BAB 14

Romance Completed 6070

Rania cuba melepaskan dirinya. Akhirnya tali yang terikat pada
tangannya terurai. Rania segera mencapai telefon bimbitnya dan menyimpan
telefon bimbitnya ke dalam poket. Dia segera mencari peluang untuk lari
dari situ. Azura pula keluar membeli makanan. Dia meluru ke pintu.
Sungguh tidak disangka,pintu tersebut tidak berkunci.

" Sengalnya kau. Haha.. Dapat keluar." Bisik hati Rania. Dia
berlari keluar dari rumah kosong tersebut. Dia berlari sehingga
ternampak jalan raya. Dia cuba menelefon Rafaal tetapi tiada jaringan(
line) Dia cuba menahan kereta sehingga sebuah kereta Camry berhenti.
Pemandu itu menurunkan cermin kereta. Ternyata pemandu tersebut Megat. "
Patutlah macam kenal kereta ni." Fikir Rania.

" Rania ?! Awak, dah berapa hari saya cari awak. Rafaal pun
risau. " Kata Megat. " Ha !! Saya rasa nanti saya cerita. Sekarang ni
hantar saya kerumah saya terus. Nak berehat." Balas Rania dengan pantas.
" Ok. Apa- apa telefon saya atau Rafaal.

****************

Rania terus mengunci pintu rumahnya. Nasib baik dia mempunyai
kunci pendua yang sengaja disimpan di bawah pasu bunga tepi pagar. Rania
mencapai tuala mndi dan pergi membersihkan diri. Setelah membersihkan
diri, dia terus menelefon ayahnya dan memberitahu bagaimana keadaan dia
sekarang. Dia tidak memberitahu bahawa dia diculik,malah dia memberitahu
ayahnya bahawa dia pergi ke rumah kawannya sahaja. Ayahnya terus
memberitahu perkara ini kepada Rafaal.

" Azura,sampai hati kau. Aku tak akan buat laporan polis lagi
sampai aku dapat tau semuanya. Aku akan biarkan kau main permainan yang
kau telah cipta." Rania bermonolog sambil mengeringkan rambut di hadapan
meja soleknya. Dia mencari nombor Azura dan menghantar mesej pesanan
ringkas kepada dia. Lalu dia tersenyum setelah meletakkan telefon
bimbitnya semula.

***************

" Permainan yang kau mulakan ni, aku rasa
menyeronokkan. So, aku join kau. Tapi jangan jadi penakut dan main
kotor." Azura membaca mesej pesanan ringkas tersebut. Dia mengambil
botol minyak wangi lalu membaling botol tersebut ke arah cermin meja
soleknya. " Kau nak main sekali? Haha.. Silakan. Kau bodoh sebab kau tak
tau orang yang dekat dengan kau sebenarnya teman seperjuangan aku. Lepas
Tiara,kau pula menyusahkan aku. " Jerit Azura lalu ketawa sendirian.

**************

Semua yang terjadi pada Azura, ada sebabnya. Mengapa dia boleh
berubah sikap. Semuanya terjadi kerana....

" Kak Zura, Megat kenakan saya. Rupanya selama ni dia bertaruh
dengan kawan-kawan dia yang lain. Saya benci dia kak. Saya dipermalukan
depan orang ramai kak. " Azira mengadu kepada Azura. Azira merupakan
kembar tidak seiras Azura. " Akak dah cakap banyak kali dah, adik. Akak
takut pelajaran kau tu terganggu. Lain kali jangan jadi bodoh macam ni."
Balas Azura dengan nada yang tinggi. Ramai pelajar tidak mengetahui
mereka kembar. Masing-masing akan berdiam diri jika ditanya tentang
keluarga kerana mereka tidak mempunyai keluarga yang sempurna dan hanya
tinggal berdua.

" Tak apa, adik. Biar dia bahagia dulu. Bila dah tau siapa yang
dia betul-betul suka,akak tau nak buat apa. Biar dia belajar sikit."
Sambung Azura. " Akak nak buat apa? " Tanya Azura. " Adalah kalau dia
buat benda yang menyakitkan hati adik akak ni lagi. " Jawab Azura.

Beberapa hari kemudian...

" Adik, buka pintu ni. Kalau ya pun berehat,agak-agaklah dah
tengah hari ni." Kata Azura sambil mengetuk pintu bilik adiknya.
Beberapa kali mengetuk pintu bilik tersebut,masih tiada reaksi dari
Azira.Dia segera membuka pintu bilik tersebut menggunakan kunci pendua
yang disimpan di dalam laci biliknya.

" Adik !! Ya Allah, apa kau buat ni? Azura segera menelefon
ambulans meminta pertolongan. Azira telah menelan ubat tidur yang
melebihi. Azira tidak dapat diselamatkan. Pada mulanya hati Azira mula
rosak dan terus meyebabkan kegagalan jantung berfungsi.Selesai
pengebumian Azira, Azura pula menjumpai surat didalam bilik Azira yang
bertulis " Maaf,akak. Hati saya sakit. Lagi-lagi Megat sengaja menunjuk
perempuan yang bersema dia sekarang. Tiara,nama perempuan tu Tiara.
Tolong tepati janji akak. Dulu akak ada cakap kalu dia sakitkan hati
saya,akak nak buat sesuatu. Akhir sekali, terima kasih,kak. Sayang akak."

" Akak tak ada sesiapa lagi. Kenapa kau buat macamni?! " Jerit
Azura. Air matanya lebat membasahi kedua pipinya. " Semuanya salah
Megat. Jangan benarkan dia bersama orang yang dia cinta. Pastikan dia
sakit dan kehilangan !!" Suara lain tiba-tiba bergema di ruangan
tersebut. " Semuanya memang salah dia !! Megat !! ", jawab Azura
sendirian. Dia hidup dalam kesunyian sehingga Rania mula tinggal disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience