" AKU NAK PUTUSKAN HUBUNGAN KITA! Kau dengr tak? Hubungan kita sampai disini sajalah. Kalau kau nak tau aku cuma tipu engkau saja selama ini.
Aku memang tak sukakan engkau langsung dan hanya berpura-pura saja gilakan kau. Gosh!! Tuhan saja tahu betapa terseksanya aku berlakon. Selama ini aku hanya mainkan engkau saja terima hakikat tu. Dan yang perlu kau tahu, Aku cuma bertaruh dengan kawan-kawan aku saja. Aku minta maaf sangat dan
aku harap engkau pergi dan jangan ganggu hidup aku lepas ini lagi, faham
?! " Kata Megat Aaron .
" Baiklah. Saya akan pergi dan tidak akan ganggu engkau lagi. Lagipun
aku nak keluar dari kolej ini . Aku harap engkau bahagia dan terima
balasannya nanti. " Balas Tiara. " Megat hanya tersenyum sinis melihat
Tiara pergi. " Apa-apalah Tiara. Ada aku kisah. " Megat bermonolog
Dua tahun kemudian..
" Saya ingin memperkenalkan kepada kamu,pelajar yang baru berpindah di
Malaysia ini. Namanya Rania." Terang Puan Zaiton. Megat hanya terdiam
kerana mata yang dimiliki Rania itu seperti sepasang mata yang pernah
dia lihat.
" Hai,nama saya Fara Rania. Kamu semua boleh panggil saya Rania." Rania
yang memperkenalkan diri dihadapan semua pelajar hanya tersenyum sinis
apabila melihat Megat memandangnya. Dia hanya menumpukan perhatiaan
kepada Megat sahaja dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling kerana
Megat adalah tujuannya dia ke Malaysia. " Permainan sudah bermula,MEGAT
! " Bisik hati Rania.
Share this novel