Bab 19

Romance Completed 13016

"Sudikah awak terima saya dan Aileen dalam hidup awak, Laila?" kata-kata Ammar itu membuatkan Laila terkedu. Laila merenung Ammar meminta kepastian tentang kata-kata yang didengarnya tadi.

"Saya tak janji boleh buat awak bahagia di samping saya." kata Ammar lagi. Bilik meeting itu sudah kosong kerana semua staf sudah keluar sejak dari tadi. Suasana agak sepi.

"Saya tahu saya tak seromantik pasangan lain. Tapi saya perlukan jawapan awak. Kalau awak terima, saya akan hantar rombongan minggu hadapan." beritahu Ammar lagi setelah melihat Laila diam tidak berkutik. Ammar tekad kali ini. Dia tidak akan lepaskan Laila buat kali kedua.

"Kalau awak betul-betul ikhlas dengan saya, why not? Saya terima awak. Dan, saya sayangkan Aileen macam anak saya sendiri." Laila memberi jawapan.

"Dengan Daddy Aileen tak sayang ke?" Ammar tersengih. Hatinya sudah melonjak gembira dengan keputusan Laila itu. Dia yakin, Laila akan menjadi ibu yang baik kepada Aileen. Laila sudah tersipu malu.

**********

"Aileen, come here, sayang!"

Panggil Laila dari serambi rumah. Terkedek-kedek Aileen berlari ke arah Laila.

"Jangan main lagi kat luar...panas! Nanti demam." arah Laila lembut. Dia tahu Aileen bosan di rumah kerana tiada teman untuknya bermain. Laila pula tak larat mahu melayan Aileen kerana tengah sarat mengandung.

"Mummy...bila adik nak keluar? Aileen nak main dengan adik." petah Aileen bertanya.

"Dah tak sabar nak main dengan adik dah?" balas Laila tersenyum. Tangannya mengusap lembut kepala Aileen.

"Adik Aileen ada dua tau dalam tu. Nanti adik keluar, Aileen kena tolong mummy jaga tau." ujar Ammar dari belakang Laila. Entah bila dia datang. Tiba-tiba sahaja menyampuk.

"Eh...awalnya Abang balik?"

"Saja Abang balik awal. Rindu sangat dekat isteri Abang ni."

Ammar memeluk Laila dari belakang. Perut Laila yang memboyot itu diusap. Perut Laila agak besar kerana bayinya kembar. Laila tersenyum bahagia.

"Eh, Abang...Laila rasa macam baby ni nak keluar dah!" tiba-tiba Laila menjerit sambil memegang perutnya. Ammar kalut.

"Kak Wani! Kak Wani.. ! Cepat ke sini!!" jerit Ammar. Kecoh satu rumah itu kerana kalut untuk menyambut insan baru dalam keluarga itu.

(TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience