Bab 5

Romance Completed 13016

"Abang, kenapa tak bagitahu saja Datuk Amri yang Laila tu anak kita?" Tengku Juriah bersuara apabila kereta yang dipandu Luqman bergerak keluar dari halaman rumah Datuk Amri.

"Haahh, Ayah. Bagitahu sajalah. Nak saja Luq bawa Laila tu balik dengan kita tadi." Luqman turut menyokong Tengku Juriah.

"Biarlah. Ayah nak ajar sikit Laila tu. Degil sangat. Tak pernah nak dengar cakap Ayah. Ayah nak dia balik sendiri. Biar dia tahu susahnya hidup sendiri. Jadi maid pula tu." dengus Tengku Latiff di sebelah tempat duduk pemandu.

Tengku Juriah hanya mengeluh mendengar penjelasan Tengku Latiff. Sama-sama degil. Susah betul dua beranak ini. Ngomel Tengku Juriah. Malas dia mahu bersuara lebih. Takut nanti dia pula yang akan dimarahi. Tak pasal-pasal kena tinggal di tengah jalan malam-malam ni. Luqman juga hanya berdiam diri.

"Jue, kalau Laila call minta duit ke apa ke...jangan layan. Suruh dia pandai-pandailah cari sendiri. Dah degil sangat kan..." arah Tengku Latiff. Tengku Juriah menjelingkan matanya dari cermin pandang belakang.

**********

"Umi...lambatnya balik. Ingatkan nak tidur sana dah." sengih Laily apabila Tengku Juriah membuka pintu. Terjengul mukanya di hadapan pintu itu. Tengku Latiff sudah berlalu masuk ke biliknya.

"Tadi jumpa dengan Laila. Tu yang kami lambat sikit..." terang Luqman.

"Hahh?? Iya ke Abang Luq? Umi?" terkejut Laily mendengar berita itu. Masakan tidak, Laila itu kakak kembarnya. Dah dekat dua bulan hidupnya bosan tanpa Laila di rumah. Biasanya dia suka mengusik Laila.

"Iyalah...nampak macam Abang tipu ke?" Luqman mengiyakan.

"Mana Kak Syira?" melilau mata Luqman mencari isterinya yang tengah sarat mengandung itu.

"Dah masuk tidurlah. Dah lewat kan...pukul berapa dah ni. Orang pregnant tak boleh tidur lewat." ujar Laily sambil berjalan naik ke biliknya di tingkat dua.

"Eleh...iya ke mengandung tak boleh tidur lewat." ngomel Luqman perlahan.

"Dahlah...pergi masuk tidur. Kesian Syira tu tidur seorang." Tengku Juriah bersuara. Dia juga turut berlalu masuk ke biliknya.

**********

"Kak...baliklah. Bosanlah kau tak ada. Business Ayah aku dengan Abang Luq pula kena handle. Kau sedap-sedap saja lari eh..." ujar Laily dari dalam telefon.

"Alah...tak naklah balik. Aku tak minat business ni. Kau dengan Abang Luq tak apa, dik. Ada bakat. Aku tak ada. Aku pandai mengarang dan melukis saja." tolak Laila. Dia tidak berminat langsung terhadap business Ayahnya. Kalau dipaksa nanti lingkup gamaknya.

"Arghhh...lain kali nak lari bawa aku sekali. Lari seorang buat apa? Kesian adik kesayangan kau ni." rungut Laily. Sebenarnya dia tidak berani melawan Tengku Latiff. Bukan seperti Laila yang selalu melawan. Disuruhnya belajar business pergi belajar melukis dan penulisan. Minatnya lebih ke arah seni. Sebab itu Laila suka berangan.

"Eleh...duduk sajalah kat rumah tu. Kau kan anak kesayangan Ayah. Aku nak berdikari. Tak mahulah dapat elaun dari Ayah saja." Laila membalas.

Laila malu sebenarnya apabila semua kawan-kawannya menganggap dia tidak boleh berdikari dan hanya mengharapkan duit Ayahnya sahaja. Sejak dari sekolah menengah lagi. Laila tidak mahu dianggap begitu. Dianggap memiliki segala-galanya. Laila mahu berusaha sendiri sehingga berjaya.

"Laa...kan berdikari lah tu. Kan kerja dengan Ayah. Lepas tu Ayah bagi gaji. Haa...usaha sendiri juga kan." Laily memujuk.

"Bukan, dik...maksud aku, cari kerja sendiri dan dapat gaji daripada hasil kerja kita sendiri. Kalau kerja dengan Ayah tu tak perlu cari dah memang confirm dapat." terang Laila.

"Alaa...benci la macam ni. Tak apa kalau kau tak nak balik juga aku beritahu keluarga Datuk Amri hal sebenar. Hehehe." ugut Laily. Namun, manja sahaja nada suaranya.

"Woii...kau jangan...kalau tak tahulah aku nak buat apa dengan kau ni!" marah Laila.

"Uwekk...kalau takut baliklah, sis! Haperr la..." ejek Laily. Tergelak dia di hujung talian.

"Dah, dah...aku nak buat kerja ni. Cakap dengan kau tahun depan pun tak habis." marah Laila lagi.

"Ke...dah berkenan dengan Ammar ni...hahahaha." galak Laily ketawa. Laila mengetap gigi. Geram dia dengan usikan Laily. Dari dulu sampai sekarang suka mengusik. Laila terus menekan butang merah. Talian diputuskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience