Rania dan Megat berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Setelah membeli
buku,mereka pergi ke medan selera untuk mengisi perut yang masih kosong.
" Kita nak duduk dekat mana ni? Duduk meja sana boleh?" Soal Megat.
"Boleh juga. Dekatlah juga dengan tempat jenis makanan yang saya nak."
Kata Rania sambil berjalan ke arah meja tersebut.
Setelah duduk, Rania bertanya kepada Megat. "Awak orderlah dulu. Takut
nanti meja ni kena ambil karang." "Ok. Awak tunggu sini. " Balas Megat.
Megat tiba bersama makanan dan dua cawan minuman. " Awak pergilah beli
cepat. " Arah Megat lalu membaca doa makan dan menyuap makanan ke dalam
mulutnya. " Ok cun !! Saya dah lapar sangat ni." Kata Rania dengan
bersemangat sambil menhikat rambutnya yang mula terurai. Megat hanya
menggeleng melihat telatahnya.
Chicken chop, makanan yang dipesan oleh Megat habis dimakan. Megat
menunggu Rania yang masih belum menghabiskan sizzling yee mee. Makanan
itu mengigatkan dia kepada Tiara.
" Mata dia ... seperti Tiara. Yup !! Aku dah ingat dah. Tapi betul ke??
Aku akan dekat dengan dia ini sampai aku tahu dia siapa. Tapi muka
memang berbezalah. Hendak kata pembedahan plastik, bukan. Muka dia ada
kecantikan semulajadi." Megat berbisik didalam hati.
Tanpa Megat sedari Rania mula memandang pelik Megat kerana Megat
tiba-tiba termenung. "Oitt !! Menungkan apa tu? Taulah ingat *kekasih
lama*." Kejut Rania.
" Diamlah. Sibuk saja. Sekarang dah masuk waktu maghrib kan. Taku jalan
jammed nanti tak sempat nak solat. Jomlah." Ajak Megat. " Jom. Baik
juga awak ni. Dengar cerita awak ni playboy."
Balas Rania sambil bertanyakan soal dahulu. " Itu dululah. Cepatlah !! "
Balas Megat.
" Solat ?? Ikhlas ke engkau solat. Tapi,perlu ke aku nak mempertikaikan
perbuatan dia sedangkan solat itu wajib. Malah, aku rasa aku lebih teruk
dari dia kerana masih tidak menyempurnakan yang wajib iaitu menutup
aurat." Keluh Rania.
Melihat Megat masuk ke dalam surau,dia pun berlalu ke surau bagi
menunaikan Solat Maghrib. Hatinya berbelah bagi sama ada mahu meneruskan
misinya ataupun tidak. Yang ada dalam fikirannya sekarang adalah cuba
untuk berkawan dengan ikhlas.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Pada pukul 8.40 malam, mereka pun tiba di rumah sewa milik Rania.
" Terima kasih dan saya harap kita boleh jadi kawan ?? Soal Rania. "
Boleh. Tapi ada syaratnya. Kalau saya cakap guna bahasa aku,kau je bolah
tak? Saya tak selesalah. Melainkan awak ni gf saya."Jawab Megat.
" Hek eleh. tu je pon .Ok je,tapi kalau kadang aku bersaya,awak, tak apa
kan? Bolehlah. " Rayu Rania. " Ok. no hal. Kita jumpa esok. Bye. "
Kata Megat. "Bye." Balas Rania sambil lalu membuka pagar rumahnya.
" Lama berbual dengan Megat. Inikan dah malam. Lepas itu,lelaki pula
yang hantar engkau. Janganlah macam ini. Takut jiran kata apa nanti."
Tegur Azura sambil memberi nasihat kepada kawan baiknya.
" Maaflah. Tadi pergi kedai buku .Masa balik itu jalan sesak . Maklumlah
semua balik kerja. Nasib baik sudah Solat Maghrib dekat surau dalam
pusat beli-belah itu. " Balas Rania. " Rania,janganlah terasa. Aku cuma
bagi nasihat saja. Sudahlah,kalau kau nak makan,aku ada masak nasi
dengan ayam masak merah."Kata Azura.
" Aku nak bersihkan diri dulu . Lepas aku mandi,solat, aku turun makan.
"Jawab Rania lalu menaiki tangga pergi ke biliknya.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
" Megat, pergi mana ini, malam baru nak balik?" Soal Puan Zaria. " Saya
baru balik dari rumah sewa. Lepas itu,saya duduk berbual dengan Azmir.
Sekali tak sedar dh pukul 10.30 malam. Tapi, mama jangan risau, Megat
tak macam dulu lagi. Lagipun ini baru pukul 11 malam. Jangan risaulah.
Apapun, saya dah solat,mandi dekat umah sewa saya itu." Jelas Megat
kepada ibunya.
Dia sudah tidak tinggal dirumah sewanya semenjak neneknya tinggal
dirumah ini kerana serangan jantung. Sebelum ini,nenek tinggal di rumah
mak ngahnya. Tetapi mak ngahnya ada urusan kerja di Beijing. Nenek pun
tinggal bersama Encik Rashid dan Puan Zaria. Nenek pula sudah pulng ke
rumah mak ngahnya semalam setelah mak ngahnya selamat sampai di Malaysia.
" Hello Damia, macammana belajar dekat sana ?? Tak rindu dekat abang ke
?? Jangan balik nanti bawa suami orang india sudah." Usik Megat bersama
pelbagai soalan ketika menelefon adiknya yang telah berada di India
untuk menjadi seorang doktor.
" Hello abang !! Ok saja . Adik mestilah rindukan abang. Abanglah
satu-satunya abang adik tau. Abang ni memang nak kena tumbuk dengan adik
ke? " Jawab Damia dengan gaya manja. " Abang,adik nak cerita ni. Adik
ada kawan baru. Nama dia Tiara." Sambung Damia.
" Adik, erm, Tiara itu berapa umur dia? Soal Megat. " Sebaya dengan
adiklah. Kenapa?? " Jawab Damia walaupun pelik dengan pertanyaan
tersebut. " Tak ada apalah. Apapun,selamat malam. Abang nak tidur.
Assalammualaikum." Balas Megat lalu menutup panggilan setelah Damia
menjawab soalannya.
" Tiara ... Tapi,dia dah meninggal. Lagipun umur Tiara sebaya dengan aku
24 tahun. Memang bukan dialah. Mengarut." Megat bermonolog didalam
biliknya.
Share this novel