Megat dan Rania berjumpa di taman tempat mereka selalu bersama belajar.
Masing-masing ingin menjelaskan sesuatu perkara.
" Megat, saya ada something nak beritahu awak. Kalau lepas ini, awak nak
benci saya.. Saya tak kisah. " Beritahu Rania teragak-agak.
" Ok.. Tapi, saya pon ada benda nak beritahu awak. Sebenarnya,saya suka
awak. Walaupun agak awal, macam mana kalau kita tunang dulu. Saya akan
berjumpa dengan mak cik dan pak cik awak lepastu..." Belum sempat Megat
berkata, Rania memintas percakapannya.
" Megat,dengar !! Awak kenal Tiara kan? Dia itu sebenarnya .. " Megat
pula memintas Rania. " Tiara?? Ya, saya kenal dia. Kenapa? " Tanya
Megat. Suaranya mula meninggi.
" Sebenarnya, dia itu saudara angkat saya. Satu benda yang paling
bermakna dia buat dekat saya bila dia sanggup dermakan mata dia dekat
saya. Dan,saya yakin awak suka dia. Bukan saya. Saya tahu awak selalu
perhatikan mata ini. Apapun saya minta maaf. Saya pergi dulu. " Terang
Rania lalu berlalu.
Belum sempat dia berjalan,tiba-tiba tangannya direntap.
" Macam itu saja ?? Hati awak itu dah puas?? Tanya Megat.
" Kita bawa haluan masing-masing. Saya betul-betul minta maaf. Saya
pergi dulu. " Balas Rania.
" Aku memang bodoh. Saja cari masalah. Kalau aku dengar apa yang dah
dicakapkan oleh Tiara, aku mesti tak akan suka dekat dia. " Bisik hati
Rania.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Lima bulan kemudian..
Di sebuah kafe.
" Rania, awak ada apa-apa masalah ke? " Tanya Rafaal.
" Tak ada apalah. Rindu dengan ayah saja. Lama tak jenguk dia. " Jawab
Rania memberi alasan. Walhal sebelum ini dia lebih rapat dengan keluarga
angkatnya.
" Owh.. Telefon saja. Apalah guna telefon besar-besar, mahal-mahal tapi
tak guna. Awak ada dengar cerita tak yang yang nanti ada CEO baru dekat
company awak itu?" Tanya Rafaal yang mengubah topik.
" Ada juga dengar. Tak kisah pun. Awak, bila awak nak datang sini lagi?
Tanya Rania.
Setelah dia tidak berhubung dengan Megat, Rafaal datang menemani dia.
Sejujurnya dia serba salah. Tapi sekurang-kurangnya dia sudah berlaku
jujur dab rasa bersalah itu mula hilang. Tiba-tiba pula hatinya mula
terpaut dengan Rafaal. Rafaal bekerja di salah satu syarikat pembinaan
di Johor Bharu. Dia berulang- alik ke Kuala Lumpur untuk bertemu ibu
bapanya. Dia sedang memohon pertukaran kerja ke Kuala Lumpur.
" Kenapa,awak rindu saya ek? InsyaAllah,saya akan terus duduk sini. Saya
tengah tunggu permohonan saya saja ini. Lagi menarik,saya mohon dekat
sebelah syarikat awak." Jawab Rafaal dengan panjang lebar.
" Bolehlah kita makan sama-sama masa lunch. Oklah saya nak balik. Awak
itu hati-hati drive. Kejap-kejap mana awak tahu yang company tempat
saya kerja itu ada CEO baru? " Cadang Rania tetapi dia teringat tentang
CEO baru itu,lalu bertanya.
" Pak cik saya itu bussines partner ngan pemilik syarikat tempat awak
kerja itu. Yang jadi CEO itu, anak dia. " Jelas Rafaal.
" owh...ok. erm... Drive carefully." Kata Rania sambil menghantar
Rafaal ke kereta.
" Ok. Sekali-sekala ajaklah ayah awak makan. Teringin juga nak jumpa.
Selama ini saya jumpa pak cik awak saja. Saya dah lewat ini. Saya balik
dulu. Assalammualaikum." Rafaal berkata lalu masuk kedalam kereta dan
memulakan perjalanan pulang ke JB.
" InsyaAllah. Waalaikumussalam. " Jawab Rania.
^^^^^^^^^^^^^^^^
" Alahai,bertuahnya aku kerja dekat sini. Wei, Rania handsome gila.
Sekarang kau keluar dari bilik kau sebab semua kena berkumpul. CEO itu
ada dekat luar. Encik Rashid a.k.a Dato kesayangan kau itu suruh keluar.
Cepatlah wei. Menyesal kalau tak tengok anak dia. " Arah Sofia dengan
nada teruja. Gaya terdesak pon ada.
" Tak payahlah nak puji sangat. Ok aku keluar." Jawab Rania dengan nada
malas. Sebenarnya A.A.K. atau kata nama lainnya, ada aku kisah.
" Baiklah. Semua dah ada disini. Mana yang tak ada itu tak apalah.Ok.
Perkenalkan anak saya Megat Sharil Bin Rashid" Dato Rashid
memperkenalkan anaknya.
Saat itu Rania baru tiba. " Maaf Dato . Saya lambat." Rania memohon
maaf. " Tak apa. Tak lambat mana pun. Baru saja nak mulakan" Balas Dato
Rashid.
" Ehem. Macam yang telah diberitahu, nama saya Megat Aaron dan salam
perkenalan. Saya harap anda semua terima saya dengan lapang dada." Kata
Megat memperkenalkan diri.
Ketika nama Megat meniti di mulut CEOnya, lalu dia menatap wajah itu.
Terkejut bukan kepalang saat dia melihat wajah itu.
Megat hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata kepada Rania.
" Siapa kata aku nak lepaskan kau macam itu saja, Rania?? " Megat berbisik.
" Mati aku. Rafaal, tolonglah saya. Confirm dia nak balas dendam ini..
Uwaargghh.. Aku kena bersedia dari segi fizikal dan mental ini." Hati
Rania berbicara.
" Maaf, Dato. Saya ada hal. Maaf sekali lagi. " Rania meminta diri.
" Tak apa. Awak boleh pergi. " Dato Rashid memberi keizinan. Dia sudah
tahu bahawa Rania inilah yang selalu diceritakan Megat.
" Takutlah itu. Larilah. Macam tak boleh jumpa saja. Satu officelah."
Hati Megat berbicara. Matanya melihat Rania berlalu keluar dari bilik
mesyuarat dan satu senyum mekar di bibirnya.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^
" Kenapa setiap kali terjumpa nak lari? Takut? " Tanya Megat. Ketika itu
Megat berada didalam biliknya. Pintu pula tertutup.
" Aduh, mampos !! Nak jawab apa ini?? Rania bersoal didalam hati.
Semasa Rania ingin menjawab,dia memandang wajah Megat. Rania terpana
seketika apabila melihat senyuman yang meniti di bibir Megat dan yang
menarik perhatiannya lesung pipit Megat yang selama ini dia tidak perasan.
" Kenapa?? " Tanya Megat lagi. " Alahai,penyelamat datanglah... " Doa Rania.
Tepat pada masanya,tiba-tiba....
Share this novel