Completed
22343
Bagi Aslan setiap saat adalah sangat bermakna dan jika dirinya lalai. Bukan setakat hutan larangan beserta isinya yang akan musnah malah kedua buah hatinya juga musnah.
selama empat tahun Aslan tidak membenarkan sesiapa pun keluar dari hutan larangan selain dirinya dan juga Aswin kerana setiap kali keluar bahaya sentiasa menanti mereka di depan pintu gerbang
perlahan Abizard juga tumbuh menjadi kanak-kanak yang cerdas dan sangat pintar sekali. Ke empat pari-pari itu telah mengajarkan segala kemahiran kepada putera kecil mereka itu di tambah dengan kelebihan semulajadi yang di milikinya menjadikan Abizard sudah mampu untuk melindungi dirinya sendiri malah kelebihan yang dimilikinya melebihi Aswin.
Maiden pula setiap hari melatih para Elf yang lain cara bertarung selain beharap pada kuasa yang di miliki mereka.
Sementara Aira setiap hari akan mengurus suami dan anaknya dan bahagia menjalani kehidupan di dalam dunia dongeng menurutnya. Di layan dan di hormati layaknya seorang permaisuri membuat Aira kadang kekok.
Suatu petang,
Aslan menghampiri isterinya yang sedang duduk di gazebo sambil menikmati teh di bawah pohon flamboyan dengan senyuman khasnya. Lelaki itu semakin hari semakin tampan dan semakin berwibawa sebagai seorang pemimpin clan.
“Sayang..” panggil Aslan lembut
Aira berbalik badan dan membalas senyuman suaminya “Abang baru sampai dari luar?” Aira menarik tangan suaminya dan mengajaknya duduk bersama.
“Ya.. abang keluar. Sebenarnya abang nak cakap sesuatu dengan sayang”
Aira terdiam menanti butiran yang selanjutnya
“Abang nak Abi belajar, maksud abang sekolah. Dia tidak boleh terperuk di dalam hutan ni. Biar pun dia bukan manusia yang normal. Setidaknya dirinya ada darah manusia dan wajar untuknya mengenal dunia luar.” Jelas Aslan
“masalahnya adakah sekolah yang boleh terima Abi?” tanya Aira
“Abang mendirikan satu sekolah private dan sudah memasukkan nama Abi di sana. Sayang tak perlu risau. Abi akan di temani salah satu dari pari-pari penjaga dan abang akan selalu pasti kan keselamatan Abi terjaga.”
Aira mengangguk setuju dengan cadangan suaminya. Bagaimana pun juga Abi perlu terdedah dengan dunia luar untuk melatihnya menjadi lebih peka.
“daddy…”
“Nah.. panjang umur anak abang tu dah sampai entah dari mana?” tunjuk Aira pada anak lelakinya yang jelas terlihat sangat tampan dengan mata birunya dan juga kedua lesung pipi nya yang sangat dalam.
“Hey.. buddy, sini daddy nak cakap sesuatu” Aslan mendepakan tangan meminta anaknya masuk ke dalam pelukannya.
“Oh no! daddy. Abi dah besar lah” tolak Abi yang berlagak seperti orang dewasa sehingga membuat mummy dan daddynta tertawa lucu
“Okey..sekarang kita bercakap cara dewasa.” Ucap Aslan kemudiannya menegakkan duduknya “Daddy nak Abi sekolah, apa Abi setuju?”
“Maksud daddy di luar hutan larangan ini?”
“Yess!”
“Yess, Abi mau daddy” jawab anak kecil itu gembira dengan mata yang bersinar-sinar
“Dekat luar, daddy nak Abi jangan sesekali tunjuk..”
“No power, tukar mata jadi hitam dan jangan terlalu menonjol right?” Abi memotong ucapan daddynya.
“Abizard, apa mummy pesan? Jangan potong cakap orang tua” tegur Aira
“Mum.. daddy belum tua lah.” Abi memutar bola matanya malas
“Abi!”
“Okey.. sorry daddy.” kata-kata maaf adalah satu kata yang sangat keramat sekali keluar dari bibir Abi. Hanya mummynya sahaja yang mampu membuat Abi meminta maaf, tidak yang lain nya termasuk daddynya.
“Oh ya Dad, tadi Abi pergi laut belakang hutan Pine kat belakang tu. Abi Nampak sesuatu yang seolah berdegup di dasar laut” beritahu Abi pada daddynya sambil jari telunjuknya mengetuk dagu belahnya.
Aira dan Aslan saling berpandangan “Abi pergi dengan siapa?” tanya Aslan dengan cemas
“Abi pergi dengan Indis” jawab Abi
Indis adalah salah satu anak Elf yang sebaya dengan Abi, memiliki wajah yang cantik dan sangat bijak. kelebihannya adalah mampu mendengar dari jarak jauh dan juga mampu bergerak dengan cepat seperti cahaya. Cuma berbeza dengan Abi. Di keranakan Indis adalah Elf asli maka telinganya meruncing sementara Abi wujudnya adalah seprti manusia normal Cuma matanya yang biru itu yang sering sekali menjadi tarikan namun Abi mampu menukar warna anak matanya bila-bila sahaja dia mahu.
“Sekarang bawa daddy pergi sana” pinta Aslan pada anaknya
“Mummy ikut juga” Aira tidak mahu ketinggalan
Akhirnya ketiga beranak itu pergi bersama dengan Abi sebagai pemimpin jalan. Semakin jauh ke dalam hutan Aslan merasakan satu aura yang aneh dan Aslan dapat merasakan satu aura hitam yang lemah di persekitaran hutan Pine
“Sayang.. pegang tangan abang” menghulurkan tangannya kepada isterinya dan di sambut Aira dengan cepat.
“Kenapa daddy?” Abi menoleh di saat merasakan tiada pergerakan dari daddy dan mummynya
“daddy merasa sesuatu yang ganjil di sini”
“Kuasa hitam yang datangnya dari makhluk bergigi tajam nampaknya makhluk itu sudah hidup ribuan tahun” beritahu Abi dengan tenang
Bulu roma Aira meremang mendengar ucapan anaknya “Abi macamana boleh tahu?” tanya Aira
“Sebab ini lah Indis dan Abi selalu ke hutan pine. Nampaknya seseorang cuba masuk melalui jalan belakang kerana lingkaran perlindungan di belakang sini sudah menipis hanya tingga tiga lapisan” beritahu Abi
Jangan melupakan Abi hanya anak kecil yang berusia empat tahun namun bercakap dengannya Aslan seperti sedang bercakap dengan Aswin mahu pun Maiden. Jiwa seorang pemimpin begitu kuat dalam diri Abi sehingga Aslan bangga dengan keturunannya sendiri namun terkadang geram dengan perangai keras kepala anaknya itu.
Perjalanan di lanjutkan sehingga tiba di tempat yang di maksudkan. Aslan tidak merasakan sesuatu yang aneh namun Abi mengatakan seolah laut itu sedang bernafas dan degupan jantungnya juga terdengar sehingga ke permukaan.
“Daddy kena fokus” Abi memegang tangan daddynya dan meminta daddynya fokus.
Aslan mengikuti perintah anaknya. Mulai mengosongkan fikiran dan menutup matanya. Abi membantu daddynya melepas sekatan yang di lakukan oleh king Arduc dengan menyalurkan tenaga dalaman nya.
Seketika dari tubuh Aslan keluar satu cahaya putih berkilau yang sangat menyakitkan mata dan wangian vanilla yang sudah lama tidak tercium kini malah menguar dengan kuatnya menusuk ke hidung Aira. Di saat Aslan kembali membuka matanya. Kini mata lelaki itu berubah membiru seperti mata anaknya Abi.
Pilar di tengah hutan juga sekali lagi mengeluarkan cahaya putih yang sangat terang menjulang tinggi d udara sama seperti di saat malam Abi lahir.
“Mum.. daddy dah pulih sepenuhnya” beritahu Abi pada mummynya yang masih lagi menganga.
Kali ini Aslan dapat merasakan degupan yang terdengar dari dasar lautan. Terkadang lemah dan terkadang kuat.
“Apakah di sini jantung yang di maksudkan oleh pari-pari penjaga?” ucap Aslan pada dirinya sendiri.
“Aswin!” Aslan menyeru tangan kanannya itu
Zup!
“Ya tuan?”
“Tolong periksa seluruh pelosok hutan ini sampai ke pengujung. Laporkan kepada saya secepatnya dan berhati-hati lah kerana tadi ada aura gelap yang berkeliaran di area hutan Pine” pesan Aslan.
“baik tuan”
Aswin langsung pergi melaksanakan perintah yang di beri dan ketiga beranak itu juga kembali semula ke Mansion yang berubah seperti istana kecil hasil dari kerja tangan ke empat pari-pari penjaga hutan larangan itu.
Share this novel