Bab 9

Romance Completed 13016

"Tengku Norlaily Natasya!" laung Adrian.

Terkejut Laily mendengar namanya dipanggil kuat oleh lelaki itu.

"Eh, Ian...terkejut saya! Lama tak nampak awak. Ke mana menghilang?" tanya Laily. Teruja dia dapat berjumpa dengan Adrian, senior kolejnya dahulu. Adrian tersenyum menawan. Tak pernah tak kacak. Bisik hati Laily.

"Saya baru balik Malaysia la. Kat UK sebelum ni. Sambung belajar kat sana." jawab Adrian sambil tersenyum nipis. Gembira dapat berjumpa dengan gadis pujaannya sejak dahulu lagi. Laily masih cantik seperti dahulu. Tetapi, penampilannya nampak lebih matang dari dulu. Fikir Adrian.

"Lunch hour?" tebak Adrian sambil melihat jam di pergelangan tangannya. Laily mengangguk pantas.

"Jom lunch sekali. I'll treat you." pelawa Adrian. Dia mahu menawan hati Laily. Dia bukan lagi seperti dahulu yang takut untuk meluahkan perasaannya pada Laily. Hanya mampu pendam sahaja.

"Kerja dengan Ayah awak ke?" tanya Adrian ingin tahu. Laily mengangguk.

"Ohh...sekali dengan Laila lah kan?" teka Adrian.

"Hurm...tak. Laila tak nak. Dia tak minat dengan business Ayah. Nak cari kerja sendiri katanya." jawab Laily sambil menikmati makanannya yang sudah separuh dihabiskan. Berselera sekali lagaknya. Adrian tergelak kecil melihat telatah Laily.

"Kenapa?" tanya Laily pelik apabila mendengar tawa kecil Adrian. Mukanya diraba. Takut juga dia makan comot. Malu nanti...

"Tak ada apa-apa. Saya suka tengok awak makan. Berselera...sejak dari dulu tak berubah eh. Food lover...hahaha." gelak Adrian dengan kata-katanya sendiri.

Laily tersenyum malu. Kunyahannya bertukar perlahan. Tak perasan yang dia makan tanpa menghiraukan Adrian di hadapannya. Dah memang kelaparan sejak dekat office lagi tadi.

"Err...maaflah, Ian. Saya lapar sangat. Tadi tak sempat sarapan. Tapi, yang food lover tu memang saya. Hehe..." Laily tersengih. Adrian tergelak lagi dengan kata-kata Laily. Sikap Laily inilah yang membuatnya terpikat. Laily tak pernah 'cover' atau 'control ayu' di hadapannya. Adrian senang dengan sikap Laily itu.

**********

"Laila...hidangkan air kat ruang tamu. Ada tetamu datang. Akak nak mandikan Aileen sekejap." arah Kak Wani kalut. Laila mengangguk.

Siap membancuh air dan meletakkan biskut serta kek pisang di dalam pinggan, Laila membawanya ke ruang tamu. Air diletakkan di atas meja.

"Eh, Laila...awak buat apa kat sini?" tanya Adrian terkejut melihat Laila yang berada di rumah sepupunya, Ammar.

Terkejut Laila dengan kehadiran Adrian, kawan kepada Laily. Dia kenal Adrian apabila Laily selalu bercerita tentang Adrian. Malah, Laila juga turut menjadi peneman Laily untuk melepak dengan Adrian semasa menuntut di kolej dulu.

"Er...Adrian. Saya...saya kerja kat sini." tergagap-gagap Laila memberitahu.

"Maid??" tanya Adrian lagi tidak percaya. Laila mengangguk. Hadoi...kantoi dah! bisik Laila dalam hati.

"Haahh, iya." balas Laila pendek.

"Ohh...Datuk Amri tu bapa saudara saya. So, Ammar ni sepupu sayalah." beritahu Adrian sambil memeluk bahu Ammar yang terpinga sejak dari tadi lagi.

"Oh, iya ke..? Saya tak tahu pula." ujar Laila.

"Macam mana awak boleh jadi maid kat sini?" soal Adrian lagi.

"Err...saya..." Laila menggaru kepala yang tidak gatal.

"Laila...nak hujanlah kat luar tu. Tolong angkat kain kat ampaian!" laung Datin Sharmila dari muka pintu biliknya.

Laila terus bergegas ke bahagian belakang rumah. Diambilnya bakul kain untuk meletakkan kain-kain yang masih belum kering. Fuhh..! Selamat aku kali ni. desis hati Laila. Tapi, sampai bila harus begini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience