BAB 15

Romance Completed 6070

Selepas kematian Azira, Azura mula merasai kesunyian. Azura mula
mencari rancangan supaya Megat mendapat balasan yang setimpal. Dia mula
memerhati gerak geri Megat dan tidak lupa, Tiara. Sehinggalah Megat
berjumpa dengan Tiara dan memutuskan hubungan. Ketika Tiara pergi dalam
keadaan marah, dia dapat melihat Megat cuba mengawal dirinya dari
mengejar Tiara. Semenjak kejadian itu dia mengupah seseorang
memerhatikan Tiara di Korea. Hal wang?? Azura tidak kisah kerana
dilahirkan dalam kalangan yang berada.

" Aku nak kau ikut perempuan ni dan bersiap sedia untuk tindakan
yang akan aku beri selanjutnya. " Arah Azura kepada lelaki tersebut.
Walhal lelaki tersebut tidak memerlukan wang. Dia sebenarnya obses
terhadap Tiara. Saat yang paling tidak disangka oleh lelaki tersebut
adalah, dia mendapat arahan daripada Azura yang tidak masuk akal.

" Aku nak kau bunuh dia. Tak kira dengan cara apapun. Apa yang
pasti jangan bagi sesiapa mengetahui punca dia mati disebabkan
pembunuhan." Arah Azura.

" Kau gila ?! Aku tak akan buat macamtu. Aku tak nak ambik
risiko. Kau ambiklah duit kau tu. Aku tak ingin. Aku guna cara tu sebab
nak rapat dengan dia. " Kata Rafaal dengan tegas. Sungguh tidak
disangka, lelaki tersebut Rafaal. Rafaal mematikan panggilan telefonnya.
Tetapi,sebelum menamatkan panggilan tersebut, Azura mengugut, Megat akan
dapat dia kau tau tak?! Aku nak Megat derita !! Tak apa kalau kau tak
nak buat, aku sendiri upah orang !!! "

Rafaal berasa tidak sedap hati. Dia segera mencari Tiara untuk
menjelaskan hal sebenar. Pada malam itu, Tiara berasa agak kecewa dengan
Rafaal, tetapi dia memaafkan Rafaal kerana berlaku jujur. Rafaal hanya
dianggap sebagai kawan karibnya selain Rania. Dia tidak menceritakan hal
ini kepada Rania. Dia hanya meluahkan isi hatinya di dalam diarinya
sahaja, Tiara mengambil langkah berjaga-jaga sehingga suatu hari dia
terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan Tiara cedera parah dan
mendermakan kedua matanya kepada Rania kerana dia sudah tiada peluang
untuk hidup. Tiara pernah berpesan kepada Rania agar jangan salahkan
Megat sebelum dia kemalangan. Ketika itu, Rania bersungguh-sungguh untuk
membalas dendam kepada Megat kerana memperlakukan Tiara seperti anak patung.

Kemalangan ?? Itu semua hanya direka oleh Azura. Dia sanggup
mengupah orang agar melanggar Tiara dan orang yang diupah itu sungguh
gila kerana sanggup membahayakan diri demi wang. Ketika Megat mula
menyedari bahawa dia menyukai Tiara, dia ingin pergi ke Korea, tetapi
sayang semuanya terlambat.

Megat berubah sikap dengan tidak memainkan hati mana-mana
perempuan. Sehingga Rania tiba, Rania mula mengenali Azura dan tinggal
bersama. Siapa sangka terlalu mengekori gerak geri Megat membuatkan dia
jatuh cinta. Sungguh mainan hati sengaja muncul antara suka dan dendam.
Mengetahui Rania mula menyukai Megat dan pada pandangannya Megat juga
begitu, hati Azura semakin sakit. Hatinya bertambah sakit bahawa mata
yang dimiliki Rania milik Tiara." Mungkin disebabkan itu dia suka pada
Rania juga" fikir Azura ketika berada di dalam biliknya.

Semakin hari dia dapat melihat kemesraan trhadap mereka berdua."
Mungkin inikah perasaan sakit hati bila orang yang disukai bermesraan
dengan orang lain. Sekarang aku faham apa yang kau lalui, adik." Hati
Azura berbisik. Dia mula merancang pelbagai cara dan menelefon Rafaal.

" Aku tau kau masih serba salah pada Tiara lagi kan? Aku tau
macam mana nak tebus rasa tu. Kau layan Rania dengan baik sebab Rania
sekarang dah boleh melihat dan mata yang dia dapat tu dari pujaan hati
kau, Tiara." Azura memberi cadangan lalu menamatkan perbualan. Dia tahu
Rafaal berasa serba salah kerana tidak dapat melindungi Tiara dari
kemalanga yang dirancang itu. Dia lambat memberitahu Tiara tentang
rancangan yang baru diberitahu sebelum kemalangan itu berlaku.

" Rania. Aku akan cuba lindungi dia sama seperti Aku melindungi
Tiara walaupun tidak berkesempatan. Rasa yang ada dalam diri dia hanya
serba salah. Mungkin perasaan itu berubah?? Sungguh dia tidak
mengetahui. Semuanya perancangan Allah. Dia mula mengambil keputusan
untuk ke Malaysia supaya dapat mendekati Rania. Sungguh tidak disangka
hubungannya menjadi rapat apabila Rania mula meluahkan perasaan sedihnya
ketika ingin berpisah dari Megat. Rania mempercayainya kerana dia kawan
karib kepada Tiara.

************** (flashback tamat)

Beberapa hari berlalu, Rania masih mencari apakah kaitannya
Azura dengan Tiara. Tiba-tiba ideanya muncul. " Rafaal !! Mesti dia
boleh tolong " Jerit Riana. Jika dapat dilihat, mesti dia umpama orang
gila yang bercakap sendirian dengan bantal peluk bantal golek. Dia
segera mencapai telefon untuk menghubungi Rafaal.

" Assalammualaikum. Maaflah kalau mengganggu. Erm.. Awak boleh
tolong saya tak?? Siasat seseorang ni. Awakkan ada orang suruhan " Tanya
Rania.

" Tolong apa?? Nanti saya cuba mana yang saya mampu.Cakap je
lah, nak siasat pasal siapa." Balas Rafaal.

" AZURA"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience