Bab 14

Romance Completed 13016

"Dah siap packing?" Kak Wani bertanya dengan nada sedih. Laila mengangguk.

Laila membawa beg pakaiannya ke ruang tamu. Kelihatan Datin Sharmila dan Datuk Amri sudah menunggu di situ. Amni dan Amsyar pun ada sekali. Mereka bermalam di situ malam tadi. Rindukan keluarga katanya. Kecuali Ammar sahaja yang tiada di situ. Mungkin keluar bersama Syazlin.

"Laila, nanti lepas ni jangan lupakan kami ya? Nanti bila rindu kami, datanglah sini...rumah ni terbuka untuk Laila." ujar Datin Sharmila. Dia tersenyum kecil. Yang lain hanya mengangguk bersetuju.

"Iyaa...Ishaa Allah, Datin." Laila membalas senyuman Datin Sharmila.

"Panggil auntie sajalah, Laila. Tak payah Datin sangat..." kata Datin Sharmila dengan senyuman.

"Lepas ni Laila kerja dengan Ayah pula ke?" Datuk Amri bertanya setelah memerhati sejak dari tadi.

"Tak lagi kot. Ayah suruh saya sambung study business dulu. Lepas habis tu baru saya join company Ayah." jawab Laila. Jauh di sudut hatinya tidak mahu sambung belajar. Tetapi, ayahnya memaksa. Ikut sahajalah. Lagipun, dulu dia sudah belajar mengikut bidang yang diminati di kolej bersama Laily. Apa salahnya jika dia ikut kehendak ayahnya pula.

Datuk Amri mengangguk tanda mengerti.

"Erm...Uncle, Auntie...saya kena pergi dah. Teksi dah tunggu tu." Laila terus menyalami Datin Sharmila, Amni, dan Kak Wani. Kak Wani memeluk Laila lama. Rindulah dia pada Laila nanti. Sayu pula hatinya dengan pemergian Laila.

**********

Sudah seminggu Laila tinggalkan rumah Datuk Amri. Ammar mahu bertanya fasal Laila, tetapi malulah pula. Dia teragak-agak ingin bertanya kepada Kak Wani yang sedang memasak di dapur.

"Err...Kak Wani." tegur Ammar.

Kak Wani yang sedang memasak terkejut dengan teguran Ammar. Mujur selamat kepala Ammar dari di'senduk' oleh Kak Wani. Kalau tidak, mahunya bengkak kepala Ammar itu. Ammar tersengih memandang Kak Wani.

"Err.. Laila pergi mana ya? Dah lama rasanya tak nampak dia?" Ammar bertanya lambat-lambat. Matanya melilau cuba mencari kelibat Laila di dapur itu. Kak Wani mengeluh.

"Kan Laila dah berhenti. Seminggu dah kan...apalah Ammar ni. Takkan baru perasan." balas Kak Wani. Terkejut Ammar dengan kata-kata itu.

"Hahh?! Dah berhenti seminggu! Tapi...Saya tak tahu pun." Ammar bersuara terkejut.

"Macam mana nak tahunya dah Ammar ni selalu saja mengelak dari Laila. Haa, dah tak ada baru tercari-cari." perli Kak Wani. Geram juga dia dengan sikap Ammar.

Erk! Kak Wani perasan rupanya. bisik hati Ammar.

"Habis tu, dia ke mana?" Ammar bertanya lagi. Risau sahaja nada suaranya.

"Balik rumah dialah. Rumah Tengku Latiff." balas Kak Wani. Matanya mengerling Ammar yang kelihatan risau.

"Laila kata nak sambung study. Kat oversea rasanya. Tapi, Akak tak tahu kat mana. Tak terlintas pula nak tanya." beritahu Kak Wani.

"Study oversea?! Bila..?" Ammar bertanya dengan nada terkejut.

"Entahlah...minggu lepas dia kata nak pergi minggu depan. Maknanya.. minggu ni lah kan..?" balas Kak Wani sambil mengetuk bibirnya dengan jari telunjuk. Dia juga tidak pasti sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience