Aira sambil menggoyangkan telunjuknya

Aslan mati kata apalagi melihat ketam itu menaikkan tangannya seolah berkata “kau berani mari lah lawan”

“Maiden! Betul ke ketam ni beli dekat supermarket? Kenapa ketam ni masih hidup? Tanya Aslan bingung

Maiden berlari ke arah singki dan terkejut melihat ketam frozen itu malah hidup kembali “Tuan, sumpah tadi ini ketam frozen” jelas Maiden

Sementara Aswin merasakan satu aura yang kuat datang nya dari tubuh Aira dan melalui indera ke enamnya Aswin dapat melihat tubuh Aira di selubungi satu cahaya berwarna ke unguan dan auranya sangat lembut namun terkesan sangat kuat. Kemudian lelaki itu mengirimkan tepelati kepada Aslan dan Maiden untuk sama-sama melihat perubahan yang ada pada diri Aira

Aslan tersenyum setelah mengetahui punca yang membangkitkan ketam yang sudah mati itu

“Kau hebat nak. Masih dalam perut pun kau dah buli daddy macam ni” monolog Aslan di dalam hatinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience