Completed
22343
Sekembalinya ke mansion, Arkan mengamuk sakan kerana usahanya malah sia-sia dan sekali lagi Aslan lah yang menggagalkan rancangan yang sudah di susunnya dengan rapi. Matanya berkilat kemarahan dan membantai sesiapa sahaja yang ada di depan matanya sehingga lah Anissa melangkah laju mendapatkan kekasihnya itu.
“Honey, macamana?” tanya wanita itu dan eksperesi wajah Arkan sudah menunjukkan hasilnya seperti apa
“Gagal!, gagal semuanya dan semuanya gagal di sebabkan oleh Aslan sial” jawab Arkan dengan suara kuat yang menggelegar di seluruh ruangan.
Anissa yang mengambil langkah berjaga-jaga sepeninggalan Arkan tadi sempat membuka kembali kitab dan menemui satu lagi petunjuk yang begitu penting.
“Kita masih ada masa untuk membangkitkan Wolfie kembali” ucap Anissa dengan senyuman manisnya
Arkan menatap kekasihnya menantikan butiran yang selanjutnya yang akan keluar dari bibir wanita itu
“Di saat Aira melahirkan anak perempuan maka anaknya itu boleh di jadikan korban untuk membangkitkan Wolfie apatah lagi Aira menikah dengan seorang vampire dan darah anaknya mungkin lebih kuat dari darah Aira, itulah yang tertulis di dalam kitab suci” beritahu Anissa panjang lebar membuat bola mata Arkan bersinar semula kerana masih ada harapan untuk membangkitkan Wolfie dan mengembalikan kegemilangan clan Yildiz seperti ribuan tahun dahulu.
***
Sementara di mansion nya Aslan, lelaki itu baru sahaja bangun dari lenanya dan mendapati istrinya sudah tidak ada di samping seketika membuat Aslan sedikit cemas
“Aira!!!”
Panggil Aslan dengan suara yang sangat kuat, wajahnya yang sememangnya pucat bertambah pucat memikirkan sesuatu yang buruk terjadi pada istri tercintanya.
Klek!
Pintu bilik mandi terbuka dan tersembul lah wajah Aira dari dalam dengan bibir yang sudah maju ke depan beberapa inch
“Abang dah jadi drakula kini nak bertukar jadi tarzan ke?” marah Aira yang turut terkejut mendengar suara Aslan yang begitu nyaring memanggil namanya.
Lelaki itu bangkit dari tempat tidur dan memeluk tubuh kecil istrinya dengan erat “Sorry, abang ingat sayang hilang. Lain kali nak pergi mana-mana bangunkan abang dulu kalau abang masih tidur” beritahu Aslan kemudian melepaskan pelukannya dan mencium wajah istrinya bertubi tubi
Biar pun rasa cinta itu masih belum sepenuhnya Aira berikan pada suaminya, wanita itu bahagia bila Aslan melayannya seperti seorang puteri dan merasa sangat di sayangi dan selamat bila berada di dalam pelukan lelaki tinggi lampai itu.
“Dah, mandi sana. Saya nak pakai baju” Aira mendorong tubuh suaminya masuk ke dalam bilik mandi dan hanya di turuti Aslan tanpa bantahan sekali pun membuat Aira tersenyum nipis.
Setelah siap berpakaian kini wanita itu turun ke lantai bawah ingin membantu para pelayannya menyediakan sarapan pagi
Namun satu kejadian yang sempat membuat Aira hampir sahaja pengsan dan berfikiran yang bukan-bukan
Beberapa pengawal elite Aslan kini sedang menikmati sarapan pagi mereka dengan menu pancakes yang di siram dengan syrup strawberry dan di saat salah satu dari mereka menoleh ke arah Aira dengan bekas syrup yang melekat di samping bibirnya membuatkannya seperti darah dari sudut pandangan Aira dan membuat wanita itu terjerit kecil
“Ka-ka-kamu makan manusia?!” tunjuk Aira pada pengawal tadi dan mengejutkan yang lainnya sehingga membuat semuanya berdiri serentak dan memandang Aira dengan wajah terkejut.
“Puan, puan jangan salah faham. Ini bukan darah manusia. Ini syrup strawberry” tunjuk salah satu pengawal dan di saat itu juga Aslan tiba di sana dan menatap pengawalnya satu persatu
“Apa yang terjadi?” tanya Aslan yang masih lagi menatap para pengawalnya
“Tuan, puan ingat kami makan manusia, sedangkan kami makan pancakes dengan syrup strawberry” jawab salah satu dari mereka dan Aira masih lagi berusaha menaturalkan detak jantungnya yang sempat menggila sebentar tadi kerana kesalah fahaman yang kecil
“Buang semua syrup yang berwarna merah di dalam rumah ni” perintah Aslan
“jangan!” jerit Aira tiba-tiba
Semua mata tertumpu pada wanita cantik itu “kenapa sayang?” Aslan tidak memperdulikan kehadiran para pengawalnya di sana mengecup lembut kening istrinya penuh sayang
“Jangan, tak apa. Saya akan berusaha untuk menerima korang semua dan berusaha membuang prangsangka buruk terhadap awak semua” ucap Aira yang sudah memantapkan hatinya untuk menerima kepincangan yang terjadi di dalam hidupnya yang harus berbaur dengan makhluk lagenda yang hanya mampu di baca oleh orang biasa melalui novel dan di adaptasi ke movie. Namun bagi Aira, wanita itu merasakan sendiri hidup berada di tengah mereka semua dan setiap saat nyawanya seakan berada di hujung tanduk.
“Terima kasih puan kerana menerima kami semua” ucap semua pelayan dan pengawal di rumah itu sambil membungkukkan badan.
Aslan memegang kedua belah pipi istrinya “Sayang, kami semua tak seperti yang sayang fikirkan. Cuba sayang halang mereka makan nasi. Mereka juga akan kebulur namun tidak akan mati. Mereka semua memang entity penghisap darah tetapi itu ribuan tahun yang dahulu dan sekarang mereka semua menjalani hidup yang normal kerana ada perjanjian yang harus mereka tepati dan ini di panggil simbiosis mutualisme. Kita dan mereka saling memerlukan. Tanpa mereka kaum wolfie tentu sahaja bermaharajalela dan sudah pastinya akan memberikan efek yang buruk pada perkembangan manusia dan mereka semua menyeimbangkan dengan membanteras kejahatan kaum wolfie supaya manusia boleh hidup aman tanpa memikirkan apakah mereka masih boleh hidup sehingga ke esokan harinya.”
Penjelasan Aslan yang panjang lebar akhirnya menyedarkan Aira akan sesuatu dan gadis itu terlihat sedang berfikir keras
“Abang! Saya dah ingat” jerit Aira
Aslan memandang istrinya lekat “ingat apa sayang?”
“Anissa!.. ya Anissa! Anissa!!!!!” wajah Aira terlihat pucat pasi
“Anissa kenapa sayang?” Aslan semakin risau melihat perubahan istrinya
“Saya pernah lihat mata Anissa berubah biru seperti mata kucing dan seketika kembali normal semula. Apakah Anissa salah satu dari mereka semua?” tanya Aira sambil menunjuk para pengawal suaminya yang masih berdiri di sana seperti manekin hidup.
Aslan sedikit terkejut mendengar kenyataan yang baru itu begitu juga dengan para pengawalnya dan juga Aswin dan Maiden yang baru sahaja sampai di sana
“Apakah dia..” kata-kata Maiden tergantung di sana dan Aslan mengangguk perlahan.
Share this novel