Bab 17

Romance Completed 13016

"Laila..." Ammar bersuara. Laila mendongak. Perlahan sahaja suapan mereka.

"Awak macam mana dalam dua tahun ni?" Ammar bertanya ingin tahu. Mana tahu Laila sudah berpunya. Yalah, dua tahun itu bukannya sekejap. Berjauhan pula tu.

"Macam inilah saya. Macam biasa...saya masih Laila yang dulu. Cuma bezanya, awak bos saya dulu. Sekarang rakan sekerja." Laila tersenyum manis.

"Err...awak...dah ada?" tanya Ammar lagi. Bukan itu jawapan yang dia mahukan. Laila memandang pelik.

"Ada..? Ada apa?" soal Laila kembali. Wajahnya kebingungan.

"Maksud saya...hati awak sudah berpunya ke?" Ammar bertanya terus.

"Err..." Laila tidak dapat menjawab. Ammar tersenyum. Dia dapat mengagak jawapan Laila itu.

"Awak? Mesti dah kahwin dengan Syazlin kan?" agak Laila. Suaranya perlahan sahaja. Kedengaran sedih sahaja suaranya.

Ammar tergelak kecil. Dia tahu Laila masih ada hati dengannya berdasarkan cerita Adrian. Laily yang selalu bercerita perihal Laila kepada Adrian.

"Mana awak tahu?" soal Ammar. Saja dia ingin mengusik Laila. Ingin melihat riak sedih Laila. Comellah pula...

Laila tertunduk. Kunyahannya terhenti. Jadi, memang betullah Ammar sudah berkahwin dengan Syazlin. desis hati Laila. Entah kali ke berapa hatinya kecewa.

**********

"Haihh...makan pizza pun sedih? Biasa happy saja bila aku belanja pizza..." tanya Dina pelik. Dilihatnya Laila hanya tunduk memandang pizza di hadapannya. Laila hilang selera memikirkan Ammar. Arghh!! Kenapa perlu fikirkan dia?!

Laila memandang Dina yang berada di hadapannya. Dia mengeluh berat.

"Kau ni kenapa, mak cik oii..?" tanya Dina lagi. Nampak parah benar kawan baiknya itu.

"Kau tahukan perasaan aku pada Ammar dulu?" Laila membalas dengan pertanyaan juga. Dina mengangkat kening kerana hairan dengan sikap Laila. Apa hal pula bangkitkan nama Ammar ni?

"Haahh. Tahu...sekarang pun aku tahu perasaan kau pada dia. But, why??"

"Dina...Ammar dah berbaik semula dengan bekas isterinya." jawab Laila dengan suara perlahan.

"What?? Means, dia dah kahwin balik dengan ex-wife dia tu?" soal Dina dengan muka terkejut.

Patutlah Laila muram sahaja. Cinta hati sudah dimiliki orang lain. Tapi, betul ke? Tak pernah pula si Adrian tu cerita apa-apa? bisik hati Dina. Adrian juga merupakan kawannya ketika di kolej dulu walaupun berbeza jurusan dan umur.

"Kau pasti ke?" Dina musykil.

Laila beria mengangguk sekali lagi.

"Assalamualaikum...ni Laila kan?" sapa seorang wanita.

Laila mendongak. Terkejut dia melihat Syazlin di hadapannya. Macam mana dia boleh ada di sini? Eh, inikan restoran Domino's Pizza. Bukannya dapur rumah kau. detik hati Laila. Syazlin di hadapannya tersenyum. Dina terpinga. Dina belum pernah bersua dengan Syazlin. Mestilah dia tidak kenal.

"Boleh saya duduk?" tanya Syazlin kepada Laila yang seakan mati kata.

"Err...haahh. Iyaa, boleh, boleh..." Laila tersedar. Dina pula terkebil-kebil di sebelah Syazlin yang melabuhkan duduknya.

"Err...Dina. Kenalkan, Syazlin." perkenal Laila.

"...isteri Ammar." kata-katanya disambung lagi. Dina kelihatan sedikit terkejut.

"No, Laila...I'm not. Saya ex-wife Ammar." jelas Syazlin. Terkedu Laila dan Dina.

Tiba-tiba telefon bimbit Dina berdering. Dina meminta diri menjawab panggilan tersebut. Selang beberapa minit, Dina kembali lagi.

"Laila, aku kena balik dululah. Mama aku datang rumah." Dina memberitahu. Selalu sahaja Mamanya datang melawat ke rumah tanpa memberitahunya dahulu. Nasib baik tak ada kerja penting. Kalau tak, lamalah tunggu di luar rumah. Keluh Dina. Laila mengangguk. Dina terus berlalu dari situ.

"Dah lama balik Malaysia?" tanya Syazlin.

"Dah dekat sebulan." jawab Laila ringkas.

"Err...apa maksud awak tadi? Ex-wife? Bukan ke awak dah berbaik dengan Ammar?" tanya Laila kehairanan.

Syazlin tergelak melihat Laila kebingungan.

"Memanglah saya dah berbaik dengan Ammar. Tapi, saya bukan isteri Ammar." balas Syazlin yang masih bersisa gelak.

Laila mati kata. Jadi, selama ini dia telah salah faham terhadap status Ammar dan Syazlin. Tiba-tiba hatinya kembali riang. Dia berdeham cuba mengawal riak gembira di wajahnya.

"Ammar dah ada orang lain. Dan saya yakin orang itu ialah awak, Laila." ujar Syazlin dengan senyuman.

"Inshaa Allah, bulan depan saya kahwin. Jemputlah datang ya." ramah sahaja Syazlin memberitahu. Potongan pizza di hadapannya dijamah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience