Bab 13

Romance Completed 13016

Sejak kemunculan Syazlin tempoh hari, setiap hujung minggu Ammar akan keluar bersama Syazlin. Aileen turut dibawa bersama. Mereka selalu meluangkan masa bersama walaupun tidak lagi menjadi suami isteri. Namun, Syazlin masih lagi ibu kepada anaknya, Aileen.

Laila yang perasan dengan keadaan itu merasa sedikit cemburu. Entah mengapa hatinya begitu sedih kerana Ammar kembali rapat dengan Syazlin. Dia berasa dipinggirkan. Ammar yang baik dengannya dulu pun seperti orang asing sekarang. Mereka sudah tidak bertegur sapa. Hati Laila kecewa. Penjelasan tentang perkara sebenar seperti sudah tiada gunanya lagi.

Laila tekad. Habis sahaja bulan ini, dia akan berhenti kerja sebagai maid di rumah keluarga Datuk Amri. Bukan dia tidak suka, tetapi hatinya kecewa dengan sikap Ammar yang terus-terusan mengelak. Jika tersalah sedikit, terus dimarahi seperti singa. Hati Laila terluka dengan perlakuan itu.

Laila juga sedar yang dirinya sudah jatuh cinta dengan Ammar. Tetapi, dia harus membuang perasaan cintanya itu jauh-jauh. Lagipun, Ammar sudah ada Syazlin. Dan Aileen juga sudah mempunyai ibu. Dia tidak diperlukan Aileen lagi sebagai tempat bermanja dan berkasih.

**********

"Ammar..." Syazlin bersuara.

"Masih adakah peluang untuk Syaz kembali pada Ammar seperti dulu?" Syazlin bersuara perlahan. Ammar terdiam seketika. Dia tersenyum tawar.

"Kenapa? Ammar dah tak cintakan Syaz ke?" tanya Syazlin setelah melihat Ammar hanya berdiam diri.

"Untuk kembali seperti dulu, Ammar rasa dah tak boleh. Hati Ammar dah tawar. Tapi Ammar dah maafkan Syaz. Sebab Ammar tahu, Aileen perlukan ibunya. Ammar juga takkan halang Syaz untuk jumpa Aileen." balas Ammar. Cintanya kepada Syazlin sudah hilang.

"Syaz menyesal tinggalkan Ammar dan Aileen dulu." Syazlin terdiam sejenak. Air matanya menitis perlahan.

"Syaz bodoh sebab tinggalkan Ammar yang setia dengan Syaz. Syaz bodoh sebab percayakan Iqmal yang hanya berikan cinta palsu. Kami kahwin tak sampai pun 3 bulan dan Iqmal ceraikan Syaz demi perempuan lain. Macam Syaz buat kat Ammar. Syaz malu nak balik masa tu. Malu dengan keluarga Ammar dan keluarga Syaz sendiri." teresak Syazlin menangis menceritakan hidupnya selepas meninggalkan Ammar.

Ammar mengeluh perlahan. Dia menarik nafas dalam. Kepala Aileen di atas riba Syazlin diusap perlahan. Matanya memandang air tasik di hadapannya. Petang yang sungguh mendamaikan.

"Ammar minta maaf. Ammar dah tak boleh terima Syaz kembali dalam hidup Ammar. Harap Syaz faham..." ujar Ammar dengan mata memandang ke tasik yang tenang di hadapannya itu.

"Ammar dah ada orang lain?" soal Syazlin.

Ammar terdiam. Reaksi Ammar itu membuat Syazlin mengerti. Dia juga turut terdiam. Jauh di sudut hatinya mengharapkan Ammar kembali di sisinya. Tetapi, apakan daya hati Ammar sudah dimiliki oleh wanita lain. Bertuahnya wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience