SM.01

Fantasy Completed 22343

Aira kirana gadis manis yang tinggal sendiri di apartment peninggalan kedua orang tuanya, dengan ijazah yang di milikinya masih lagi menyulitkan gadis itu untuk mencari kerja. Entah di mana salahnya

“kemana lagi aku harus mencari kerja, sedangkan aku perlu duit untuk hidup” ucap gadis itu sambil terbaring di atas sofa di ruang tamunya.

Zup!

Sekilat bayangan melintas di depannya seperti cahaya dan seketika wangian Vanila begitu kuat menyebar di seluruh ruangan

“Astagfirullahaladzim…. Cahaya apa tu?” bisik Aira .Seketika kelopak matanya terasa begitu berat dan akhirnya Aira tertidur pulas

pagi menjelma Aira terbangun dari tempat tidurnya dan bukan di ruang tamu, malah di atas meja di samping tempat tidurnya terdapat satu nota sepertinya di tinggalkan oleh seseorang.

Aira,
Morning Ai,
Breakfast sudah siap. Lepas sarapan lekaslah hadiri temuduga di alamat yang tertulis di bawah ini.

Seketika bulu roma gadis itu menegang, mengingat dirinya hanya tinggal sendiri lalu siapakah yang menulis nota itu. Kakinya melangkah cepat menuju ke dapur dan benar sahaja di sana malah telah tersedia sarapan yang berupa roti bakar dan kopi panas yang masih lagi berasap.

“Hey! Siapa yang buat semua ni? Keluar! Ini tak lucu okey” jerit Aira panik

Krik! Krik!

Tiada respon, membuar Aira kembali lagi ke bilik tidurnya dan sekali lagi Aira di buat melongo kerana katilnya yang di tinggalkan dalam keadaan serabut tadi kini malah telah kemas dan sekali lagi wangian vanilla begitu kuat menyebar di seluruh bilik tidurnya

“Ya Allah, apa yang sudah terjadi? Aku dah gila ke? Sampai aku punya halusinasi macam ni sekali” ucap Aira sambil memicit kepalanya yang terasa pening tiba-tiba

***
V groups

Seorang lelaki tampan yang memiliki segalanya terlihat termenung sambil sesekali mata birunya melirik ke arah arloji yang melingkar di lengannya

“Kenapa lama sangat” ucapnya di dalam hati

Tok! Tok!

“Come in!” ucap Aslan Arduc. Ya lelaki itu adalah CEO V group yang bernama Aslan Arduc. Tiada siapa yang tahu asal usulnya dan tiada siapa yang berani mengambil risiko untuk menggali identity lelaki tampan yang penuh misteri itu kerana hujungnya akan di jemput oleh malaikat maut.

“Tuan, masih belum sampai” beritahu Maiden setiausahanya yang yang sudah pun masuk sambil menghulurkan sebuah fail yang di dalamnya terdapat document yang harus di teliti ulang oleh CEO tampannya itu

“Tunggu sehingga dia datang dan ingat jangan membuat semuanya sulit untuk dia.” Perintah Aslan dengan tatapan yang penuh ancaman.

Maiden mengangguk tanda faham, kemudian wanita itu berundur meninggalkan pejabat tuannya dan menanti kedatangan seseorang yang sepatutnya datang satu jam yang lalu tetapi sampai saat ini masih belum juga muncul

Sementara itu di apartmentnya Aira tiba-tiba demam panas kerana insiden yang tidak masuk akal pagi ini sehingga membuat gadis itu ketakutan dan berakhir dengan suhu yang cukup tinggi.

Kelopak matanya begitu berat dan Aira masih mampu untuk melihat satu bayang-bayang yang datang mendekatinya

“Jangan bunuh aku, tolong” Aira mulai merapu dan suhunya semakin tinggi.

“Tenang.. saya tidak akan membunuh puan. Malah saya datang untuk menyembuhkan puan” ucap bayangan itu. Dari suaranya Aira tahu itu adalah seorang wanita. Tapi siapakah itu dan kenapa wanita itu boleh masuk ke dalam apartmentnya sedangkan semua pintu telah Aira kunci dan Aira yakin wanita itu adalah bayangan semalam.

Gadis itu berusaha bangkit dan memegang dengan erat tangan wanita itu “ anda siapa? “

Dan di saat Aira mampu untuk bangkit dan membuka matanya dengan lebar, wanita itu hilang seperti cahaya.

“Ya Tuhan, ini kenyataan” gumam Aira perlahan. Badannya yang tadi terasa lemah malah kembali bertenaga dan sihat seperti sedia kala.

Tanpa Aira sedari satu sosok makhluk yang tak terlihat oleh mata kasar sedang berdiri di depannya dengan senyuman termanis yang di milikinya

“Belum saatnya aku muncul di depan mu sayang. tepat di lahir lahir mu yang ke dua puluh empat aku akan datang kepadamu tanpa kau pinta sekali pun dan aku tidak akan pergi walau kau yang memintanya kerana kita adalah satu.” Ucap nya

Aira merasakan aura yang tidak biasa di dalam biliknya di saat ini. penghawa dingin sudah di matikan tetapi terasa sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang sumsumnya sehingga membuat Aira sedikit menggigil

“Siapa pun awak, apa pun wujud awak. Kalau niat awak baik maka muncul lah depan saya. Jangan buat saya takut macam ni. Tolong…” rayu Aira dengan suara yang bergetar kerana kedinginan.

“Tunggu dua hari lagi saya akan datang jumpa awak sayang” ucap satu suara

Aira terduduk di atas katinya “ awak hantu ke?”

“Nope!”

“mesti muka awak hodoh kan sebab tu awak tak nak muncul dan awak lebih memilih menganggu saya macamni. Atau awak penunggu apartment ni?” tanya Aira lagi. Entah mendapat kekuatan dari mana Aira mengajak makhluk itu berbual dan meminta makhluk itu menjelma di depannya

“Belum saatnya untuk saya muncul sayang. dua hari lagi.”

“Kenapa tunggu dua hari lagi. Muncul lah sekarang” desak Aira

Krik krik

Tiada lagi jawapan dan aura dingin yang tadi begitu terasa telah perlahan berkurang dan akhirnya kembali normal.

“Hantu gatal! Berani dia panggil aku sayang. kau tengok je nanti jangan panggil aku Aira kalau aku tak ketuk kepala kau saat kau muncul depan aku” gerutu Aira. Ketakutan yang awalnya kini bertukar rasa geram kerana merasa di permainkan.

Drtt… drrrttt..

“Astaghfirullahaladzim….”Aira mengucap panjang sambil mengurut dadanya “sial telefon aku yang bergetar” sambung Aira dengan wajah yang pucat lesi

Plak!

Terasa dahinya di jentik membuat mata Aira membulat terkejut

“Kata tak takut. handphone bergetar saja dah buat muka pucat macam tu.hahaha” suara tawa kini bergema nyaring di seluruh ruangan

“Hantu gatal! Bila kau nak pergi, kau sengaja nak intai aku yer” geram Aira sambil membaling bantal ke semua arah

Drrt…. Drtt…

Aira mengambil handphonenya yang tertera nama Annisa di sana

“Hello Annisa…”

“Aira.. kau kat rumah ke beb?” boleh tolong aku tak?”

“Tolong apa?”

“Datang rumah aku jap. Aku tak sihat lah”

“okey, aku datang sekarang”
Tuut…..

Talian di matikan

“Awak tak boleh pergi” ucap suara itu tadi terdengar serius

“Eh hantu! Kawan aku demam lah. Apa salahnya aku pergi rumah dia” jerkah Aira dengan geramnya yang sudah seperti orang gila bercakap sendiri kalau ada orang lain yang melihatnya.

“Kawan kau tu tengah tipu kau, kalau kau pergi je sana kau siap-siap kena rogol dengan orang suruhan dia. Kau nak ke? Aku kan hantu. Mana dapat nak tolong kau” ancam suara itu lagi

Aira seketika merasa seram mendengar ucapan dari makhluk itu “ macamana kau tau dia tipu aku?”

“Kau lupa aku hantu?”

Hai... Sorry 2 buku syaa terpaksa unpublish atas sebab2 tertentu. Maaf.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience