BAB 21

Romance Completed 6070

Beberapa tahun kemudian.
Peristiwa lalu bagai melambai-lambai di ingatan. Dia termenung
lalu tersenyum. Hatinya terusik melihat anak sulung Damia bersama Rafaal
semasa mereka berbual melalui panggilan video. Azura mengalami lumpuh.
Apa yang dilakukan dilakukan terhadap Megat merupakan tindakan di luar
kewarasan akalnya. Kini, Azura sudah berkahwin. Suaminya, seorang lelaki
yang amat dikenali oleh Rania. Cuba teka? Jawapannya Zafran. Ya, dulu
dia pernah bertunang tetapi hanya rekaan bagi mengaburkan pandangan
Rania.Azura menerima Zafran apabila melihat keikhlasan hatinya. Zafran
masih membantu Azura untuk Azura ''mendapatkan kakinya semula''.

Rania merenung jauh melihat ombak dan lautan yang luas
terbentang. Dia sudah berhijab semenjak Megat meninggal dunia. Takut
bila dia memikirkan kematian yang bakal mengundang pada bila-bila masa
sahaja. Melihat ombak yang bermainan di pasir pantai meningatkan dia
kepada Megat.

" Megat, seperti yang awak pinta. Saya berjaya teruskan hidup.''
Ucap Rania bersendirian.

" Mama !! " Panggil seorang kanak-kanak yang berumur dua tahun.
Dia cuba berjalan. Tangannya digenggam oleh seseorang. Rania tersenyum
melihat anak lelakinya, Aaron Rafiq. Afiq, suami kepada Rania memberi
ciuman pada dahi Rania. " Jangan mainkan hati orang lagi." Ucap Afiq
sekadar bergurau. Rania tersenyum mendengarnya. Anaknya Aaron Rafiq
dipilih kerana Aaron salah satu nama Megat. Manakala, Rafiq pula
gabungan nama Rania dan Afiq. Mereka bersama-sama melihat lautan dan
membiarkan mainan hati yang mereka lalui dihanyutkan didalam gulungan
ombak tersebut. Pertemuan antara mereka akan dibiarkan rahsia sehingga
semuanya tersingkap. Kerana jika semua terungkai maka tiadalah misterinya dunia ini kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience