Bab 8

Romance Completed 13016

"Hah? Tuan cakap Tuan jumpa saya kat mall? Err..." Laila menggaru kepala yang tidak gatal. Bila masa pula dia ke mall semalam. Seharian dia lepak di rumah Dina. Eh! Takkan dia jumpa Laily. Alamak! Laila menepuk dahinya.

"Lain kali, kalau rabun tu pakailah spek. Nanti orang cakap awak sombong kalau tak tegur. Padahal awak tak nampak kan..." kata Ammar. Pelik dia melihat Laila seperti kebingungan apabila dia memberitahu peristiwa semalam.

'Ishh, Laily ni...tak payahlah cakap aku ni rabun. Pandai-pandai dia saja. Nak kena ni!' Laila mendengus dalam hati.

"Kenapa diam? Saya salah cakap ke?" Ammar berkata lagi setelah Laila tidak membalas kata-katanya.

"Err...haahh. Iyaa..." balas Laila teragak.

"Semalam saya tengok awak lain sikit. Mekap eh? Tapi awak lagi cantik macam sekarang." Ammar tersengih.

Memang Ammar suka melihat Laila yang berada di hadapannya sekarang daripada yang semalam. Merah muka Laila mendengar kata-kata Ammar. Kembang rasa hatinya dipuji begitu. Laila hanya tertunduk.

Ammar bangun meletakkan cawannya yang sudah kosong di dalam singki. Saja dia menyuruh Laila membancuh kopi supaya dapat berbual dengan Laila di dapur. Ada juga peluang untuk dia bersembang dengan Laila. Laila hanya memerhati sahaja. Ammar memberikan senyuman manis buat Laila sebelum berlalu ke biliknya di tingkat atas.

Laila membalas senyuman Ammar dengan senyuman kecil. Berkerut dahinya melihat sikap Ammar terhadapnya sudah berubah. Apasal baik semacam saja ni? Tengah mood happy kot. Ni mesti dah ada makwe. Angau dengan makwe baru, aku pula yang kena. Detik hati Laila.

**********

"Dik...kau jumpa Ammar ke semalam?" tanya Laila dari dalam talian.

"Haahh...kenapa? Ada masalah ke?" selamba sahaja Laily menjawab.

"Kau ni kan...lain kali hati-hatilah. Ammar tu tak tahu aku ni ada kembar." ujar Laila geram.

"Yang kau susah hati kenapa? Beritahulah hal sebenar kat Ammar kesayangan kau tu. Senang...habis cerita. Tak perlulah nak menipu bagai." balas Laily.

"Eh, jap, jap.. yang kau suruh aku hati-hati ni kenapa? Tu masalah kaulah, kak. Jangan libatkan aku. Tak bebas nanti." sambung Laily lagi.

"Alaa...tolonglah aku kali ni. Nanti aku ceritalah kat keluarga Ammar tu. Lagipun, aku takut dia marah aku pula la kalau dia tahu." Laila bersuara kendur.

Laila bimbang nanti jika rahsianya terbongkar, Ammar akan kembali melayannya seperti dahulu. Dia baru sahaja berbaik-baik dengan Ammar. Tunngulah dua tiga bulan lagi setelah dia dapat kerja lain. Kerja sekarang ni susah nak dapat. Sebelum ini, ada ayahnya senang sajalah. Ada kabel...

"Ish, kau ni...iyalah, iyalah..." Laily bersetuju. Kesian pula dia dengan kakaknya itu. Sudahlah ayahnya tidak mahu membantu setelah Laila lari daripada rumah.

"Ni akak sayang adik ni...mmmuuuaaahhh! Hehehe..." Laila membalas gembira. Walaupun Laily suka mengusik dan nakal, tetapi hatinya lembut dan baik.

"Eleh...baru nak sayang-sayang. Sebelum ni suka marah-marah. Huhh!" ujar Laily tidak puas hati.

"Alololoo...dah, dah. Kau pergi tidur. Esok kerja kan? Lewat nanti kena bebel kat Ayah." Laila mengarah. Talian diputuskan setelah salam yang diberinya dijawab oleh Laily.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience