Bab 2

Romance Completed 13016

Laila mengerling telefon bimbitnya. Berpuluh-puluh missed call dari ayahnya. Malas Laila mahu mengangkatnya. Biarlah! Laila mahu menyejukkan hatinya dahulu. Lagipun Laila sudah jatuh suka jadi maid di rumah Datin Sharmila itu. Suka sebab dapat main dengan Aileen. Kalau tak ada Aileen, memang Laila dah berhenti macam pembantu sebelum ni jugalah. Tak tahan dengan sikap Ammar yang serba tidak kena dengan kerja yang dibuatnya.

Laila dan Kak Wani akan bergilir-gilir menjaga Aileen di rumah kecuali pada hari minggu kerana Datin Sharmila tidak akan ke butik dan dialah yang akan menjaga Aileen. Telefon bimbit Laila berdering lagi. Laila mendengus melihat nama pemanggil di skrin telefon.

"Hahh! Yang buat muka tak puas hati tu kenapa? Kalau dah tak suka boleh berhenti. Senang!" sergah Ammar. Hampir luruh jantung Laila terkejut dengan sergahan Ammar. Ammar mengangkat Aileen yang sedang nyenyak tidur di atas tilamnya di ruang tamu itu. Laila hanya memerhati. Laila mencebik sedikit.

"Buat muka lagi...ingat saya tak nampak!" Laila tundukkan wajahnya. Takut juga dia dengan jelingan Ammar. Tak pernah nak berlembut dengan Laila. Ammar terus menapak ke biliknya dengan mendukung Aileen.

"Eh...dah dekat pukul 7. Patutlah si kerek ni dah balik." Laila berbicara sendiri. Dia terus bangun dan berlalu ke biliknya. Kak Wani di dapur sudah siap menghidangkan makan malam.

*********

Selesai sahaja solat maghrib, telefon bimbit Laila berdering. Dilihatnya nama pemanggil di skrin telefon. Umi! Butang hijau di skrin telefon ditekannya.

"Assalamualaikum, Umi..."

"Waalaikumussalam...Laila kat mana ni? Banyak kali Ayah call kenapa tak angkat? Baliklah...risau Umi ni." bertubi-tubi soalan Tengku Juriah di corong telefon.

"Alaa Umi ni...Laila selamatlah. Umi janganlah risau. Laila dah seronok kerja kat sini. Laila tak nak balik lagi sekarang. Nanti Ayah paksa Laila lagi." Laila melabuhkan punggungnya di atas katil. Kak Wani hanya memerhati sahaja Laila bergayut di telefon.

"Dah Laila tak nak, Ayah paksalah. Laila mengalah lah sikit dengan Ayah tu ya? Nanti sama-sama keras kepala susahlah." Tengku Juriah cuba memujuk Laila. Ayah dengan anak sama sahaja. Keluh Tengku Juriah.

"Ni Laila kerja apa? Kat mana? Senang sikit kalau ada apa-apa nanti." sambung Tengku Juriah lagi dengan pertanyaan. Laila teragak-agak untuk memberitahu. Matilah dia kalau Umi dan Ayahnya tahu dia jadi maid. Haduihhh... Bisik hati Laila.

"Errr...Laila...Laila kerja dengan kawan. Kerja dekat dengan rumah dia. So, Laila duduk rumah dia lah Umi." tergagap-gagap Laila menjawab. Rasa bersalah pula menipu Uminya.

"Umi...nanti kita sembang lagi ya. Laila ada kerja ni. Okay, bye! Assalamualaikum..." Pap! Butang merah di skrin telefon ditekannya sebelum Tengku Juriah sempat berkata apa-apa. Laila risau nanti pecah rahsianya. Laila menghembus nafas lega.

"Haiihh...patutnya seronoklah dapat sembang dengan mak. Ni nak mengelak kenapa...? Tak faham akak dengan Laila ni." Kak Wani menggeleng.

"Hehe. Malas nak sembang banyak kak. Nanti pecah rahsia Laila." Laila menjawab spontan.

Eh?! Tiba-tiba Laila teringatkan sesuatu. Mulutnya ditekup. Aiyyooo! Terlepas cakap pula. Laila mengutuk dirinya sendiri di dalam hati. Kak Wani tak kenal diri Laila sebenar. Tengku Norlaila Nadira, anak Tengku Latiff. Siapa tak kenal Tengku Latiff...hebat dalam perniagaan. Mempunyai syarikat perniagaannya sendiri yang kukuh dah gah. Kekayaannya melebihi Datuk Amri dan Datin Sharmila.

"Rahsia apa pula ni, Laila?" Kak Wani bertanya pelik.

"Tak ada apalah. Gurau saja. Hehe..." dalih Laila. Kak Wani hanya menggelengkan kepalanya.

"Laila dah makan kan? Akak nak keluar kemas meja makan. Alang-alang tu nak makan teruslah." Kak Wani berlalu keluar apabila Laila mengangguk dengan pertanyaannya.

**********

Lepas Isyak tadi lagi Aileen tidak henti-henti menangis. Puas Ammar dan Datin Sharmila pujuk dan dukung tetap juga tidak menjadi. Malah, Datuk Amri sendiri ingin mendukung Aileen pun dia tidak mahu.

"Macam mana ni, mama?" Ammar bertanya risau. Tidak pernah lagi Aileen meragam sedemikian sebelum ini.

"Tak tahulah Mar...Mama dah letak minyak kat perut dia takut masuk angin ke apa. Tapi tetap juga nangis. Dukung pun nangis lagi." Datin Sharmila menyuakan botol susu ke mulut Aileen. Tetapi Aileen menepisnya tanda tidak mahu.

"Mari sini, Ammar. Biar Mama bawa Aileen ke ruang tamu. Luas sikit. Kot-kot diam nanti." Ammar meletakkan Aileen di pangkuan Datin Sharmila. Datin Sharmila terus berjalan ke ruang tamu sambil menepuk-nepuk Aileen dengan harapan Aileen akan berhenti menangis. Ammar membuntuti dari belakang. Begitu juga Datuk Amri.

Semakin kuat pula Aileen menangis. Haduih! Apa nak buat ni..? Datin Sharmila mengeluh dalam hati. Tiba-tiba Laila dan Kak Wani keluar menjenguk ke ruang tamu. Tangisan Aileen yang kuat itu mengejutkan Laila dan Kak Wani.

"Kenapa dengan Aileen, Datin?" tanya Kak Wani.

"Entah la, Wani. Saya dah buat macam-macam. Makin kuat pula dia menangis." jawab Datin Sharmila.

"Kembung perut kot. Datin dah letak minyak kat perut Aileen?"

"Dah...saya dah letak tadi. Tak jadi. Nangis saja..." Datin Sharmila mengeluh.

"Biar saya dukung Aileen, Datin." Laila bersuara. Datin Sharmila terus memberikan Aileen kepada Laila. Laila cuba menenangkan Aileen dengan menguliknya. Botol susu disuakan ke mulut Aileen. Aileen menepis. Laila terus menenangkan Aileen. Tangisan Aileen sedikit kurang. Botol susu disuakan lagi ke mulut Aileen. Aileen tidak menolak lagi. Tangan Aileen memegang kemas botol susunya. Tangisannya masih bersisa sedikit. Tersedu sedan Aileen sambil menghisap botol susunya.

Terkejut Datin Sharmila, Datuk Amri, Ammar, dan Kak Wani melihat Aileen sudah berhenti menangis. Mereka hanya memerhati Aileen dalam pangkuan Laila. Datin Sharmila tersenyum lega. Nak dengan Laila rupanya. Mungkin kerana Laila selalu bermain dengan Aileen. Aileen pula kekurangan kasih sayang seorang ibu. Patutlah dengan Laila, Aileen suka. Detik hati Datin Sharmila.

"Dah tidur pun, Datin..." Laila tersengih. Ammar hanya berdiam diri. Datin Sharmila mengambil Aileen dari pangkuan Laila.

"Terima kasih, Laila..." ucap Datin Sharmila sebelum berlalu membawa Aileen ke biliknya. Datuk Amri hanya tersenyum kepada Laila dan turut berlalu mengikuti Datin Sharmila ke bilik.

Laila dan Kak Wani memandang Ammar yang masih tercegat di situ. Ammar berdeham setelah perasan dia diperhati. Kakinya bergegas ke biliknya. Egonya tinggi sehingga sukar untuk mengucapkan terima kasih kepada Laila. Laila tersenyum sinis. Malu dengan aku la tu... bisik hati Laila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience