BAB 2

Romance Completed 6070

Azmir dan Megat duduk di kafe sambil menikmati makanan tengah hari. Tiba
Azmir ternampak Rania datang ke arah meja yang berdekatan bersama
rakannya. Azmir lalu memberi cadangan kepada Megat.

**" Wei, perempuan itu, kau tak nak try dia ke?." Tanya Azmir sambil
menunjuk ke arah Rania. " Kau rasa,perlu ke? " Balas Megat dengan nada
malas.

Terbantut seleranya setelah mendengar pertanyaan Azmir. "Macam kau tak
tau saja yang aku ini dah malas nak mainkan perempuan,terutama
melibatkan hati." Kata Megat.

" Ok. Aku cuma saja bagi cadangan itu. Aku tahu kau sebenarnya serba
salah dengan Tiara kan? Lagi-lagi lepas kematian Tiara itu. Benda itu
dah jadi hampir setahun lebih dah. Dia pun dah maafkan kau." Balas Azmir.

Dia tahu bahawa rakannya itu sukakan Tiara. Cuma ego yang ada kerana
takut digelar lelaki pengecut yang kalah. Selepas beberapa hari mereka
putus Megat mengambil keputusan untuk kembali semula kepada Tiara,tetapi
Tiara telah pergi ke luar negara tinggal bersama keluarga pak ciknya.
Beberapa bulan kemudian terdengar khabar bahawa dia telah meninggal dunia.

" Sudahlah. Tak payah ungkit benda ini lagi. Aku nak lupakan semua benda
dan sebab itulah aku nak berhenti mainkan perasaan perempuan. Lepas ini
kita pergi perpustakaan. Ada buku nak cari. Cepatlah makan." Kata Megat
sambil terpandang sepasang mata Rania.

" Kenapa?? Kau sudah mengingatkan aku dengan dia ?” Tanya Megat didalam
hati. Mata mereka bertembung seketika. Megat terus berlalu pergi dengan
segara meninggalkan Azmir

" Kenapa kau tak berani pandang aku. Sudah jadi baik ke? Bukan selalu
budak baru memang jadi target kau saja? Aku tunggu permainan kau Megat
. " Bisik hati Rania dengan sinis sambil memandang Megat yang berlalu
pergi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience