BAB 19

Romance Completed 6070

" Abang Bard? Kenapa ni?? Soal Rania dengan bodoh. " Rania ikut
abang. Abang nak cerita sesuatu. Tolong percayakan abang." Ucap Bard
dengan bersungguh-sungguh. Rania hanya mampu mengangguk dan pastinya
mesti soal Azura. Bard merupakan orang suruhan Zafran. Zafran
menyuruhnya untuk mendekatkan diri dengan Azura bagi melindungi Rania.
Rania mengekori Bard kedalam kereta terus menuju ke tempat yang dituju.

***************

Damia hanya melihat ke luar tingkap. Dia tahu Rafaal masih
mengingati Rania. Damia menerima Rafaal sebenarnya atas dasar membantu
dia. Pertunangan yang mengikat pertalian ini telah membuatkan Damia
menyukai Rafaal dengan ikhlas.

" Damia, tiba-tiba awak senyap kenapa? " Soal Rafaal yang
kehairanan. Selepas dia menelefon Zafran, automatik Damia menjadi pendiam.

" Mana ada apa-apa. Teringat patient dekat hospital. Dahlah
kacak. " Jawab Damia dengan memberi alasan yang tanpa dia sedari boleh
mengecewakan hati Rafaal. Rafaal hanya mengambil langkah berdiam diri.
Terlintas sesuatu di benak fikirannya.

" Oh ya, saya lupa. Jangan lupa telefon doktor yang nak bantu
kita semalam tu." Arah Rafaal. Damia terus mengeluarkan telefon
bimbitnya lalu membuat panggilan.

***************

" Apa ?! Sakit? " Soal Rania yang cuba mengawal suaranya. "
Betul, dia sakit. Abang siasat pasal dia. Semasa Rania tinggal satu
rumah, takkan tak perasan ubat penenang Azura?" Jawab Bard lalu
mengutarakan soalan pula kepada Rania. Rania terdiam. Memang dia tidak
mengetahui tentang itu.

" Tak apalah. Nanti bila dah sampai tolong pura-pura dalam
ketakutan. Jangan risau sebab Zafran dan Rafaal dalam perjalanan. Zafran
kata Megat cuba berbincang dengan Azura. Apa yang penting kita kena
masukkan dia dalam wad mental untuk pulihkan dia." Ucap Bard dengan
panjang lebar. Dia menghirup air yang didalam cawannya. Dia masih
menunggu panggilan daripada Megat dan akan meneruskan perjalanan ke
tempat yang dijanjikan oleh dia dan Azura.

************

Megat dan Azura tiba di sebuah restoran. Mereka mengambil tempat
di sudut restoran itu. Mereka hanya memesan air kepada pelayan restoran
tersebut.

" Azura, hal ini saya kena cakap juga." Ucap Megat sebagai
pembuka bicara. Nada suaranya cukup lembut kerana ingin menasihati Azura.

" Cakaplah. Aku ada hal lepas ini." Balas Azura. " Azura,
tolonglah, saya minta sangat. Pergilah berubat sebelum awak jadi lebih
teruk. Teruskan kehidupan. Saya tahu apa yang awak fikir. Cukup salahkan
diri atas kematian Azira. " Nasihat Megat.

" Memang salah aku sebab tak bertindak dari awal tapi kau kena
sedar kalau semua ini berpunca dari kau !! " Balas Azura dan melepaskan
geram dengan menghentak tangannya di atas meja. " Jadi engkau nak
salahkan takdir? " Soalan yang terpacul dari mulut Megat membuatkan
Azura terdiam.

" Azura, tolonglah fikirkan masa depan awak." Nasihat Megat
lagi. Azura mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor Bard, "
Bard, lepaskan dia. Kalau nak bayaran, esok aku bagi." Arah Azura lalu
mematikan panggilan. Megat tidak percaya dengan perkataan yang terlontar
dari mulut Azura.

" Tunaikan permintaan terakhir aku. Bawa aku pergi ke Cameron
Highland. Untuk menenangkan diri. Aku silap selama ini menyalahkan
takdir." Luah Azura. Megat akur dengan permintaan Azura.

************

" Awak, nak pergi mana ni? Soal Damia. " Awak dah cakapkan
dengan doktor yang akan rawat Azura? " Soal Rafaal semula. " Dah" Jawab
Damia ringkas. " Kita balik rumah. Semua dah selesai. Azura nak buat
rawatan. Zafran mesej mengatakan Bard dah lepaskan Rania atas arahan
Azura sendiri. " Terang Rafaal.

" Damia... Kalau balik rumah pun nak buat apa? Jadi, saya nak
bawa awak jalan-jalan. Tebus masa kita yang terbuang tadi." Rafaal
memberi cadangan dengan pantasnya Damia menjawab, "Naklah. "

*********

Megat memandu kereta dengan perlahan kerana melalui jalan yang
berbukit dan licin. Tiba-tiba Azura tergelak sendiri. Megat mula berasa
curiga. Lagi-lagi dengan senyumman sinis yang terpamer pada raut wajah
Azura.

" Azira, akak sanggup korbankan nyawa akak semata-mata nak bawa
Megat ni untuk Azira." Azura bercakap sendirian. Megat dapat menangkap
kata-kata dari mulut Azura. Azura berpaling ke arah Megat.

" Azura, jangan jadi bodoh. Bahaya !! " Jerit Megat apabila
Azura mula memegang stering kereta dan mengawal stering tersebut. "
Azura !!" Jerit Megat sebelum keretanya terbabas di selekoh tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience