Habis waktu pejabat, Rania terus meluru keluar dan turun menggunakan
tangga bagi mengelakkan dirinya dari Megat.
" Rania!! " Jerit Megat ketika terlihat Rania sedang membuka pintu di
tangga kecemasan tersebut. " Aku dah agak dah. Dia ni..." Hati Megat
berbicara. Dia terus mengejar Rania. Pekerja lain berasa pelik dengan
aksi mereka yang 'romantik' itu.
" Adoiiyai, matilah aku. Nasib baiklah kasut aku ni tak tinggi mana."
Bebel Rania sendiri.
Ketika Rania berlari, tiba di anak tangga terakhir di tingkat dua,
tangan Rania dicapai oleh seseorang ketika itu. Dia terus menarik Rania
keluar dan bersembunyi di tingkat dua dan terus turun menggunakan lif.
Mereka berlari memasuki kereta.
" Shh!! Diam. Ini sayalah." Kata lelaki itu. Rania melihat muka lelaki
itu terpanar. Itu adalah Zafran !!
" Zafran,lama tak jumpa. Fuh,nasib baik kau tolong. By the way, kau
buat apa dekat sini? Tanya Rania yang masih tidak cukup nafas ketika
berlari tadi.
" Ishh,kau nak aku ketuk kepala kau, atau kau nak aku tumbuk muka kau.
Kan aku pernah cakap aku akan selalu dengan kau. Faham? Lagipun aku
jumpa tunang aku kejap. Dia overtime kerja harini. Itu aku hantar
makanan." Jawab Zafran dan siap memberi penerangan lagi.
" owh, eh? Erm.. Aku rasa keadaan dah selamat. Aku nak pergi ambik
kereta,nak balik. Thanks tau. Kaulah hero aku. Aku pergi dulu." Pamit
Rania setelah melihat keadaan selamat.
" Ok. Hati-hati tau. Lama-lama dalam kereta ni jealous pulaklah tunang
aku.. Haha.." Balas Zafran yang sempat melawak.
**************
Rania segera mencapai kunci kereta dan terus memasuki kereta setelah
menekan punat kunci kereta Myvi nya.
Ketika hendak menghidupkan enjin keretanya tiba-tiba Megat masuk ke
dalam keretanya.
" Woi!! Kau ni dah gila ke?! Keluar!! " Marah Rania yang sakit hati
dengan perlakuan Megat. Hilang terus rasa hormatnya kepada Megat.
Lantaklah jika dia dibuang kerja sekalipun. Asalkan hidupnya bahagia.
" Rilek ar. Lagipun siapa suruh awak lari. Now, cepat bagi jawapan."
Desak Megat.
" Hei, Megat. Aku tak nak dengan kau. Faham? " Balas Rania.
" Aduh,sakitnya hati ini. Bertahun lamanya memendam rasa. Fine,
maksudnya nanti awak kena date dengan saya. Ok, deal !! " Megat
menjawab dengan nada sindiran dan terus keluar dari kereta Rania.
" Boleh gila,aku. Uwarghh!! " Jerit Rania sambil menghentak tangannya ke
stering kereta.
*************
" Macamnilah pak cik. Saya dan anak pak cik dah lama sangat dalam
perhubungan ini. Jadi,saya fikir nak memperisterikan dia. Sebab inilah
saya jumpa pak cik nak minta restu." Jelas Rafaal.
Rafaal berjumpa dengan ayah Rania iaitu Encik Azam di kafe berdekatan
rumahnya ayah Rania.
" Pak cik tak kisah. Tapi,tuan badannya kenalah setuju juga. Keluarga
kamu pun pak cik dah jumpa. Bila dia setuju,pak cik pun bersetuju."
Jawab Encik Azam. Dia amat berbangga dengan Rafaal kerana berani
berjumpa dengannya tanpa Rania.
" Sebab itulah saya minta restu. In shaa Allah, saya akan melamar dia
esok malam. Saya hanya mampu berdoa dia bersedia menjadi isteri saya."
Jelas Rafaal dengan ikhlas.
**************
Rania sibuk membuat kerjanya di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba dia
mendapat panggilan.
" Assalammualaikum, Rania. Saya mengganggu ke?" Rafaal memulakan
perbualan dengan ucapan salam.
" Waalaikumussalam. Awak, saya sibuk sikit saja. Tak ada apalah. Awak!!
Saya nak ingatkan awak, jangan lupa tau malam ni." Pesan Rania.
" Mestilah saya ingat. Lagipun malam ni saya nak jadikan malam
teristimewa buat awak dan saya." Balas Rafaal. Dia tidak sabar untuk
melamar Rania malam ini.
" Aikk?? Ohhhkkk.. Saya tunggu malam ni. Jemput saya dekat bus stop
dekat dengan kawasan rumah saya ni tau. Pukul 9.00 malam saya tunggu.
" Ok !! Saya ada hal kejap. Urgent! Bye." Rafaal mengakhiri
perbualan tersebut.
Share this novel