Bab 15

Romance Completed 13016

"Laila, nanti jaga diri kat sana ya? Jaga makan, minum, tidur pun biar cukup. Jangan paksa diri sangat study kat sana tu. Kena jaga kesihatan tu tau." pesan Tengku Juriah pada Laila. Tubuh Laila dipeluk erat.

"Hurm...belajar elok-elok kat sana nanti. Ada apa-apa nanti beritahu saja Ayah. Ada masa boleh juga Ayah dan Umi ni pergi melawat Laila kat sana." giliran Tengku Latiff pula berpesan pada Laila. Laila menyalami dan mengucup tangan Tengku Latiff.

"Kak, jangan lupa contact aku. Baru saja nak syok duduk kat rumah bila kau balik, ni dah nak pergi jauh pula. Itulah, dulu Ayah suruh sambung study sekali dengan aku kau tak nak." rengek Laily. Tubuh Laila dipeluk. Laila hanya mencebik mendengar rengekan Laily.

"Muah sikit...mmmmuuuuaaaahhhh!" pipi Laila dicium Laily.

"Eeii, Adik! Geli la aku!" marah Laila manja. Pipinya disapu dengan telapak tangan. Kepala Laily diketuknya. Mengaduh Laily di situ. Laila memandang Luqman dan Syira sambil tersenyum dan terus menyalami mereka.

"Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu." ujar Luqman. Syira dengan perut memboyotnya hanya tersenyum mengangguk. Laila turut tersenyum. Sedihlah pula nak tinggalkan mereka. Muka Laila monyok.

'Sedih nak tinggalkan mereka atau sedih sebab nak tinggalkan Ammar jauh?' Datang satu suara dalam hati Laila. Cepat-cepat Laila menepis.

Laila terus menolak trolinya masuk. Penerbangannya hanya tinggal sejam lagi. Laila berpaling ke belakang mencari kelibat Ammar. Takut-takut Ammar ada di situ. Namun, hampa... Laila tunduk dan terus berjalan masuk perlahan.

**********

Tercungap-cungap Ammar berlari masuk ke lapangan terbang itu. Matanya melilau mencari kelibat Laila. Tetapi, tiada... Ammar mengeluh.

"Awak terlambat. Laila baru sahaja berlepas pergi." beritahu Laily dari belakang Ammar. Mungkin Adrian yang memberitahu Ammar tentang penerbangan Laila hari ini. Tebak Laily.

Iyalah, Laily juga yang memberitahu Adrian tentang Laila dengan harapan Adrian akan memberitahu kepada Ammar. Tetapi, terlambat pula. Nampaknya Ammar kena tunggu lagi dua tahunlah untuk bersua kembali dengan Laila. Itu pun kalau hati mereka tidak berubah arah.

Terduduk Ammar mendengar kata-kata Laily itu. Hatinya hampa. Dia belum sempat meminta maaf dan meluahkan perasaannya kepada Laila. Rambutnya yang hitam lebat diramas. Laily hanya mampu mengeluh sahaja melihat Ammar. Apa boleh buat? Dah terlambat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience