Bab 18

Romance Completed 13016

"Assalamualaikum, Laila..." sapa satu suara dari dalam talian.

"Waalaikumussalam. Iya?" Laila menjawab. Siapa pula yang menelefonnya pada hari minggu ini. Kacau sahaja. Baru nak relekskan diri dengan melayan movie.

"Maaf ganggu awak." suara itu seperti mengerti perasaan Laila ketika ini.

"Saya Ammar...boleh tak kalau saya nak jumpa awak?" Ammar bertanya setelah memperkenalkan diri.

"Ohh, Ammar ke..? Saya ingatkan siapa..." balas Laila. Mesti Ammar dapatkan nombor telefonnya dari Adrian.

"Bila nak jumpa?" sambung Laila.

"Sekarang? Saya kat taman kawasan rumah awak dah sekarang ni..." Ammar memberi jawapan.

"Hahh?! Okay, kejap! 15 minit lagi saya ke sana." Laila bergegas menukar pakaiannya. Wajahnya disapu sedikit bedak supaya nampak lebih segar. Sepanjang hari menonton movie sampai sembap matanya.

"Assalamualaikum..." Ammar berpaling.

"Ada apa awak nak jumpa saya, ya?" tanya Laila tanpa berlengah lagi. Dia sebenarnya tidak selesa berlama-lama di situ. Segan dengan Ammar. Tiba-tiba matanya terpandangkan Aileen di sisi Ammar. Wajah Laila ceria. Dia terus menerpa memeluk Aileen dan mencium pipi tembam itu.

"Salam Mummy, sayang." arah Ammar. Terpana Laila mendengar panggilan Ammar terhadapnya itu. Ammar hanya tersengih. Aileen terus menyalami Laila.

"Awak dah tak marahkan saya?" Laila bersuara setelah agak lama berdiam. Matanya asyik sekali melihat Aileen bermain di taman itu. Ammar melabuhkan duduknya di sebelah Laila.

"Marah? Kenapa saya nak marah awak?" soal Ammar kembali.

"Sebelum ni kan...yang dulu tu?" Laila cuba mengingatkan peristiwa yang berlaku dua tahun lalu.

"Saya tak marah. Adrian dah ceritakan segalanya pada saya selepas awak pergi sambung study dulu."

"Saya kebetulan lalu kawasan ini tadi. So, alang-alang dekat dengan rumah awak, saya ajaklah awak jumpa kat sini. Saya sebenarnya nak minta maaf kat awak, Laila. Saya tak tahu kenapa saya terlampau marah sangat dekat awak dulu." Ammar melepaskan keluhannya. Laila memandang Ammar di sisi.

"Mungkin masa tu saya dah mula sayangkan awak. So, saya rasa marah sangat sebab ditipu oleh orang yang saya sayang. Saya rasa macam awak ni sama sahaja dengan Syazlin yang dulu. Sebab itulah, saya mengelak dari berjumpa awak, Laila. Saya tak sanggup nak melihat wajah awak. Saya cuba bencikan awak. Tapi, tak boleh. Maybe sayang saya kepada awak dah terlalu dalam." sambung Ammar lagi.

Laila di sisi tergamam mendengar penjelasan Ammar. Rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Cintanya berbalas dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience