SM.12

Fantasy Completed 22343

Aswin di tugaskan untuk menyelidiki latar belakang Anissa kerana melalui apa yang Aira pernah beritahu Aslan, mereka yakin kalau Anissa bukan manusia biasa.

Setelah sebulan pernikahan mereka Aira merasakan perubahan pada dirinya yang begitu ketara. Nafsu makannya menjadi jadi membuatnya mengambil keputusan untuk keluar sekadar membeli test pack.

Oleh kerana mansion yang baru ini berada jauh di dalam hutan membuat Aira harus mencari seseorang untuk menemaninya.

“Maiden, ada Nampak Aslan tak?” tanya Aira saat berpapasan dengan Maiden di ruangan tengah

“Tuan masuk pejabat dan perintakan saya datang ke sini untuk menjemput puan makan tengahari di luar” ucap Maiden sambil menunduk

Aira merasa ada yang tidak kena denga Maiden, kerana Maiden yang di kenalinya pasti tidak akan sekekok ini bila berhadapan dengannya dan satu lagi yang mengganjal di hatinya kenapa Aslan tidak memberitahunya bahawa Maiden datang ke mansion untuk menjemputnya

“erm.. kejap ya. saya nak ambik beg dulu” Aira berusaha untuk mengulur waktu dan mencari ruang untuk meminta bantuan

“Puan tak perlu bawa beg sebab kita pergi sekejap”

“Maiden, sejak bila awak membantah kata-kata saya?” tanya Aira tidak puas hati

Dan dengan gerakan yang cepat Maiden menutup mulut Aira menggunakan kain putih dan dalam hitungan detik tubuh Aira terkulai layu dan tidak sedarkan diri.

“Maiden, kenapa puan pengsan?” tanya salah satu pembantu yang tanpa sengaja lalu di sana

“Oh!, puan lapar dan saya nak bawa puan jumpa doktor kejap” jawab Maiden tergagap kemudian dengan cepatnya melangkah pergi membawa tubuh Aira yang di pikulnya seperti memikul guni beras.

“Cik Maiden ada cakap dengan Tuan Aslan?” jerit pembantu itu lagi yang merasa tidak sedap hati dengan kelakuan pelik Maiden namun tidak mendapat jawapan malah Maiden sudah menghilang begitu sahaja.

Sementara Aslan yang masih lagi sibuk di pejabatnya kerana banyak meeting penting yang harus di hadirinya sendiri di sebabkan projek meganya sudah mulai bergerak dan memerlukan perhatian lebih di awal awal proses pelancaran ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini.

Lelaki itu meraih smatphonenya yang berada di sudut meja dan merasa aneh kerana langsung tiada balasan chat dari isterinya

Dengan cepat jemari panjang Aslan mendail nombor telefon isterinya dan langsung bersambung ke operator. Keningnya berkerut memandang skrin telefon kerana tidak biasanya Aira mematikan telefonnya.

“Maiden, kita balik ke mansion sekarang!” perintah Aslan melalui intercom

Setelah memberi arahan lelaki itu bersiap untuk kembali ke mansionnya dan langsung keluar dari pejabat di mana Maiden sudah menunggu di luar.

Kedua manusia tidak normal itu segera memasuki lift vvip yang langsung membawa mereka ke tempat parking kereta.

Setelah beberapa minit membelah jalanan akhirnya kereta sport hitam milik Aslan memasuki Mansion mewahnya yang bak istana dan di sambut oleh beberapa pengawal

“Puan mana?” tanya Aslan saat kepala pelayan keluar menyambut kedatangannya

“Lah.. tadi salah satu maid mengatakan kalau Puan di bawa keluar oleh Cik maiden dalam keadaan pengsan kerana terlalu lapar” jawab kepala pelayannya

Jantung Aslan bagaikan tercabut keluar saat mendapat berita seperti itu dan Aslan sangat yakin dari tadi Maiden menemaninya meeting dan tidak pernah sedetik pun pembantunya itu menghilang dari pandangannya

“Tuan, saya tak pernah balik ke mansion” Maiden membela dirinya takut tuannya itu menghukumnya

“Kenapa tak laporkan kepada saya sekali pun Maiden yang membawa isteri saya keluar!” teriakan Aslan menggelegar mengejutkan semua penghuni di mansion itu

Siungnya memanjang keluar dan bersiap untuk memangsa sesiapa sahaja yang berani menculik isterinya

“Tuan saya mencium nafas wolf yang begitu lemah sekali” Maiden melaporkan kepada tuannya dan di saat itu Aswin datang dan langsung berlutut di depan Aslan

“Anissa adalah anak dari hasil hubungan manusia dan kaum wolf dan mempunyai kelebihan seperti kaum wolf dan di kabarkan ayahnya adalah panglima yang suatu ketika dahulu di bunuh oleh Tuan Arduc di saat clan Yildiz melakukan pembantaian terhadap sekumpulan manusia di kampung Snow” lapor Aswin tanpa membuang waktu

“Aswin kita berangkat dan kumpulkan semua tentera elite kita hancurkan clan Yildiz sekarang dan aku sendiri yang akan membakar mumia Wolfie”tegas Aslan dan matanya sudah memerah kerana amarahnya sudah sampai di ubun-ubun

“Apa yang terjadi tuan?” tanya Aswin yang baru menyedari perubahan dari raut wajah Aslan

“Arkan menculik isteri aku” singkat jawapan Aslan dan sekarang Aslan akan menabuhkan gendang perang terhadap clan Yildiz dan akan membantai kaum yang tidak pernah memberinya peluang untuk bernafas lega selama puluhan tahun ini dan apatah lagi di saat ini isteri tercintanya belum tahu nasibnya seperti apa.

***
Sementara itu di Mansion Arkan lelaki itu memerhatikan wajah lena Aira yang dari tadi masih belum sedarkan diri efek dari ubat terlarang yang di kenakan oleh Anissa terlalu banyak

“Pasti Aslan seperti kucing kehilangan anak sekarang dan aku teringin sekali melihat wajah sombong penghisap darah itu bersujud di depan aku meminta belas kasihan untuk tidak membunuh isteri tercintanya ini” ucap Arkan dengan senyuman sengetnya.

“Apakah tuan yakin Aslan tidak akan membantai clan Yildiz kerana kita telah menculik isterinya?” tanya salah satu pembantu kepercayaannya

“Aku sangat yakin Aslan tidak akan mengambil risiko membantai clan Yildiz saat tahu isterinya berada di dalam genggaman kita” jawab Anissa yang tiba-tiba sahaja muncul dengan angkuhnya.

“Tapi tuan, Aslan selalu penuh dengan kejutan dan saya sangat takut ini semua awal dari kehancuran kita yang kedua kalinya” bantah pengawal itu

Arkan sangat marah dan melayangkan satu tumbukan padu tepat di wajah pembantunya “jangan pandang rendah kebolehan aku bodoh!. Aku tahu apa yang terbaik dan aku juga yakin Aslan akan menjadi pengecut kerana kita memegang kelemahan terbesarnya” ucap Arkan kemudian membuang ludahnya ke wajah pembantunya yang masih lagi terbaring di lantai.

Dan tanpa mereka sedari satu makhluk yang tidak terlihat mata kasar malah hidung wolf mereka juga tidak dapat menghidu kehadirannya di sana yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat pembaringan Aira.

Seseorang datang dengan tergopoh gapah dan langsung bersujud di depan Arkan “Tuanku, kami menghidu jarak sepuluh batu dari sini ada satu gerakan besar-besaran dan terbahagi kepada dua. Satunya menuju laluan Clan Yildiz dan satunya lagi menuju ke sini” lapor pengawal itu dengan cemas

“Show time. Sayang, awak tunggu di sini tolong jaga senjata utama milik kita yang sedang terbaring di sana. Saya akan keluar menyambut teman lama” tutur Arkan dengan angkuhnya kepada kekasihnya dan dengan senang hatinya Anissa mengangguk setuju.

Tanpa mereka sedari bahaya sudah menunggu di depan mata, hanya menunggu saat yang tepat untuk beraksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience