Bab 4

Romance Completed 13016

"Wani...malam ni ada dinner special sikit. Masak sedap-sedap ya! Business partner Datuk akan dinner kat sini malam ni." Datin Sharmila memberitahu Kak Wani. Kak Wani mengangguk. Laila hanya mendengar sahaja.

Datin Sharmila terus keluar dari dapur untuk mendapatkan Aileen yang sedang tidur di tengah-tengah ruang tamu. Aileen kepenatan kerana seronok bermain dengan Laila sejak pagi tadi lagi. Datin Sharmila mendukung Aileen masuk ke biliknya.

"Akak...selalu ke Datuk buat dinner kat rumah dia?" Laila bertanya ingin tahu.

"Tak adalah selalu. Tapi bila Datuk dapat projek baru atau besar dia buatlah dinner atau lunch. Biasanya dinnerlah." jelas Kak Wani.

"Ohh..." Laila mengangguk tanda mengerti.

Kak Wani mengeluarkan semua bahan-bahan memasak dari dalam peti ais. Laila turut membantu apa yang patut.

**********

"Dah siap hidang ke Wani?" tanya Datin Sharmila seraya turun dari biliknya di tingkat dua.

"Haahh. Dah siap Datin." jawab Kak Wani dari dapur. Kedengaran sayup sahaja suaranya dari ruangan makan di tengah-tengah antara dapur dan ruang tamu. Kak Wani dan Laila terus menapak ke ruangan makan.

"Tetamu dah sampai ke, Datin?" Laila bertanya. Kepalanya terjenguk-jenguk ke arah pintu utama berdekatan ruang tamu.

"Belum lagi...on the way. Kejap lagi sampailah tu. Mereka tinggal dekat Bukit Damansara tu saja. Tak jauh pun dari sini." Datin Sharmila menjawab. Matanya melilau melihat lauk-lauk yang dimasak oleh Kak Wani dan Laila. Sedapnya! Laparlah pula perut ni. Bisik hati Datin Sharmila.

"Eh, dah sampailah kot tu." Datin Sharmila bergegas ke ruang tamu apabila terdengar suara Datuk Amri dan Ammar mempersilakan tetamu.

Laila dan Kak Wani terus berlalu ke dapur untuk memberi ruang kepada keluarga Datuk Amri melayan tetamu istimewa mereka. Kedengaran meriah sahaja suara mereka dari dapur. Berkerut-kerut dahi Laila apabila dia terasa seperti biasa mendengar suara meriah dari tetamu tuannya itu. Ah, biarlah!

Laila dan Kak Wani memegang telefon pintar masing-masing. Apa lagi... Melayari laman sosial la tu. Dunia sekarang penuh dengan teknologi canggih. Kalau tak, ketinggalanlah mereka.

"Wani, Laila...hidangkan desert kat ruang tamu ya! Tetamu dah siap makan." arah Datin Sharmila dan terus berlalu ke ruang tamu.

Kek coklat dan kek keju dipotong. Buah-buahan juga turut dipotong dan diletakkan di dalam pinggan. Elok sahaja tersusun. Macam kat hotel pula rasanya. Laila dan Kak Wani terus membawa hidangan tersebut ke ruang tamu.

Laila dan Kak Wani meletakkan hidangan tersebut di atas meja dan bangun ingin berlalu ke dapur. Terdiam semua yang ada di ruang tamu itu. Laila mengangkat wajahnya apabila terasa pelik dengan suasana itu. Kak Wani sudah ke dapur. Terbuntang biji mata Laila melihat tetamu Datuk Amri itu. Hampir terjatuh rahangnya ternganga kerana terkejut. Begitu juga tetamu itu. Mata mereka saling berpandangan. Laila menelan liur yang terasa kesat.

"Err...Tengku. Kenalkan, ini Laila. Pembantu rumah saya yang baru. Dah sebulan lebih kat sini." terang Datuk Amri apabila melihat pandangan Tengku Latiff yang terpaku ke arah Laila. Begitu juga Tengku Juriah dan Luqman.

Tengku Latiff tersentak. Dia berdeham sedikit.

"Oh, ya...maafkan saya, Datuk. Laila ni macam anak saya. Nama pun sama." Tengku Latiff bersuara memerli Laila sebenarnya. Laila hanya menunduk.

"Er...Datuk, Datin...saya masuk dulu ya. Nak kemas meja makan. Ada apa-apa nanti panggil saya." Laila berlalu setelah Datuk Amri dan Datin Sharmila mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience