" Kenapa awak nak siasat pasal Azura. Bukan sebelum ni korang
berkawan ke??" Tanya Rafaal. Sejujurnya dia tidak bersedia memberitahu
perkara sebenar kepada Rania walaupun dia tidak terlibat dalam
kemalangan yang dirancang oleh Azura.
" Alah,bolehlah. Penting. Tapi,sorry sangat sebab saya tak boleh
bagitau awak lagi. Harap awak faham." Ucap Rania. Rania berasa pelik
pada awalnya kerana nada suara Rafaal ketika bertanya soal Azura seperti
ada yang tersembunyi. Tetapi,dia meneruskan sahaja perbualan dia dan Rafaal.
" Ohh..Ok. Saya sibuk ni. Saya pergi dulu." Kata Rafaal. Belum
sempat dia memutuskan panggilan Rania menghalang.
" Eh, eh.. Jap. Tak apalah. Saya rasa biar saya cari penyiasat saya
sendiri. Takut awak terbabit pulak. Erm,ok bye." Kata Rania. Perasaan
tidak sedap hati muncul. Oleh kerana itu,dia membuat keputusan mengupah
penyiasat lain. Dia segera memutuskan panggilan kerana dia tidak mahu
Rafaal bertanya lebih lanjut. Dia segera menelefon Zafran.
" Zaf, aku nak jumpa kau boleh? Urgent . Nak minta tolong." Ucap
Rania. Memohon pertolongan daripada Zafran. Dia tidak tahu mengapa
hatinya berkata Zafran mampu membantu diri dia.
" Ok. Jumpa dekat Tesco Shah Alam. Aku tunggu. " Balas Zafran
pendek. Rania terus bersiap. Dia hanya mengenakan pakaian ringkas dan
tudung bawal hitam segera (memang sudah dilipat dan dijahit menjadi
segitiga) . Dia mula berubah secara perlahan-lahan. Rania terus mencapai
kunci kereta dan teru memasuki kereta setelah mengunci pintu rumah.
**************
" Aku dah sampai. Jumpa dekat medan selera." Mesej pesanan ringkas
itu diterima oleh Rania.
" Hamboi,cepat giler dia sampai." Rania bermonolog. Ketika itu dia
masih lagi mencari tempat meletakkan kenderaan.
" Aku tengah tunggu orang tu keluar dari tempat parking. Entah
apa dia buat,nak keluar pun lambat sangat. Tunggu kejap,tau..tau!! "
Rania menulis mesej tersebut lalu menghantar mesej tersebut kepada
Zafran. Ketika itu barulah pemandu yang Rania tunggu keluar dari tempat
letak kenderaan keluar.
*************
" Macam-macamlah kau Rania." Zafran tergelak membaca mesej yamg
dihantar oleh Rania. " Sempat lagi mengutuk." Sambung Zafran lagi sambil
tersenyum.
" Zafran, maaf sangat. Ok nak mempercepatkan lagi cerita, bagi aku
order dulu minuman kat sana." Kata Rania lalu tangannya ditunjuk
kearah tempat minuman.
" Tak payah. Tak nampak depan mata kau ni. Aku dah order dah. Aku
tau kau suka minum teh o ais limau kan? Aku kenal kau lah." Ucap Zafran
dengan nada meninggi diri.
" Tak payah nak poyo sangat. Apapun terima kasih. Ni buat aku
sayangkan kau ni. " Kata Rania dengan nada bergurau.
" Sayang. Haha. Tak ada maknanya.Tapi, aku memang sayang kau."
Balas Zafran tetapi ayat terakhir hanya diungkap dalam hati sahaja.
" Ok, cukup. Aku nak bincang sesuatu ni. Tapi,kalau aku cerita
jangan terkejut dan jadikan semua ni rahsia." Kata Rania.
" Ok. Teruskan. Aku simpan rahsia kau yang 'besar' sangat ni." Balas
Zafran dengan nada bergurau pada akhir ayat. Mereka pun memulakan
perbincangan.
*************
" Azura !! Kau ke yang culik dia haritu?! " Tanya Rafaal dengan
nada yag kuat tetapi terkawal kerana ramai yang berada disitu memerhati
dia dan Azura akibat suara dia yang kuat.
" Kenapa? Takut rahsia pecah? Sebenarnya tak ada masa aku nak jumpa
kau ni. Aku balik dulu. Bye." Balas Azura lalu pergi dari kafe tersebut.
Tidak mahu dia berlama disitu. Dia malu apabila orang sekeliling
memandang dia dan Rafaal. Nasib baik dia tidak membuat pesanan. Jika
tidak,rugi kafe tersebut.
Rafaal mula sakit hati lalu meletakkan duit di atas meja dan
mengejar Azura. Dia sempat mencapai tangan Azura.
" Aku tak habis cakap lagi. Kenapa kau ganggu aku dan Rania? "
Tanya Rafaal. " Aku rasa kau ada jawapan tu." Balas Azura dengan nada
sinis. Lalu berlalu pergi.
" Rafaal, aku nak cakap sikit. " Tegur seseorang daripada belakang.
Rafaal terus memusingkan tubuhnya melihat orang itu.
" Aku nak kau jelaskan semuanya. SEKARANG." Ucap lelaki itu dengan
pandangan yang tajam.
Share this novel