Completed
22343
“Maiden, ringkaskan laporan awak” ucap Aslan dengan raut wajah datar dan tiada senyuman di sana melainkan raut wajah yang sangat miskin dengan senyuman dan semua itu akan berubah di saat Aslan berhadapan dengan sosok Aira.
“Tuan, kemalangan orang tua Aira ada kaitan dengan Yildiz clan” jawab Maiden dengan lantang
“Maksudnya?”
“Waktu itu Drake pemimpin clan Yildiz menyasarkan Cik Aira namun informasi yang mereka terima silap kerana cik Aira tidak bersama dengan kedua orang tuanya.
“Itu saya sudah dapat teka, My question is, kenapa Aira yang menjadi sasaran mereka” tatap Aslan dengan tatapan yang setajam tatapan helang.
Glup!
Maiden menelan kasar ludahnya sendiri melihat aura membunuh dari tuannya di saat ini terlalu kuat melihat dari perubahan anak matanya yang sudah merah menyala dan siungnya juga semakin menajam keluar
“Kerana Cik Aira adalah gadis suci yang di ceritakan di dalam kitab mereka. Disaat usianya genap dua puluh empat tahun di katakan darahnya akan mampu membangkitkan semula mumia Wolfie, moyangnya Arkan dan membangkitkan semula clan Yildiz seperti ribuan tahun yang lalu” ucap Maiden dengan sedikit menunduk dan bersedia menerima amukan dari lelaki di hadapannya itu.
Brak!
Aslan menendang meja yang berada di hadapannya dan lelaki itu benar-benar mengamuk saat mendapat kabar yang menurutnya sungguh mengarut itu. Dalam sekelip mata seluruh ruangan itu seperti sudah di terpa badai.
“siapkan penjaga elite untuk selalu menjaga Aira bermula detik ini juga dan esok adalah hari di mana Aira genap dua puluh empat tahun. Saya tidak mahu mendengar kata gagal dalam tugasan yang saya berikan atau saya sendiri yang akan mengambil nyawa kalian” ancam Aslan
“Casper..”
Aslan seketika tersenyum saat mendengar panggilan itu dan sedikit sebanyak membuat Maiden bernafas lega untuk seketika. Setidaknya saat ini nyawanya masih lagi selamat
Bugh!
Sesuatu terjatuh betul-betul di tengah mereka “Aswin! Pekik Maiden
Aslan juga terkejut melihat keadaan Aswin yang sudah babak belur. Pakaiannya juga compang camping layaknya pengemis di tepi jalan
“Tuan!” panggil Aswin lemah. Maiden yang berada paling dekat dengan Aswin akhirnya membantu rakan setugasnya itu untuk berdiri
“Aswin, apa yang terjadi? Kenapa awak boleh jadi babak belur macam ni?” tanya Aslan yang sedikit cemas melihat keadaan pembantu sekaligus temannya itu
“Tuan!”
“Aswin! Lupakan etika, sekarang duduk dan ceitakan apa yang sudah terjadi” pinta Aslan tidak sabar
Aswin menurut. Setelah menarik nafas beberapa kali akhirnya lelaki itu mulai membuka mulut
“Tadi saya merasakan sesuatau yang aneh dengan sahabat Cik Aira dan saya mengikutinya dan saya tidak menyangka ternyata gadis itu mengenali Arkan dan paling mengejutkan lagi gadis itu ternyata salah satu dari mereka yang sengaja di hantar untuk mendekati cik Aira sehingga mereka akan menyempurnakan rancangan mereka malam esok. Begitulah yang sempat saya dengar dari perbualan mereka sebelum Arkan menyedari kehadiran saya dan akhirnya kami bertarung” jelas Aswin panjang lebar tanpa tertinggal sedikit pun maklumat penting yang di perolehinya
“Annisa,” gumam Aslan dengan seringai jahatnya
“Perlu saya bawa gadis itu ke hadapan tuan sekarang?” Maiden menawarkan jasanya untuk menangkap Annisa
Aslan menggeleng “Dari awal saya merasa sesuatu yang aneh dengan gadis itu, mujur Aira seorang yang penakut sehingga tidak jadi berjumpa dengan sahabat racunnya itu. Buat masa sekarang tak perlu, ada masanya nanti saya akan bermain dengan gadis kecil itu yang sudah beraninya menipu Aira.”
Aswin dan Maiden sama-sama terdiam seribu Bahasa, takut? iya kerana semakin bertenangnya seorang Aslan maka keadaan sangat berbahaya dan bila-bila masa sahaja lelaki itu akan berubah semula menjadi monster yang tidak dapat di kendalikan.
“Maiden, ubati luka Aswin”ucapnya sebelum menghilang begitu sahaja
***
Sementara Aira sudah mundar mandir di dalam bilik yang begitu luas. Menurut pengamatan Aira luas bilik tidur yang di tempatinya saat ini sama luasnya dengan satu unit apartment yang di tinggalinya.
“Casper…………. Kenapa tak muncul ni” rengek Aira lagi.
“Auw!” Aira merasa telinganya di pulas
“Casper! Awak ni tak ada disiplin langsung lah. Dah pergi macam tu je pastu datang-datang pulas telinga orang” rungut Aira kemudian kembali lagi ke sofa lalu menghempaskan tubuhnya pada sofa empuk di sana sambil mengelus cuping telinganya yang sedikit perih akibat perbuatan caspernya tadi.
“Hmm, ada yang merajuk”
“Tak, saya Cuma bosan je duduk dalam ni. Seolah sekarang saya dah jadi tahanan tuan Aslan” beritahu Aira jujur
Terdengar caspernya tertawa perlahan “Awak nak keluar ke? Kenapa tak minta dengan tuan Aslan yang awak nak keluar?”
“Ck!, belum minta nak keluar dah tuan Aslan dah bagi warning saya tak boleh melangkah setapak pun keluar dari pintu tu” tunjuk Aira pada pintu biliknya dengan perasaan kecewa jelas terlihat dari raut wajah cantiknya
“Apa kata nanti awak minta nak keluar dengan tuan Aslan, awak pujuk baik-baik mesti dia bagi” usul casper
“Saya takut lah casper. Muka Tuan Aslan tu seram”
“Seram? Aku tengok tuan Aslan tu handsome jer”
“Ck! Awak ni hantu gay ke casper? Memang handsome, tapi aku tengok muka tuan Aslan tu aku teringat pulak dekat mitos vampire. Dengan semua orang yang keluar masuk ke dalam bilik juga memiliki persamaan “pucat” tekan Aira pada perkataan pucat
“Aira,”
Saat ini Aira dapat merasakan kedua belah pipinya terasa ada sesuatu yang terlekap di sana dan gadis itu hanya membiarkan sahaja
“Kalau suatu saat saya muncul depan awak, awak takut tak?” tanya Caspernya
Seketika Aira terlihat sedang berfikir “kalau awak muncul dalam bentuk tengkorak mesti lah saya takut” jawap Aira jujur
“Saya bukan hantu Ai, ini adalah kelebihan yang saya miliki. Dan tak mungkin saya akan muncul sebagai tengkorak di depan awak sebab saya manusia hidup sama seperti awak. Sekarang saya minta awak percayakan Tuan Aslan macamana awak percayakan saya. Boleh?”
“Saya akan cuba, tapi awak semua bukan nak bunuh saya kan?” tanya Aira ingin memastikan niat sebenar makhluk yang mengaku sebagai manusia itu.
“Macamana saya mampu nak bunuh awak Ai, sedangkan awak adalah nafas buat saya dan saya sanggup lakukan apa sahaja demi awak. Jadi buat masa sekarang turuti semua kemahuan tuan Aslan okey?” pintanya lagi
Biar pun sedikit ragu Aira tetap berjanji juga untuk tetap menurut aturan dari atasannya itu kelak. Keadaan kembali seperti semula dan Aira tahu pasti casper sudah pergi dari sana seperti biasanya
Sementara itu di luar pintu sana sosok yang tidak terlihat mata kasar Aira kini menjelma menjadi bentuk asalnya dan memandang bilik yang menempati Aira dengan gummy smilenya.
Kedua pengawal yang berjaga di depan bilik Aira menggosok mata mereka beberapa kali kerana tidak percaya dengan penglihatan mereka di saat ini
“Jangan halang dia keluar dari sini, tapi kalian harus menemani ke mana pun dia pergi dan setiap saat laporkan kepada saya.” Perintah yang di turunkannya sebelum melangkah pergi.
Share this novel