Beberapa bulan kemudian...
Azura makin tidak senang duduk. Dia memikirkan rancangan
seterusnya. Asyik berlegar-legar, hujung jari kakinya tersepak kaki meja
di ruang tamu rumah tersebut. Azura pantas memegang jari kakinya yang sakit.
" Bodoh !! Sakit kaki aku ni. Tak guna punya meja." Bebel Azura.
Tangannya masih menggosok jari kakinya. Dia segera mencapai telefon
bimbitnya.
" Bard, aku nak kau culik perempuan yang aku selalu suruh kau ikut
tu. Kau jangan buat apa-apa pada dia sebab aku yang akan buatkan dia
terseksa. Jumpa tempat biasa nanti." Arah Azura kepada Bard. Dia segera
mencapai kunci pintu untuk bertemu Bard. Ketika dia membuka pintu muncul
wajah Megat.
*************
" Bard, aku nak kau culik perempuan yang aku selalu suruh kau ikut
tu. Kau jangan buat apa-apa pada dia sebab aku yang akan buatkan dia
terseksa. Jumpa tempat biasa nanti." Arah Azura kepada Bard.
Megat sungguh terkejut apabila terdengar ayat yang terpacul oleh
Azura. Dia datang ke rumah Azura untuk berbincang dan memohon maaf atas
sikapnya dahulu. Azura kini didepan matanya. Riak muka Azura yang
terkejut tidak diendahkan. Megat dengan selamba masuk kedalam rumah
tersebut.
" Jom, keluar pergi makan. " Tanya Megat. Matanya masih meliar-liar
melihat keadaan rumah Azura.
" Buang tebiat ke ?? Tak payah nak guna cara lamalah. Nak korek
rahsia orang dengan cara macam ini?! " Tanya Azura dengan nada sindiran.
Senyuman sinis terbit pada bibirnya.
" Ok. Senang cerita, kau bawa aku pergi mana-mana sebab ada hal aku
nak bincang. Semua ini tentang Azira,adik kau dan Rania. " Ucap Megat
dengan nada berhati-hati.
" Kau nak kita bincang? Baiklah. Aku tak kisah. Cuma kita berdua."
Balas Azura. Dia segera masuk kedalam kenderaan setelah keluar dan
mengunci pintu rumahnya. Megat mengekori keretanya dari belakang.
" Hello, Rafaal standby sekarang." Arah Megat kepada Rafaal. "
Wei,kejap !! Adik kau dengan aku. Nak bawa dia ke? Nama saja doktor tapi
perangai. Herghh !! " Balas Rafaal sambil menyindir adik Megat. Mereka
sudah mulai rapat selama sebulan. Dia cuba melupakan tunangan orang,
iaitu Rania yang kini telah mengikat tali pertunangannya dengan Megat.
" Ishh.. Kau dah terbawa, jadi biarlah ikut. Buang masa kalau patah
balik hantar dia." Balas Megat lalu mematikan panggilan. Malas
meneruskan percakapan jika sentiasa berbalah.
" Aikk !! Tak habis cakap lagi. Samdol !!" Bicara Rafaal dengan
nada perlahan. Tiba telefon bimbit Rafaal bergetar tanda mesej pesanan
masuk.
" Jangan lupa bagitau Zafran." Rafaal membaca mesej pesanan
tersebut. Dia mengeluh lalu mendail nombor Zafran. " Zaf, nanti Megat
akan lalu pekan yang kauorang selalu plergi,jadi ikut diaorang." Pesan
Rafaal kepada Zafran. Lalu mematikan panggilan telefon.
Damia hanya memerhatikan Rafaal dan mengambil langkah berdiam diri
kerana terlihat wajah Rafaal yang serius, lagi-lagi perkara melibatkan
Rania,bakal kakak iparnya sendiri.
" Asyik- asyik Rania " Bisik hati kecil Damia. Dia hanya melihat
pandangan keluar sahaja.
*************
Rania menuju ke tempat letak kenderaan sambil membetulkan sedikit
anak rambut yang hampir terkeluar dari anak tudung. Tiba-tiba seseorang
menyentuh bahunya membuatkan badannya terpusing dengan drastik akibt
terkejut. Matanya terbeliak ketika melihat orang yang menyentuhnya.
" Abang Bard ?!! " Tanya Rania.
" Rania, kita jumpa sekali lagi. Kau dah ingat ??"
Share this novel