Rafaal terkejut dengan pemilik suara itu. Dia cuba tidak
mempedulikan suara itu dan meneruskan langkahnya. " Rafaal, jangan
pura-pura tak tau. Aku nak kau pusing sekarang dan ceritakan
semuanya. Now !! " Kata lelaki tersebut dengan nada tegas.
" Megat... Erm,ok.. Sebelum tu, aku tak nak kau buat apa-apa
kesimpulan. Aku, aku akan terangkan semuanya. " Rayu Rafaal ketika dia
berpaling melihat Megat.
" Ok. Aku nak dengar semuanya. SEMUA. Bukan separuh. Kau ambil
kereta kau,ikut aku. Kita bincang tempat lain." Balas Megat sambil
mengeluarkan jari telunjuk ke arah muka Rafaal.
***************
Dua minggu kemudian...
Rania menunggu seseorang datang di Restoran KFC. Dia menghirup
sedikit air pepsi yang dibeli lalu mengunyah sedikit kentang. Dia pelik
dengan sikap Rafaal yang mula menjauhkan diri dan dia keliru sama ada
Rafaal ingin mengahwini dirinya atau tidak.
" Lama tunggu?? Jauh termenung. " Tegur Zafran. Rania yang masih
memikirkan hubungan tergantung antara dia dan Rafaal tersedar dari
lamunan setelah disapa Zafran.
" Boleh tahanlah. Sebelum tu, aku nak tanya, tunang kau tak
marah ke bila kita selalu keluar macamni? " Jawab Rafaal acuh tak acuh.
" Owh.. Tunang aku?? Dia tak kisah pun. Dalam sampul ini ada
semua maklumat pasal Azura. Dia mempunyai saudara kembar bernama Azira.
Dipercayai, adik dia telah meninggal dunia beberapa tahun dahulu, bunuh
diri. Paling mengejutkan Azura yang merancang kemalangan yang dialami
Tiara." Terang Zafran dengan panjang lebar.
" Pasti ke?? Apa motif dia nak buat macamtu ?" Tanya Rania.
" Senang. Perempuan bila dah obses akan sesuatu benda, dia akan
buat apa cara sekalipun walaupun dengan menghalalkan cara. Jujur aku tak
nak ceritakan benda ni, tapi terpaksa. Aku jumpa Megat dan Rafaal dua
minggu lepas. Rafaal dah ceritakan perkara sebenar. Sebenarnya..." Belum
sempat Zafran menerangkan sepenuhnya, Rania memotong terlebih dahulu.
" Kejap. Apa kena mengena dengan Rafaal tiba-tiba? Jangan kata
dia pun terlibat sama. " Kata Rania dengan nada serius.
" Aku nak kau dengar sekarang. Azura rancang kemalangan itu
apabila dapat tahu Megat akan ke Korea untuk mencari Tiara. Megat dulu
pernah mempermainkan Azira dan dipercayai Azira bunuh diri kerana Megat
mula rapat dengan Tiara. Melihat Megat betul-betul sukakan Tiara dia
nekad rancang kemalangan itu untuk hancurkan hati Megat. Rafaal
ceritakan semua ini. Rafaal pernah terbabit tetapi dia tarik diri
apabila Azura mula bertindak diluar batas. " Terang Zafran dengan
panjang lebar.
" Orang yang aku suka, buat macamni? Megat yang tak ada kaitan
pula aku cuba balas dendam. Dulu aku tak dapat terima Megat disebabkan
dia pernah kecewakan Tiara,tapi Tiara lebih kecewa bila kawan dia
sendiri buat macam ini. Bodohkan aku? " Kata Rania dengan lemah.
" Aku tak tau nak cakap apa. Cuma kau fikirlah apa yang kau rasa
terbaik untuk diri kau." Zafran memberi nasihat.
*************
" Rafaal !! " Tegur Rania dengan kasar apabila dia membuka pintu
pejabat Rafaal,
" Ra..Rania. Saya betul-betul minta maaf. Saya memang tak
berniat nak buat macam itu." Terang Rafaal. Dia sudah tahu bahawa Zafran
telah menceritakan perkara sebenar kepada Rania.
" Aku rasa dah tak perlu untuk kita teruskan hubungan ni. Tak
perlu ada pertunangan mahupun pernikahan. Apa yang awak buat lebih
mengecewakan daripada apa yang Megat buat. Aku maafkan kau tetapi Arwah
Tiara, aku tak pasti." Kata Rania lalu membawa diri keluar sambil
mengelap air mata yang mula menitis. Panggilan diri pula terus berubah.
" Saya mintak maaf." Bisik Rafaal.
Share this novel