Completed
22343
“Hello…”panggil Aira dari dalam
Krik! Krik!
Gadis itu mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuk “dah tak ada yang jaga ke eh?” Aira bercakap sendiri.
Tanpa menunggu lama gadis itu langsung membuka pintu dan ternyata dua lelaki sasa itu masih lagi berjaga di depan biliknya. Sedikit ragu Aira menapak setapak kemudian setapak lagi. Merasa tiada respon dari kedua penjaga itu akhirnya Aira memulai langkahnya
“Saya keluar ni” ucap Aira sekali lagi namun kedua penjaga itu tiada respon sehingga membuat Aira menggeleng perlahan
“Ck! Ck! Ck!, semua orang dalam rumah ni tak normal agaknya. Nak bercakap pun payah” omel Aira namun tetap meneruskan langkahnya tanpa arah tujuan.
Kedua penjaga itu hanya mengikuti kemana sahaja Aira melangkah dan di saat Aira berpaling alangkah terkejutnya gadis itu saat melihat kedua lelaki tinggi lampai itu malah mengikutinya diam-diam
“Eh jalan keluar rumah ni kat mana?” Aira memberanikan diri bertanya
Kedua penjaga itu saling pandang kemudian “ Puan nak pergi mana?” tanya salah satu dari mereka dan langsung mendapat tatapan tajam dari Aira
“Eh!, aku masih Cik la. Belum jadi puan lagi. Sekali lagi kau salah panggil aku puan maka aku sumpah kau jadi beruk baru padan muka” marah Aira dengan muka merah padam menahan marah
Kedua pengawal itu saling terdiam dan tidak mahu membuat Aira semakin marah “Tuan, Puan muda nak keluar dari rumah” lapor salah satu lagi menggunakan earbuds wireless yang terpasang di telinganya. Dan seketika terlihat pengawal itu mengangguk.
“Cik Aira boleh keluar tapi setakat bermain dekat taman” beritahu pengawal tadi
Mata Aira membulat sempurna “Bermain? Awak berdua ingat saya budak kecik nak cari taman permainan ke?. Saya nak balik, nak mandi” ucap Aira dengan lantang
“kalau Cik Aira nak mandi boleh mandi dekat sini dan ini perintah dari tuan” jawab pengawal itu serentak
“Panggil tuan awak ke mari sekarang!” ucap Aira kemudian langsung duduk bersila di atas lantai Jubin dan kedua pengawal itu juga melakukan hal yang sama.
“Ehem!”
Terdengar seseorang berdehem dan Aira berpaling ternyata tuan Aslan berdiri tepat di belakangnya membuat gadis itu segera berdiri tegak”
“Saya nak balik tuan” ucap Aira cepat
“No! tak boleh!” tolak Aslan tanpa kompromi
“Bagi saya alasan kukuh kenapa saya tak boleh balik rumah saya sendiri” tanya Aira lagi
Aslan menatap gadis cantik itu tak berkedip kemudian melipatkan kedua tangan di dadanya “betul nak balik?”
Aira mengangguk laju dan tersenyum lebar, Aslan membungkukkan badannya “maka cium saya dulu” ucap lelaki tampan itu dengan senyuman tipis namun cukup untuk membuat jantung Aira bekerja di luar batas normal
“Tuan, sejak bila tuan jadi lelaki miang ni. Saya nak balik apa kena mengena dengan cium tuan dulu” bantah Aira dengan wajah tak rela dan Aslan hanya mengulum senyum.
“Kalau tak nak cium tak boleh balik” perintah Aslan lagi
“Tuan, saya nak mandi nak kerja. Kalau saya tak kerja duit tak kan datang bergolek dan saya nak makan apa kalau tanpa duit” Aira cuba membuat Aslan faham akan situasinya sekarang
Tidak memperdulikan Aira yang sedang menahan marah malah Aslan melangkah pergi meninggalkan gadis itu membuat Aira berlari mengejar dari belakang
“Tuan!” panggil Aira sambil sebelah tangannya mencengkam pergelangan tangan Aslan dan rasa takutnya pada lelaki itu sudah hilang entah ke mana
“Ya sayang” respon Aslan dengan gummy smilenya membuat Aira tersedak air liurnya sendiri
“Mak Ai, ni jantan dah kenapa, kena rasuk si casper ke apa tetiba miang semacam ni” monolog Aira di dalam hatinya
“bak sini kunci apartment” pinta Aslan menadahkan telapak tangan pucatnya
Aira yang mendengar permintaan yang satu itu hampir sahaja meledak. Dengan bercekak pinggang “Ho! Tanya kunci apartment lagi. Saya sendiri tak tau kunci apaartment saya kat mana. Dan sejak bila saya di bawa masuk ke istana beast ini pun saya tak tau” marah Aira
Bukannya marah malah Aslan tertawa lucu dengan tingkah Aira yang terlihat comel di matanya. Aslan seketika tadi lupa bagaimana cara Aira di bawa masuk ke dalam mansionnya dan sekarang lelaki itu ingat kembali bahawa Aira di bawa ke mansionnya sehelai sepinggang dan dalam keadaan tak sedarkan diri.
“Maiden!” seru Aslan
Zup!
TetibaMaiden sudah berdiri di depan Aira dan itu membuat gadis itu shock dan mundur beberapa langkah ke belakang sementara Maiden yang menyedari kesalahannya hanya mampu menunduk menanti hukuman dari tuannya.
“Tidak! Tidak! Kenapa semuanya semakin aneh?” Aira menggeleng cepat dan terduduk di sofa empuk di belakangnya
Aslan menatap tajam ke arah Maiden “Ambil semua keperluan Aira di apartmentnya. Selepas itu masuk ke bilik panas untuk menerima hukuman” perintah Aslan penuh penekanan.
Maiden hanya mengangguk dan berlalu pergi untuk melaksanakan tugasnya sebelum menerima hukuman.
Setelah kepergian Maiden, Aslan menghampiri Aira dengan berhati-hati takut membuat Airanya semakin tertekan dengan rasa takutnya sekarang
“Aira.. tenang okey” pinta Aslan
Aira sedikit mendongak “siapa awak semua? Kenapa semua orang terlihat pelik dan tuan saja tidak seperti manusia normal” tanya Aira. Wajah cantiknya kini menjadi pucat lesi membayangkan mitos yang sering di bacanya di perpustakaan sekolah dulu dan kembali lagi Aira menggelengkan kepalanya untuk melenyapkan bayangan ngeri itu dari kotak fikirannya.
Aslan menghentikan langkahnya “Aira, please bertenang dulu okey”
“Macamana saya boleh bertenang sedangakan semuanya terasa aneh dan ganjil. Saya boleh mendengar suara dan..dan..” gadis itu sepertinya ingin mengingat sesuatu namun ingatannya masih lagi kabur membuat Aira sedikit pening
“Aira sebenarnya saya..”
Sorryyy....
Share this novel