Bab 16

Romance Completed 13016

DUA TAHUN KEMUDIAN.

"Kak! Sini..!" Laily melambai-lambai Laila dari luar balai ketibaan di KLIA itu. Laila berlari anak mendapatkan Laily. Laily dipeluknya kemas.

"Semua orang tunggu kat rumah." Laily memberitahu. Laila memandang Adrian di sebelah Laily.

"Korang ni macam ada apa-apa saja. Tak boleh berenggang dah sekarang eh?" Laila menebak dengan nada usikan. Laily tersengih. Begitu juga dengan Adrian.

"Jomlah...Akak rindu dah dengan Umi." ajak Laila tidak sabar.

"Amboi...aku yang datang jemput kau ni tak pula kau rindu. Tak apalah..." rajuk Laily. Mulutnya dimuncungkan.

"Eh, kau kan dah ada orang yang rindu setiap hari, setiap jam dan setiap saat..." Laila menjeling Adrian yang tersenyum malu di sebelah Laily. Membahang muka Laily dikenakan Laila.

**********

"Awalnya Laila bangun." sapa Tengku Juriah setelah melihat Laila turun dari biliknya untuk bersarapan pagi itu.

"Eh, mestilah. Hari ni kan hari first Laila kerja dengan Ayah. Kenalah awal..." Laila tersengih. Lagipun Laila bosan duduk di rumah. Sudah dua minggu dia di rumah. Semua orang kerja. Yang ada Tengku Juriah dan dua orang pembantu rumahnya sahaja.

"Hurm, iyalah. Jangan mula-mula saja semangat." ujar Tengku Juriah.

Laily dan Tengku Latiff sudah pun siap dan duduk bersama di meja makan itu. Luqman dan Syira pula sudah berpindah keluar dari rumah itu setelah setahun anaknya dilahirkan. Mahu hidup sendiri seperti keluarga lain.

"Dik, aku tumpang kereta kau eh?" Laila bersuara.

"Oh, itu dah semestinya. Kau mana boleh pergi sendiri. Sesat nanti. Duduk KL sejak lahir lagi, jalan pun tak kenal. Apa daa..." bebel Laily. Dia faham sangat dengan Laila itu, lemah dalam mengingati jalan. Kalau bawa kereta, mesti kena ada orang kat sebelah sebagai penunjuk jalan. Otak bijak, tapi bab-bab peta jalan ni lemah. Pelik betul...

Tengku Latiff tidak menghiraukan anak perempuan kembarnya itu. Dia asyik membaca akhbar sambil bersarapan.

**********

"Kak...pukul 9 kejap lagi kita ada meeting tau! Dengan Datuk Amri." beritahu Laily setelah sampai di ofis.

Laila mengangguk. Sudah lama dia tidak mendengar khabar keluarga itu. Bagaimanakah Ammar sekarang? Adakah dia sudah berkahwin semula dengan Syazlin? Hati Laila bemonolog sedih. Dia rindukan lelaki itu. Tapi apakan daya...dia hanya bertepuk sebelah tangan. Fikir Laila.

"Menungkan apa tu, Laila?" sergah Luqman. Terperanjat Laila. Luqman tergelak melihat gelagat Laila.

"Dah...jom! Meeting dah nak mula. Kejap lagi Datuk Amri sampai." ajak Luqman. Dia terus berlalu ke bilik mensyuarat. Laila membuntutinya setelah mengambil buku nota dan sebatang pen.

**********

Mata Ammar terpaku melihat Laila di dalam bilik mesyuarat itu. Lama dia melihat Laila. Dia rindukan wajah itu. Wajah ayu yang sentiasa menghiasi mimpinya. Laila hanya menunduk kerana malu ditenung sebegitu. Datuk Amri berdeham sambil menyiku lengan Ammar. Ammar tersedar. Pandangannya terus ditundukkan.

"Laila balik bila?" tanya Datuk Amri setelah selesai meeting.

"Dua minggu lepas, Uncle. Maaflah...tak sempat nak ke rumah Uncle." jawab Laila. Bukannya dia tidak sempat. Tetapi dia takut. Takut jika dia ke rumah Datuk Amri dan Syazlin ada menyambutnya. Takut jika Syazlin sudah menjadi isteri Ammar. Dia takut hatinya kecewa lagi. Fikir Laila.

"Ohh...tak apalah. Nanti lapang, datanglah melawat kami ya? Wani dan Auntie kamu tu dah rindu. Lama tak jumpa kamu." beritahu Datuk Amri. Dia terus berlalu dari situ setelah meminta diri. Ammar masih lagi tercegat di situ bersama Laila.

"Awak sihat?" Ammar menegur perlahan. Laila mendongak melihat Ammar yang lebih tinggi daripadanya.

"Err...erm. Alhamdulillah, saya sihat." Laila tersenyum. Berdebar-debar pula hatinya.

"Sekarang dah masuk lunch hour kan?" Ammar bertanya sambil mengerling jam di tangannya. Laila mengangguk. Terasa janggal pula dia.

"Jom! Saya belanja awak." pelawa Ammar.

Laila teragak-agak ingin memberi jawapan. Tiba-tiba Laily muncul. Terkedu Ammar. Mereka betul-betul seiras. Cuma raut wajah dan pandangan mata mereka sahaja yang berbeza.

"Hai, Ammar. Lama tak jumpa awak. Biasa Datuk saja yang datang meeting." sapa Laily sambil tersenyum. Ammar juga turut tersenyum.

"Kak...dah orang nak belanja tu pergi sajalah. Rezeki jangan ditolak. Bukan selalu tau." Laily mengenyitkan mata kepada Ammar.

"Kau ikut sekalilah, Dik..." ajak Laila perlahan.

"Eh, Ammar ajak kau sajalah. Aku tak nak kacau daun. Lagipun, aku dah janji nak lunch dengan Adrian. Hehe..." sengih Laily.

Laily sengaja memberi alasan untuk memberi ruang kepada Ammar dan Laila setelah lama tidak berjumpa. Mana tahu kali ini dia dapat abang ipar yang hensem itu. Huhu...riang hatinya memikirkan perkara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience