BAB 8

Romance Completed 6070

Tepat pada masanya,datang 'penyelamat' Rania. Orang itu adalah Dato
Rashid.

" Aikk?? Megat,what are you doing here? " Tanya Dato Rashid.

" Tak ada apalah papa. Saja nak tengok pekerja papa ni." Jawab Megat
memberi alasan. " Megat pergi dululah. Nak pergi lunch. " Pamit Megat.

" Rania, sabtu malam ni syarikat kita akan mengadakan majlis.
Tapi,kecil-kecilanlah. Kalau awak dah ada pasangan bolehlah bawa sekali.
" Terang Dato Rashid.

" InsyaAllah, Dato. Saya datang." Jawab Rania. " Maaf, Dato. Saya minta
diri dulu saya nak lunch." Rania meminta izin. Takkan dia nak terus
keluar tinggalkan Dato tu dalam bilik. Karang terpinga-pinga orang tua itu.

" Lupa pula saya. Tapi jangan lupa datang pulak. " Balas Dato yang masih
mengingatkan Rania.

Rania pun pergi ke restoran yang berdekatan dengan pejabatnya. Dia hanya
membungkus nasi campur dan air teh o ais. Setelah selesai membeli,dia
terus ke pejabatnya di tingkat tiga. Tiba di tingkat tiga,dia meluru ke
pantri.

^^^^^^^^^^^^^^^^^

" Makan seorang saja ? " Tanya Megat. Dia sengaja mengekori Rania. Dia
tahu Rania tidak selesa dengannya. Tapi,dia lebih suka mendera Rania.

Rania yang mendengar suara itu terus tersedak. Hal ini kerana suara itu
menegurnya ketika dia sedang menikmati airnya lagi-lagi ketika waktu
panas ini.

" Encik, saya rasa encik ini Islam. Sebaik-baiknya bagilah salam. Bunyi
salam macam ni eh encik.. ekhem!! Assalammualaikum." Tegur Rania. Ketika
dia menegur dia sempat memperli Megat.

Megat tersenyum ketika mendengar ceramah percuma dari Rania. Lalu dia
menjawab " Waalaikumussalam." Semasa dia menjawab salam tersebut,
tangannya mencapai kerusi lalu duduk berhadapan dengan Rania.

" So, macam mana dengan kehidupan sekarang? " Megat menyoal Rania. "
Ok. Kenapa? " Soal Rania semula.

" Tak adalah tanya aja. Yalah, orang tu..." Belum sempat Megat
menghabiskan bicara, deringan telefon bimbit milik Rania membuatkan
bicaranya tergantung.

Rania melihat nama pemanggilnya. Dia tersenyum melihat nama tersebut.
Lalu dia menjawab panggilan tersebut dan menghiraukau Megat.

" Assalammualaikum, Rania. Guess what? Saya dapat transfer kerja
dekat dengan syarikat yang awak kerja." Terang Rafaal dengan gembira.
Selepas ini pasti dia akan lebih rapat dengan kekasih pujaan hatinya.

" Waalaikumussalam. Betul ke? Lepas ni bolehlah kita jumpa selalu.
Raf,sebelum saya lupa, jumaat awak dah balik sini kan? Kita jumpa. Saya
ada sesuatu nak bagitau awak." Rania mendengarnya gembira. Tiba-tiba dia
teringatkan tentang majlis syarikatnya yang akan berlangsung pada sabtu
malam. Dia ingin bercerita lebih lanjut tetapi mengenangkan Megat berada
di sebelahnya,dia hanya akan berjumpa Rafaal di luar sajalah.

" Ok. Nanti kita jumpa. Awak,saya nak drive ni. Nanti kita cerita
lagi. Bye. Assalammualaikum." Rafaal mematikan panggilan.

" Waalaikumussalam" Jawab Rania. Senyuma terus terukir di bibirnya.
Megat melihat senyuman itu berasa sakit hati. Dia terus keluar dari
pantri tersebut.

Rania melihat dia keluar tanpa reaksi. " Kisah pula aku?? " Rania
bermonolog. Lalu meghirup air untuk melegakan tekak.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Megat terus masuk kedalam biliknya. Dia harus tahu siapa yang menelefon
Rania. Kerana Rania tidak menyebut nama lelaki itu. Macam mana dia tahu
pemanggilnya lelaki?? Sebab berdasarkan nada percakapan Rania dan
senyumannya. Itulah yang membuatkan hatinya lebih terbakar.

" Rania, maafkan aku jika aku terpaksa lakukan semua ini nanti." Bisik
hati Megat.

^^^^^^^^^^^^^^^^^

Rafaal seperti tidak sabar pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu ibu dan
ayahnya. Tidak lupa, kekasih hatinya Rania.

" Rania, dalam masa terdekat ini,saya akan hantar rombongan meminang.
Jadi,saya harap awak sabar saja. " Rafaal bermonolog sambil melihat
gambar Rania.

Tiba-tiba kepala Rafaal berdenyut. Dia tidak tahan. Selalu kepalanya
tidak sesakit malam itu. Dia mengambil keputusan berbaring di atas tilam
didalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience