Megat memandu keretanya dengan laju. Perasaan sakit hati membuak dari
dalam dirinya.
" Sebelum kau nikah, aku akan pastikan roh kau akan terpisah dari badan
kau" Jerit Megat. Lalu menambahkan lagi kelajuan keretanya.
Tiba di rumah, Megat menghempas pintu bilik lalu menghempaskan
telefonnya ke atas tilam.
" Bodoh, kau, bodoh !! Dulu aku lepaskan Tiara. Tapi tidak untuk aku
lepaskan kaulah Rania!! Kau tengok saja." Teriak hati Megat. Dia sudah
mula lupa soal jodoh,pertemuan,ajal dan maut di tangan siapa.
***********
" Terima kasih terima saya. Minggu ni saya hantar rombongan merisik.
Doalah,semoga tiada apa-apa halangan." Kata Rafaal.
" In shaa Allah. Saya pergi dulu. Saya balik dulu." Pamit Rania lalu
keluar dari kereta Rafaal. Rania meminta Rafaal menghantarnya pulang ke
tempat mula-mula dia jemput.
Melihat Rania hilang dari pandangan,dia meneruskan perjalanannya pulang
ke rumah.
***********
Rania yang berjalan pada waktu itu berasa tidak sedap hati. Dia terasa
seperti ada seseorang yang mengekorinya. Belum sempat dia
berpaling,mukanya ditekup oleh seseorang.
*************
Megat menunggu Rania yang masih tidak datang ke pejabat.
" Baru kena lamar, dah mula nak masuk office lambat. Hei,geram pula
aku." Bebel Megat seorang diri.
Megat yang mula sakit hati terus berlalu ke bilik pejabatnya.
**********
" Woi!! Bangun. Sampai bila kau nak pengsan?! " Tengking seorang
perempuan itu kepada Rania.
Rania terpisat-pisat bangun. Dia cuba untuk menggosok matanya tetapi
tidak boleh. Ternyata kedua tangannya telah diikat termasuk kakinya juga.
" Dekat mana ni? Kau?!" Soal Rania. " Nama tempat ni tempat tak ada
orang nak tau..Hahaha.. Terkejut? Dari dulu aku perhatikan kau,Megat dan
Rafaal. Kau nak tau kenapa aku perhatikan korang semua,lagi-lagi kau?
Sebab ni!! " Jawab perempuan itu dengan lantang sambil menunjukkan
sekeping gambar.
Rania terkejut melihat gambar itu kerana gambar itu menunjukkan
seseorang yang amat dikenalinya..
Share this novel