Bab 7

Romance Completed 13016

'Eh, bukan ke itu Laila? Amboi...bergayanya. Patutlah minta cuti dengan Mama tadi, ke sini rupanya!' desis hati Ammar.

Perlahan-lahan Ammar mendekati Laila yang sedang menjamu selera di dalam restoran yang terletak di dalam mall itu. Sedang wanita yang dianggap Laila itu rancak berbual sambil makan bersama teman-temannya, Ammar datang menegur.

"Assalamualaikum...hai!" sapa Ammar sambil tersengih. Saja ingin mengacau. Lagipun dia tak ada buat apa-apa selepas barang yang dikehendakinya telah dibeli tadi.

Berkerut dahi wanita yang dianggap Laila itu. Laily cuba mengecam wajah jejaka tampan di hadapannya ini. Takkanlah nak datang mengurat kot. Fikir Laily. Laily tidak mengenali Ammar. Dia hanya mendengar cerita daripada Ayah dan Uminya sahaja kerana merekalah yang selalu berjumpa dengan Ammar berkaitan hal business.

"Kenapa? Dah tak kenal saya?" Ammar memerli tanpa mengetahui perkara sebenar. Keningnya diangkat. Eh, minah ni! Mentang-mentanglah dekat luar, buat tak kenal pula. Takkan malu nak mengaku yang aku ni bos dia. Kata hati Ammar. Dia tidak berpuas hati. Sudahlah salamnya tidak dijawab.

"Err...saya rasa Encik ni dah salah orang." terkebil-kebil semua kawan Laily yang berada di situ melihat Ammar. Semua membuat muka hairan.

"Encik ni...siapa ya? Maaf...saya memang betul-betul tak kenal." sambung Laily lagi. Ammar meluat dengan kelakuan Laily yang dianggapnya Laila itu. Kesiannya kau, Ammar. Ish, ish, ish...

"Tak kenal?! Saya ni bos awak la, Cik Laila...Ammar." mendatar sahaja suara Ammar. Geram dia dengan tingkah Laily.

Ammar! Alamak...dia ingat aku Laila. Jadi dia tak tahulah yang Laila ni ada adik kembar. Hadoi, kak! Apa kau dah buat ni. Habislah kau kali ni. Kantoi!!

"Am...Ammar...eh, Tuan Ammar ke? Hehehe...saya ingatkan siapa. Saya ni sebenarnya rabun, Tuan. Tapi saya malas pakai spek sebab tak lawa. Lagipun, Tuan nampak hensem sangatlah hari ni." Laily cuba berlakon. Ah, lantaklah kau nak percaya ke tidak Ammar!

Terkejut semua kawan Laily dengan kata-kata Laily. Sejak bila pula Ammar ni jadi bos Laily. Fikir mereka.

"Ohh...iya ke? Patutlah...ingatkan awak dah tak nak mengaku tadi. Okay, tak apalah. Saya balik dulu...jumpa esok! Assalamualaikum." Ammar meminta diri. Pelik juga dia dengan gelagat Laily. Rasa macam bercakap dengan orang lain pula. Takkanlah ada banyak personaliti pula. Tak logik...

**********

Laila mengetuk pintu rumah Dina berkali-kali. Selang beberapa minit, pintu rumah dibuka perlahan. Terjengul muka Dina di muka pintu.

"Apasal lambat? Nasib baik aku tak pecahkan pintu rumah kau ni haa..." Laila menghulurkan beg galas kepada kawan baiknya itu. Mulutnya dimuncungkan.

"Buruklah muka kau buat macam tu. Aku dalam tandas tadi." Dina mencebik. Mahu sahaja dia meluku kepala Laila kerana buat muka buruk begitu.

"Eeii...geli la aku. Sejak bila kau jadi manja ni hah? Ke...kau ni...Laily?!" Dina menuduh. Jari telunjuknya diarahkan ke muka Laila dengan mata yang dikecilkan. Dina musykil.

Pernah Dina dikenakan teruk oleh Laily dahulu yang disangkanya Laila kerana muka mereka betul-betul sama. Kecuali cara mereka bercakap dan gaya berpakaian sahaja yang lain. Kalau yang lebih rapat dengan mereka mungkin boleh menebak dengan raut wajah sahaja. Maklumlah...personaliti mereka berbeza walaupun kembar seiras.

"Eh, apa kau ni! Ni akulah bongok!" marah Laila. Tangan Dina di mukanya ditampar kuat. Laila menjeling Dina.

"Sampai hati kau tak kenal aku eh? Mentang-mentang aku dah miskin sekarang. Kerja pula maid saja kan..." Laila merajuk.

"Tak...bukan macam tu. Hehehe...takkan kau tak tahu sebelum ni yang Laily tu pernah kenakan aku. Aku tak mahulah terkena lagi. Eeii.. tak sukalah aku dengan adik kau tu. Suka sangat mengusik orang." kata Dina dengan nada memujuk. Bukan dia tidak suka dengan Laily, tapi dia tidak suka Laily mengusik dan mengenakannya. Laily tu nakal dia lain macam. Macam mana boleh jadi kembar dengan Laila. Jauh bezanya...

"Dah, dah...aku dah lapar ni. Kau masak apa? Malam ni aku tidur rumah kau. Nak lepak dengan kau...lama dah kita tak luang masa bersama kan?" ujar Laila sambil mengepit kepala Dina di celah ketiaknya. Eh, tak senonoh! Kasar betul lagaknya. Kat luar bukan main ayu lagi.

"Eh, apa ni...kan aku halau balik kan. Dah la masam. Pergi mandilah!!" marah Dina sambil cuba melepaskan kepalanya dari bawah lengan Laila. Laila tergelak besar. Padan muka kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience