Bab 11

Romance Completed 13016

Sudah seminggu Ammar mengelak dari bertembung dengan Laila di rumahnya. Dia meluat melihat muka Laila. Dia benci. Benci kerana Laila menipunya. Ammar kembali bersikap dingin seperti mula-mula Laila kerja. Apabila Laila menjaga Aileen, Ammar akan cepat-cepat mengambil Aileen dari pangkuan Laila.

Laila sedih dengan keadaan itu. Mahu sahaja dia berhenti jadi maid di rumah itu. Tapi, dia harus menjelaskan dahulu perkara sebenar kepada Ammar. Tetapi, bagaimana? Dia langsung tiada peluang untuk bercakap dengan Ammar. Iyalah, Ammar selalu sahaja mengelak dari bejumpa dengannya.

Datuk Amri dan Datin Sharmila juga sudah tahu. Tapi mereka selamba sahaja. Seperti sudah lama mengetahui perkara itu. Amsyar dan Amni pula tiada di rumah. Memang tak tahu menahulah tentang perkara ini. Mereka jarang ada di rumah kerana berada di rumah mereka sendiri. Tidak mahu serumah dengan ibu bapa mereka kerana sudah dewasalah katakan. Ammar walaupun anak sulung, tapi manjanya lebih. Sebab itulah dia tidak mahu berpindah. Lagipun, Datin Sharmila yang tidak mahu Ammar berpindah keluar.

"Err...Tuan Ammar...saya..." tegur Laila semasa Ammar ke dapur untuk membancuh susu Aileen. Namun, belum sempat Laila bersuara, Ammar sudah berlalu meninggalkan Laila terpinga-pinga. Laila mengeluh sedih. Hatinya terasa dengan sikap Ammar.

Tiba-tiba Kak Wani masuk ke dapur dan menegur Laila.

"Laila kenapa? Akak tengok monyok je dua tiga hari ni? Ada apa-apa masalah ke? Mana tahu Akak boleh tolong?" ujar Kak Wani. Kak Wani melabuhkan punggungnya di kerusi meja bar di dapur itu. Laila tersenyum hambar.

"Tak ada apalah." balas Laila.

"Kalau tak ada apa kenapa senyum pun macam terpaksa saja? Cuba beritahu akak, apa sebenarnya yang berlaku ni? Akak tengok Ammar pun lain saja sekarang ni. Jarang balik makan tengah hari di rumah. Malam-malam baru balik. Korang gaduh eh?" tebak Kak Wani.

"Erm...err...Akak...sebenarnya, Laila ada benda nak bagitahu Akak ni. Tapi Akak jangan marah ya? Sebelum tu, saya nak minta maaf dulu kat Akak." Laila bersuara teragak-agak.

"Perkara apa? Pasal family Laila? Pasal Laila ni anak Tengku Latiff?" Kak Wani mengangkat kening. Terkejut Laila. Bagaimana Kak Wani boleh tahu tentang dirinya? kata hati Laila.

"Macam mana Akak boleh tahu?" soal Laila terkejut. Kak Wani tersengih.

"Alaa...takkan Laila tak ingat. Laila pernah hilangkan lesen memandu sebelum ni kan? Lepas tu Akak yang jumpa kat halaman rumah tu. Akak tengok nama penuh Laila kat situ. Lagipun, Datin pun ada cerita pasal Laila juga kat Akak lepas dua tiga hari dinner dengan Tengku Latiff malam tu. Hehehe..." jelas Kak Wani.

Patutlah Datuk Amri dan Datin Sharmila selamba sahaja. Rupanya sudah tahu. Macam mana mereka tahu pula ya? Laila tertanya-tanya sendiri.

"Ohh...err...Akak tak marah saya?" tanya Laila risau. Kak Wani menggeleng. Laila tersenyum lalu memeluk Kak Wani.

**********

Laila menekapkan telefon bimbit ke telinganya. Salam dari corong telefon dijawabnya lemah.

"Macam mana dengan keluarga Ammar, Kak?" Laily bertanya tidak sabar.

"Macam biasa saja. Tapi, Ammar..." Laila tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Rasa mahu menangis pun ada.

"Dia marah kau lagi?" Laily menebak. Laila hanya berdiam diri.

"Kak...aku rasa kau ni dah suka kat Ammar lah? Kan..?" Merah muka Laila dikatakan begitu. Laily tergelak di hujung talian.

"Eh, mana ada!" pantas sahaja Laila menjawab. Tak mungkin dia sukakan Ammar. Ammar tu anak bosnya. Lagipun, mungkin Ammar sudah ada buah hatinya sendiri. Fikir Laila sedih. Eh, yang aku nak sedih ni kenapa? soal Laila dalam hati.

"Elehh...iyalah tu. Dah kau dengan Ammar gaduh macam ada apa-apa saja. Kalau tak ada apa-apa, Ammar takkan marah macam tu sekali. Dan kau pun takkan sedih macam ni, kan..." usik Laily.

"Alaa...kalau dah suka tu janganlah pendam. Melepas nanti woo. Menyesal tak sudahlah engkau..." usik Laily lagi apabila Laila hanya berdiam diri.

"Tak...mana boleh aku suka dia. Aku tak layaklah nak sukakan dia. Aku ni maid dia saja. Lagipun, dia tu dah ada girlfriend lah." ujar Laila dengan nada perlahan.

"So, maknanya kau memang ada hati kat dialah kan? Hehehe...aku tahu. Kau mana boleh tipu aku, Kak. Ni kembar kaulah!" kata Laily beria. Suaranya ceria sahaja.

"Eh, kau ni kan...tak habis-habis nak mengusik orang. Sudahlahh! Aku ni tengah sedih tau. Kerja baru pun tak dapat lagi ni. Kena bertahan kerja kat sini dulu." marah Laila. Laily hanya mengekek di hujung talian.

"Ahh, susah apa...kerja dengan Ayah la. Ayah pun ada tanya pasal kau dah semalam tau. Tu bermakna, Ayah tu masih pedulikan kau. Dah, dahlah merajuk. Mai balik ni. Adik kesayangan kau tunggu ni." Laily bersuara.

"Erm...nantilah!" Laila memutuskan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience