Zafran, orang terakhir yang tiba di hospital. Dia bergegas
mencari Rania. Akhirnya, Dia ternampak Rania duduk sambil mengesat air
matanya. Hatinya sakit melihat air mata yang menitis itu. Dia
perlahan-lahan berjalan ke arah Rania lalu melabuhkan punggungnya
bersebelahan Rania. Rania yang tersedar bahawa ada seseorang duduk di
sebelahnya terus mengelap air matanya.
" Macammana dengan keadaan Megat ? " Tanya Zafran. " Doktor
masih buat pemeriksaan lagi. " Jawab Rania dengan lesu. Suaranya sengau
akibat terlalu banyak menangis.
" Kak Rania, nah minum sikit. Dari tadi akak tak minum. Papa
dengan mama dah balik rumah. Malam nanti mereka akan datang." Kata
Damia. " Terima kasih." Balas Rania pendek. Zafran dan Rafaal hanya
mendiamkan diri. Rafaal terfikir sejenak. " Bila difikirkan, Rania tak
pernah cintakan aku dan dia pernah terima aku pun mungkin atas sebab
keliru kerana aku hadir dahulu hanya sebagai teman meluahkan perasaan."
Pintu bilik pemeriksaan dibuka. Rania segera bangun diikuti
Damia,Rafaal dan Zafran lalu bertanyakan keadaan Megat. " Doktor,
macammana dengan keadaan Megat ? " Tanya Rania. " Maaf, cik ni siapa? "
Soal doktor itu semula. " Tunang dia. " Balas Rania dengan pantas. "
Cik, boleh masuk kedalam bilik ni, tapi jangan buatkan dia banyak
bercakap. Dia memang nak jumpa dengan tunang dia. Maaf untuk saya
katakan. Dia nazak. Oleh itu, tolong buat panggilan kepada keluarga
Encik Megat. Saya minta diri dulu." Jelas doktor tersebut dengan panjang
lebar. Rania hanya mengangguk lalu masuk kebilik pemeriksaan tersebut.
************
Rania cuba menguatkan semangat apabila melihat keadaan Megat.
Wayar berselirat pada tubuh Megat. Dadanya seperti berombak. Dia menahan
air matanya dari terus-terusan menangis.
" Megat. Ini saya, tunang awak. " Ucap Rania dengan sayu. Megat
membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba memberikan senyuman tetapi
hanya sebentar. " Awak kena kuat. Kita dah nak nikah. Tolong. " Ucap
Rania separuh merayu,
" Rania, kalau apa-apa terjadi pada saya, tolong teruskan
hidup." Ucap Megat. "Apa awak cakap ni?" Soal Rania dengan suara yang
hampir pecah. " Tolong." Balas Megat. Rania hanya mengangguk. " Saya nak
berehat. Sebelum itu, saya nak jumpa dengan keluarga saya." Pinta Megat.
" Mereka dalam perjalanan." Jawab Rania. " Megat." Ucap Puan
Zaria. Datin Zaria tiba bersama suaminya. " Mama, papa, maafkan Megat.
Megat selalu susahkan mama dan papa. Halalkan segala makan minum Megat."
Ucap Megat dengan lemah. Datin Zaria dan Dato Rashid mula bersiap sedia
dengan segala kemungkinan yang akan berlaku terhadap anaknya.
" Megat, mengucap. Ikut papa." Arah Dato Rashid lalu mendekatkan
mulutnya ke telinga Megat lalu berbisik " La Ilaa Haa Ilallah. " Bisik
Dato Rashid sebanyak tiga kali. Megat mengikut bacaan kalimah tersebut
sehingga ke akhirnya. Megat Aaron Bin Megat Rashid kembali menghadap
Pencipta.
Share this novel