Bab 1

Romance Completed 13016

"Silakan masuk, Laila. Datin kat butik. Belum balik lagi..." pelawa Kak Wani sambil tersenyum. Manis orangnya. Lembut sahaja perlakuannya.

Kak Wani merupakan pembantu rumah yang paling lama sekali yang berkhidmat kepada Datin Sharmila dan Datuk Amri di rumah banglo mewah tersebut. Pembantu rumah yang lain semuanya 'lari' tak sampai sebulan. Bukan kerana tidak selesa bekerja dengan Datin Sharmila dan Datuk Amri, tetapi kerana sikap Ammar yang tidak boleh menerima orang luar dan juga sensitif itu yang membuatkan pembantu rumah yang lain tidak dapat bertahan lama.

Ammar merupakan anak sulung Datuk Amri dan Datin Sharmila. Terdapat dua lagi adik di bawah Ammar, iaitu Amsyar dan Amni

"Laila tukar baju dulu lepas tu tolong akak kat dapur ya. Bilik Laila sekali dengan akak tau. Tu...kat belakang dekat dengan dapur. Akak masuk dapur dulu ya. Nak siapkan makan tengah hari. Nanti Datin dan anak dia balik makan kat rumah." Laila hanya membalas dengan anggukan sambil tersenyum. Kak Wani terus berlalu ke dapur.

"Akak, Laila nak kena buat apa ni?" tanya Laila setelah sampai ke dapur. Lengan bajunya disingsing sedikit supaya mudah untuk melakukan kerja-kerja dapur. Handsock dilengannya ditarik sedikit ke bawah. Senang bagi Laila untuk menyingsing lengan bajunya kalau pakai handsock. Tak adalah terdedah sangat lengannya itu.

"Haa ni...Laila ambil sayur ni goreng ya. Lepas tu terus masukkan dalam pinggan dan letak kat meja makan tu ya." Kak Wani menghulurkan sayur sawi kepada Laila yang baru diambilnya dari dalam peti sejuk. Laila terus menyambutnya.

**********

"Dah siap masak ke Wani?" tanya Datin Sharmila.

"Dah Datin...semua dah hidang kat meja makan tu. Tinggal air saja ni." Kak Wani membalas sambil tangannya lincah mengacau air sanquick di dalam jug kaca.

"Datin...ni pembantu rumah baru. Sampai pagi tadi. Nama Laila.. " Kak Wani memperkenalkan Laila kepada Datin Sharmila. Laila menundukkan sedikit tanda hormat kepada Datin Sharmila.

"Ohh ya. Selamat bekerja ya. Harap awak dapat bertahan kerja dekat sini ya Laila." ujar Datin Sharmila sambil tergelak kecil. Laila membuat muka bingung. Kak Wani hanya tersengih sahaja.

"Ammar...jom makan! Nanti lambat pula nak masuk ofis. Nanti marah pula papa tu kan..." Datin Sharmila memanggil Ammar. Kepalanya terjenguk-jenguk ke arah ruang tamu.

"Ammar, ni Laila...pembantu rumah yang baru. Nanti Ammar janganlah kasar-kasar sangat ya. Jaga perangai tu...mama dah tak larat nak cari yang baru." Ammar memandang Laila sekilas. Tangannya terus menyuap nasi ke mulut tanpa bersuara. Segan pula Laila dengan tingkah Ammar. Seperti dirinya tidak diterima sahaja oleh tuan rumah.

"Err...Datin. Saya ke dapur dulu ya. Kesian Kak Wani seorang." Laila terus berlalu ke dapur setelah Datin Sharmila mengangguk.

"Eh, Ammar ni...kan mama dah cakap jaga perangai tu." marah Datin Sharmila. Ammar hanya buat tak tahu sahaja. Datin Sharmila menggeleng-geleng melihat perlakuan Ammar.

**********

"Akak...saya tengok Tuan Ammar tu macam tak suka saja saya kerja kat sini." adu Laila. Tangannya laju sahaja membilas pinggan yang sudah disabun itu. Kak Wani hanya tergelak kecil.

"Alaa...dia memang macam tu lah. Dulu masa akak mula-mula kerja kat sini dia okay saja. Dia jadi macam tu sejak dua tahun lepas. Tapi akak dah biasa dah...Jangan ambil hati sangat. Buat tak tahu saja." Kak Wani memberitahu sambil mengemas barang-barang dapur yang baru dibeli tadi.

"Dia tu duda, Laila. Ada anak seorang. Baru setahun lebih." Sambung Kak Wani lagi.

Baru Laila tahu yang lelaki itu sebenarnya duda anak satu. Hurm...kesian! Muda-muda lagi dah jadi duda. Eh, mana tahu dia muda lagi? Tapi, tengok kepada rupa nampak macam muda lagi. Mungkin awal 30an. Ngomel Laila sendiri.

"Nak mengumpat tu agak-agaklah. Tunggulah tuan punya badan keluar rumah dulu kalau iya pun. Ke memang sengaja?!" Ammar bersuara mendatar. Entah bila dia masuk ke dapur dan mendengar perbualan Laila dan Kak Wani.

"Eh, Tuan Ammar. Akak ingatkan dah ke ofis tadi. Hehe..." jawab Kak Wani. Laila di sebelah sudah pucat. Takut dimarahi Ammar.

Ammar berlalu ke peti sejuk. Diambilnya botol air kosong di dalam peti dan menuangnya ke dalam gelas. Air diteguknya perlahan sehingga habis. Ammar menjeling tajam Laila. Laila meneguk air liurnya yang terasa kesat. Tangannya perlahan sahaja mengelap pinggan yang telah dibasuh tadi.

Ammar terus keluar dari ruangan dapur itu setelah meletakkan gelasnya ke singki. Sempat jelingan tajam Ammar menyinggah ke wajah Laila sebelum berlalu pergi. Apa yang Ammar tak puas hati pun tak tahu lah.

"Gerun saya, akak!" Laila bersuara setelah pasti yang Ammar sudah keluar untuk ke ofis. Kak Wani tergelak.

"Macam itulah Tuan Ammar...sebab tu semua maid yang sebelum ni cabut lari. Takut..." Kak Wani masih dengan sisa tawanya. Laila mencebik. Kita tengok siapa yang menang! Hati Laila berbisik sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience