BAB 5

Romance Completed 6070

Setelah beberapa bulan berkawan, Rania akui,dia mula menyukai Megat.
Tetapi,dendamnya tidak akan berjalan dengan lancar jika dia menyukai Megat.

Hari ini merupakan hari ahad. Rania hanya duduk didalam bilik sehingga
teringatkan masa lalunya ketika di luar negara.

" Tiara, aku akan buat dia menyesal,Tiara, suatu hari nanti. Gambar yang
kau bagi ini dah cukup. Aku akan pastikan dia rasa apa yang kau rasa. "
Kata Rania kepada Tiara.

" Rania, tak payahlah buat semua benda ni. Kau bakar gambar itu . Jangan
simpan lagi. Apa yang pasti,aku nak mulakan hidup baru !! " Balas Tiara
dengan semangat yang baru.

Semangat dan azam yang baru tidak kesampaian kerana Tiara telah
kemalangan. Sebelum dia menutup mata dia sempat membawa perubahan kepada
Rania. Hal ini membuatkan Rania ingin meneruskan misinya walaupun telah
dihalang oleh Tiara sebelum ini.

Selepas kematian Tiara, Rania pula terus mencari gambar yang diberi
Tiara dulu. Saat dia melihat gambar itu, hatinya sakit mengenangkan apa
yang berlaku kepada saudara angkatnya,Tiara.

" Mak, izinkan saya pergi ke Malaysia. Sudah lama saya duduk didalam
rumah,menghabiskan masa dengan mengait." Pujuk Rania. Rania pernah
kemalangan dahulu, disebabkan kecederaan yang dialami,dia berhenti
belajar di kolej.

" Mak risaukan kamu. Kamu sudah 2 tahun tak mengenal dunia ini. Mak cuma
risaukan kamu,nak." Jawab Cik Mariah separuh merayu. Selepas kemalangan
yang dialami Rania ketika dahulu,dia mula berpindah di Korea.

" Mak, izinkan saya. Saya cuma sambung belajar saja. Tolonglah mak."
Rayu Rania lagi. "Baiklah mak izinkan. Belajar dengan baik. Nah,ini
alamat rumah mak Tiara, mak cik Imah." Balas Mariah sambil menghulurkan
alamat rumah kakaknya, Maryam.

"Wooiii!! Ingat siapa tu ?! " Kejut Azura. Lamunan masa lalu melayang
akibat jeritan Azura. "Kau masuk memang tak reti nak bagi salam ke?
Sekurang-kurangnya ketuklah pintu, dodol.." Kata Rania dengan geram.

"Aku dah ketuk pintu bilik kau ni dah banyak kali lah. Kau saja
sengal,teremenung pasal apa ntah. Apapun,sekarang turun makan. Aku masak
gulai ketam. Resepi mak aku tau. Harap sedaplah aku masak." Jawab Azura
lalu mempelawa Rania untuk makan tengah hari.

" Gulai ketam !! Ya Allah,lamanya tak makan. Memang I love you lah kat
engkau." Balas Rania dengan nada bergurau. Memang dia rindukan masakan
mak cik Imah. Dia mula memanggil mak cik Imah dengan panggilan mak
ngah.Dia hanya tinggal bersama mak ngahnya selama dua bulan.

" Jom, turun cepat. " Ajak Rania lalu berlalu dahulu. " Aku tahu apa
yang kau fikirkan Rania. Kau nak mainkan dia,tapi suatu hari nanti kau
takkan bahagia,tapi mungkin bukan sebab serba salah,tapi, cinta. " Hati
Azura berbisik lalu menuruni tangga.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

" Hai, Rania kan? " Tanya seorang pelajar lelaki. " Yup. Saya Rania.
Kenapa? " Jawab Rania walaupun dia agak pelik dengan kehadiran lelaki itu.

" Takkan tak kenal suara saya? Kita pernah bersama sebagai kawan.
Mungkin awak akan ingat kalau saya cakap kita pernah berjumpa dulu di
Korea." Balas lelaki itu dengan meninggalkan tanda tanya kepada Rania.

" Zafran ?? Awaklah yang saya jumpa kan??" Tanya Rania yang mula
mengingati suara itu. " Betul !! " Jawab Zafran. " Awak,maaflah.Awak pon
tau masa kita jumpa keadaan saya macammana. Saya .... " Balas Rania
tetapi tidak sempat untuk berkata lebih lanjut apabila Zafran mula
menghalangnya.

" Tak apa. Walau apapun,saya selalu ada dengan awak." Balas Zafran
dengan lembut. "Saya pergi dulu. Ini nombor saya. " Sambung Zafran lalu
pergi.

Rania duduk semula di bangku yang disediakan pihak kolej betul-betul di
bawah pohon yang rimbun.. Dia merehatkan minda sambil menunggu
kedatangan Megat. Tanpa disedari, Megat sudah lama tiba . Megat hanya
memerhati Rania dari jauh bersama seorang lelaki.

" Macam dah lama kenal saja. Dia milik akulah. Tinggal beberapa semester
saja nak abis. Lepas ini aku kerja dekat syarikat papa aku,aku terus
masuk meminang dia lah. Jangan harap kau boleh. Tengok pandangan kau tu
pun aku tau lah. " Megat bermonolog sambil menujukan kata-katanya itu
kepada Zafran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience