Bab 10

Romance Completed 13016

Laily menunduk. Laily takut melihat renungan tajam Ammar. Adrian di sebelah Ammar tidak senang duduk melihatkan suasana yang agak tegang antara Laily dan Ammar. Kenapa dengan mereka ni? Desis hati Adrian.

"Err...Mar. Kenalkan...Tengku Norlaily Natasya. Laily ni junior aku yang paling rapat kat kolej dulu." Adrian memperkenalkan. Mesti Ammar terkejut kerana wajah Laily betul-betul sama dengan Laila. Fikir Adrian yang tidak tahu apa-apa.

Tujuan Adrian mengajak Ammar menemani dia berjumpa Laily adalah untuk memperkenalkan Laily kepada Ammar. Ammar yang mendesaknya untuk berjumpa Laily kerana terlalu teruja yang Laily berjaya menawan hati sepupunya yang keras itu. Ammar tidak tahu pula Laily yang ini. Siapa Laily? Dan siapa pula Laila..? bisik hati Ammar keliru.

"Err...hai!" Laily bersuara takut-takut. Habislah Laila kali ni. Macam mana pula yang si Adrian ni boleh jadi sepupu Ammar. Aduhhh! hati Laily bermonolog sendiri.

Ammar hanya diam tidak berkutik. Dia masih terkejut. Macam mana Laila boleh bertukar jadi Laily. Apa sebenarnya yang terjadi ni? soal Ammar dalam hati.

"Awak...Laily? Siapa awak sebenarnya? Laila..." tanya Ammar keliru. Ayatnya tidak dapat dihabiskan. Dia tak tahu nak kata apa.

"Err...Mar. Yang ni Laily. Laila tu maid kat rumah kau. Laily yang kat depan kita ni adik kembar Laila. Kau tak tahu lagi eh?" terang Adrian. Yalah, takkan Ammar nak ambil tahu pasal Laila pula. Laila kan maid Ammar saja. Fikir Adrian.

"Tak...aku tak tahu. Jadi, orang yang saya jumpa minggu lepas tu, awak? Laily? Bukan Laila?" tebak Ammar. Ammar merasa diperbodohkan. Kenapa Laila tidak memberitahunya apabila dia menceritakan peristiwa di mall pada Laila tempoh hari. Kenapa perlu berahsia. Apa agenda Laila sebenarnya? Hati Ammar kecewa. Ammar baru sahaja menaruh hati pada Laila. Tapi, begini pula jadinya. Hatinya berbaur perasaan marah, kecewa dan sedih. Sedih kerana ditipu.

"Muka mereka memang sama. tak dapat beza. Tapi bila kau dah kenal rapat, baru boleh beza. Yang kat rumah kau tu Tengku Norlaila Nadira binti Tengku Latiff. Yang ni, Tengku Norlaily Natasya binti Tengku Latiff." beria Adrian memberitahu. Laily hanya mendiamkan diri.

Tengku Latiff?! Bisik hati Ammar. Terpaku Ammar mendengarkan kata-kata Adrian itu tadi. Jadi, Laila adalah anak perempuan Tengku Latiff?! bisik hati Ammar lagi. Ammar memang sudah sedia maklum yang Tengku Latiff mempunyai anak perempuan kembar. Tetapi, mereka belum berkesempatan untuk bersua lagi. Ammar hanya mengenali Tengku Luqman Nazmi sahaja, iaitu anak sulung Tengku Latiff.

Tetapi, mengapa Tengku Latiff tidak mengaku yang Laila itu anak perempuannya sedangkan mereka sudah pun bersemuka di rumahnya? Kenapa perlu mengelak? Arghh! Ammar pening. Dia keliru dengan semua ini.

Ammar terus bangun dari tempat duduknya di restoran mewah itu. Dia terus berlalu meninggalkan Adrian yang terkebil-kebil bingung. Laily hanya mengeluh perlahan. Kenapalah semua ini boleh terbongkar bukan pada masanya. Kesian Laila...bisik hati Laily.

**********

Terkejut Laila. Balik sahaja ke rumah, Ammar terus masuk ke bilik tanpa menghiraukan Laila yang sedang bermain dengan Aileen di ruang tamu. Berdentum pintu bilik dihempas Ammar.

Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke? desis hati Laila. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Bergegas Laila berlari memberikan Aileen ke pangkuan Kak Wani di dapur. Tangannya terus menekan punat hijau setelah masuk ke biliknya. Tidak mahu Kak Wani mendengar perbualan mereka itu.

"Assalamualaikum. Ya, Dik? Ada apa? Kau ni...aku kerja la." marah Laila.

"Waalaikumussalam...arghh! Kau tak payah kisahkan kerja kau sekarang, Kak. Yang kau kena kisah adalah Ammar!" beritahu Laila. Kalut sahaja suaranya.

"Eh, ni kenapa pula aku kena kisah kat Ammar. Apa kenanya dengan kau? Dengan aku??" Laila bersuara tidak faham dengan kata-kata Laily.

"Ini berkaitan dengan hidup dan mati kau tau! Ammar tu dah tahu siapa kau, siapa aku dan siapa kita sebenarnya!" Laily memberitahu. Suaranya ditekan.

"Apa?!!" hampir meletup jantung Laila mendengarkan berita itu.

"Macam mana boleh tahu ni, Dik?" Laila bertanya. Dia hampir menangis.

"Kak...aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku tak tahu yang Adrian tu sepupu Ammar. Aku jumpa Adrian tadi. Dan Ammar tu ada sekali." ujar Laily dalam nada bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience