Bab 6

Romance Completed 13016

Tersenyum Ammar memerhatikan Laila yang sedang menjemur kain di ampaian dari tingkap biliknya di tingkat dua. Entah mengapa Ammar merasakan Laila begitu cantik dan ayu sekali pagi itu. Sebelum ini tak ada pula begini. Ammar meraba-raba wajahnya. Aku senyum? Eh, aku ni dah kenapa? Gila ke?? bisik hati Ammar. Mukanya ditampar beberapa kali.

Kedengaran Aileen sedang merengek minta diangkat dari katil bayi di sebelah katil Ammar. Ammar berpaling dan terus mendukung Aileen. Ammar keluar dari bilik dan terus ke ruang dapur. Kelihatan Laila baru sahaja masuk ke dapur dengan membawa bakul pakaian di tangannya.

"Nah..." Ammar cuba meletakkan Aileen ke pangkuan Laila. Kalut Laila meletakkan bakul pakaian itu. Tangannya pantas menyambut Aileen. Diciumnya pipi tembam Aileen. Terpaku Ammar melihat Laila. Tangannya ditekapkan ke dada. Kenapalah dadanya berdebar melihat Laila. Aku rasa aku dah gila! Bisik Ammar di dalam hati.

"Kenapa Tuan? Tuan tak sihat ke?" Laila bertanya risau melihatkan gelagat Ammar.

"Tak...saya okay saja. Aileen ni merengek nak dukung. Awak mainlah dengan dia." Ammar terus berlalu ke luar rumah. Dia menghala kakinya untuk ke buaian di tepi kolam ikan Datuk Amri itu. Fuhh! Ammar menarik nafas.

"Kenapalah aku macam ni? Hadoi. Bodoh betul...takkanlah dengan Laila pun aku nak berkenan. Tak mungkin...tak mungkin.Shushh, Shushh...nyah kau wahai perasaan!" rungut Ammar sendiri.

"Ammar ni dah kenapa? Macam orang tak betul saja Papa tengok. Bercakap sorang-sorang." geleng Datuk Amri. Tangannya ligat memberi ikan koi peliharaannya makanan. Berebut-rebut ikan tersebut mendapatkan makanan.

"Eh, Papa! Terkejut Ammar tau...nasib baik tak jatuh dalam kolam ni." Ammar menjeling Datuk Amri. Datuk Amri tergelak kecil.

"Haahh, Pa. Mar rasa macam Mar ni dah gila la. Macam orang tak betul. Papa ada nombor telefon Uncle Faruk kan? Mar nak call dia tanya pasal penyakit Mar la." Ammar balas usikan Datuk Amri dengan wajah serius sambil menggosok-gosok dadanya yang berdebar ketika berhadapan dengan Laila.

"Eh, eh...main-main pula. Uncle Faruk dah pencen jadi pskitrik lah." ujar Datuk Amri. Faruk itu kawan lamanya sejak di universiti lagi walaupun mereka mengambil jurusan berbeza.

"Ni tak keluar jogging ke? Biasa kalau hujung-hujung minggu ni Mar dah hilang pagi-pagi lagi pergi jogging..." Datuk Amri sambung dengan pertanyaan.

"Hurm...minggu ni malaslah sikit, Pa. Rasa macam nak lepak kat rumah saja satu hari. Hehe." jawab Ammar.

"Hurm...suka hati kamulah!" Datuk Amri malas melayan. Lebih baik melayan ikan koinya.

**********

Ammar terpaku melihat Laila sedang nyenyak tidur sambil memeluk Aileen yang juga sedang tidur di hadapan televisyen. Gulp! Liur ditelan. Comelnya! Bukan Aileen, tapi Laila. Ammar merasa Laila sangat comel ketika tidur. Ah! Aku ni dah angau ke apa? bisik hati Ammar.

Takkanlah aku dah jatuh cinta dengan Laila. Arghh! Tak mungkin!! nafi Ammar di dalam hati.

"Tuan...makan tengah hari dah siap!" Terjengul muka Kak Wani di ruang tamu. Laila terjaga. Matanya digosok perlahan. Laa...aku pun tertidur juga. Ngomel hati Laila.

Laila mendongak. Erk! Ammar sedang memerhatikannya. Alamak! Janganlah dia marah aku tidur... Hati Laila berbisik risau.

"Err...Tuan. Saya tak sengaja tertidur tadi. Nak ulik Aileen tapi saya yang tertidur." teragak-agak Laila bersuara. Mana tak mengantuknya. Malam-malam pukul 2 pagi baru tidur duk mengadap laptopnya. Buat apa lagi...mengarang cerita dongengnyalah tu. Tak habis-habis berangan. Nak jadi penulis novellah katakan.

Ammar berdeham. Langkahnya diatur ke ruang makan. Hatinya tak tahan melihat wajah Laila yang comel di matanya itu. Baru nak perasan. Sebelum ini tak adalah nak kisah pun. Hurm... Ammar...Ammar.

"Mana Papa dan Mama, Kak Wani?" tanya Ammar setelah perasan yang Datuk Amri dan Datin Sharmila tiada di ruangan makan.

"Akak dah panggil tadi. Kejap lagi datanglah tu." Kak Wani membalas.

Sejak kecil lagi Ammar sudah terbiasa makan bersama Mama dan Papanya. Kalau lambat dia akan tunggu dahulu. Kecuali kalau Papa dan Mamanya tidak ada di rumah. Diajaknya Kak Wani makan sekali. Baru berselera.

"Hurmmm...sedapnya Wani masak. Malam nanti tak payah masak ya. Saya akan masak. Dah lama rasanya tak masak kat rumah ni. Nanti tolong saya sediakan bahan sajalah ya." Datin Sharmila berkata sambil menarik kerusi dan duduk. Mangkuk nasi diambil dan dicedokkan ke pinggan Datuk Amri yang sudah duduk di kerusinya.

"Ammar...Aileen tu perlukan ibu. Tak nak cari ibu baru ke untuk Aileen. Kesian Mama tengok dia tu." tersedak Ammar yang sedang enak menjamu selera. Tiba-tiba sahaja Mamanya bertanya soalan seperti ini. Datuk Amri hanya menggeleng melihat telatah Ammar.

"Hurm...nantilah. Lagipun Ammar kan dah ada. 2 in 1. Boleh jadi Ayah dan boleh jadi Ibu." balas Ammar. Ammar masih belum bersedia lagi untuk berkahwin lagi sekali. Ammar masih berasa perit dengan kegagalan rumah tangganya dulu.

"Eh, Ammar ni. Ibu lain...ayah lain...sampai bila nak macam ni? Kesian kat Aileen tu." Datin Sharmila bersuara lagi.

"Kahwin sajalah dengan Laila tu. Papa tengok Aileen tu suka sangat dengan Laila. Laila pun nampak sayang kat Aileen. Haa, eloklah tu kan..." Datuk Amri menjeling Ammar.

Tadi nasi...ni air sanquick yang sedang diteguknya pula tersedak. Terbatuk-batuk Ammar di meja makan. Merah mukanya.

"Ishh...kotorlah Ammar ni. Nasib baik dah habis makan. Kalau tak, habis dalam pinggan Mama ni. Minum tu perlahanlah sikit." marah Datin Sharmila.

Kak Wani yang terdengar perbualan tersebut mengekek ketawa di dapur. Laila yang melihat berkerut hairan. Kak Wani ni dah kena sampuk ke? Desis hati Laila.

"Kenapa ni, Kak?" tanya Laila.

"Hahaha...tak ada apalah. Tiba-tiba akak rasa nak ketawa." Kak Wani sambung ketawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience