Di dalam perpustakaan kebanyakan pelajar mengulangkaji pelajaran kerana
mereka bakal menghadapi peperiksaan terakhir. Tidak ketinggalan juga
Rania yang sibuk mencari buku rujukan di rak buku.
" Akhirnya, jumpa juga kau !! Jom pergi makan." Tegur Megat setelah
menjumpai Rania yang sedang membaca buku 'architecture' .
" Datang- datang nak ajak makan. Pergilah. Tau tak lagi beberapa hari
saja,*beberapa hari* saja nak exam ?? " Balas Rania malas.
" Masalahnya kau itu ada gastrik. Aku taulah lagi beberapa hari saja nak
exam. Tapi,fikirlah waktu makan kau tu. Lagipun aku risaulah dengan
keadaan kau ni. " Jawab Megat yang masih tidak menyerah.
" Ok, *FINE *!! " Balas Rania geram. Megat memang tak akan menyerah
kalau dengan dia.
Megat tersenyum apabila melihat Rania menyerah. Dia tahu Rania berusaha
sedaya upaya. Rania pernah bercerita bahawa dia mula tinggal di Korea
semasa berumur 19 tahun dan tinggal bersama Pak Cik Ridwan dan Mak Cik
Mariah.
" Itulah sayang kalau dengan saya memang awak kalah lah.." Kata - kata
itu tidak mampu diluah. Hanya didalam hatinya saja.
***
Rania tiba dirumah selepas menikmati makanan tengah harinya bersama
Megat. Megat menghantarnya pulang ke rumah kerana memandangkan jamnya
hampir menunjukkan pukul 3.40 petang.
" Lepas saja habis exam ini. Aku akan terus terang dengan Megat.
Lagipun sekarang ini aku kawan dengan dia ikhlas. Dulu, sebab aku ada
niat yang tak baik saja. Apapun yang jadi,mesti kena terangkan juga."
Hati Rania berbisik dan masih berkira-kira .
Tiba-tiba telefon Rania berdering. Rania melihat nama pemanggilnya. Dia
tersenyum lalu menjawab panggilannya dengan segera..
" Assalammualaikum. Rania rindukan mak. Mak, apa khabar? Bila nak datang
rumah mak cik Imah? Jawab Rania dengan gembira.
" Waalaikumussalam. Rania, mak pun rindukan anak mak ni. Mak sihat
saja.. Alhamdulillah. InsyaAllah,dalam waktu terdekat ini,mak datang
Malaysia. Mak bawa Rafaal sekali.." Balas Puan Mariah.
Puan Mariah merupakan ibu angkatnya. Puan Mariah dan Encik Amin menjaga
dia dari dia masih bayi lagi. Walau bagaimanapun, Rania sudah tahu
bahawa dia bukan anak kandung mereka semenjak dia berumur 12 tahun dan
dia menerima dengan baik walaupun pada mulanya dia marah. Tetapi,
merekalah hanya keluarga Rania. Bapa Rania diluar negara setelah
meninggalkan Rania kepada Puan Mariah atas sebab tertentu. Rania tidak
membenci ayahnya. Dia tahu Ayahnya ada sebab tertentu.
" Rafaal... " Fikir Rania.
Share this novel